"Baiklah,minggu ni korang kena prepare untuk fanmeeting dekat Olympic Hall sabtu ni.So macam biasa,masani la korang nak jumpa fans korang face to face,layan fans korang elok2"
"Dan paling penting jangan lupa korang dilarang sama sekali untuk bagi dan terima private info dari fans even diorg bagi sorok2" Mr.Lee memesan kepada ahli dream,pesanan yang sama setiap kali nct dream akan adakan fanmeeting event pada setiap tahun.
.
.
.
Dewan mula meriah dengan suara peminat nct dream serta dipenuhi dengan flash camera dari wartawan dan fansite.
Event berjalan dengan lancar.Tibalah masa untuk ahli dream sign album serta berinteract bersama czennie.
Aku berdiri di belakang antara jaemin dan renjun untuk menerima dan menjaga hadiah yang diberi oleh fans serta menjaga keselamatan mereka.
Beberapa orang staff dan manager akan berdiri di belakang ahli dream untuk memegang gift dan menjaga ahli dream.
Mataku terpandang ke arah jaemin. Dia sentiasa dengan senyumannya dan sangat ramah setiap kali berjumpa czennie. Patutla ramai minat dia ni.
Untung betul siapa jadi girlfriend dia ni.ups haha
Aku memerhati sekeliling,walaupun ramai bodyguard di kiri dan kanan tetapi aku perlu sentiasa peka dengan keselamatan ahli dream takut berlaku apa2.
"Oppa ni nombor saya. Kalau oppa free boleh call eh hehe" tiba2 aku terdengar percakapan seorang fans yang berada dihadapan renjun.
Walaupun suaranya seperti berbisik tetapi aku dapat dengar. Dia tersenyum malu sambil tangan menghulur secebis kertas kecil dengan pantas agar orang lain tak perasan.
Renjun nampak agak terkejut dan tidak selesa tetapi dia cuba menolak dengan baik.
"Maaf cik,idol tidak boleh terima private info dari peminat bagi mengelakkan sebarang rumours berlaku.Harap cik faham" aku berdiri di sebelah renjun dan memberi balik kertas kepada perempuan tersebut.
Setelah jadi manager selama beberapa bulan ni aku dah banyak kali hadap benda macamni,jumpa macam2 jenis fans antaranya macamnila yang tak reti jaga privacy. Annoying betul!
Belum lagi kes ahli nct dream selalu kena spam call dengan fans mereka,atau mudah digelar 'saseng fans' .
Aku pun pelik macamana diorang boleh dapat contact list ahli dream ni.
"Kenapa pulak?Saya bagi je kan bukannya saya paksa dia call saya" tiba2 perempuan tersebut melenting. Dia mula meninggikan suara.
Aku dan renjun tersentak. "Maaf cik tapi-"
Belum sempat aku menghabiskan ayat,perempuan tersebut menjerit ke arahku.
"Kau ni siapa ha nak halang aku? Sukahati aku la" dia menjerit sambil bercekak pinggang. Keadaan mula menjadi kecoh,semua mata memandang ke arah kami.
Ah sudah,ikutkan hati nak je aku lempang dia ni,tapi nanti jadi kes lain pulak.
Aku cuba menenangkannya sambil cuba tersenyum. Bodyguard di tepi mula datang untuk menenangkan perempuan tersebut.
Tiba2 dia menjadi semakin aggresif. Pelbagai kata kesat dilemparkan ke arahku.
"Cik,tolong pergi dari sini" aku sudah tidak sabar. Tangan memegang perlahan bahu perempuan tersebut untuk menyuruhnya beredar.
Tiba2 perempuan tersebut menampar pipiku. Semua mula terkejut.Aku memegang pipiku yang terasa kebas.
Dewan mula kecoh dengan suara panik peminat dan gambar2 diambil. Bodyguard terus menarik perempuan tersebut ke luar dewan.
"Yah gwenchana?" Jaemin terus bangun dan berdiri dihadapanku. Mukanya terkejut dan risau.
Aku berdiri terkaku. Mataku mula berair cuba ditahan,banyak mata memandang di sekeliling melihat kami.
"Aku ok. Dah2 jangan risaukan aku. Ramai ni tengah tengok,pergi duduk balik" aku mengarahkan jaemin.
Semua mata memandang aku.Aku mula mendengar bisikan2 daripada peminat.
Walaupun aku rasa nak nangis sekarang ni tapi aku cuba tahan. Cik song membawa aku ke belakang pentas.
"Ok semua sila bertenang. Maaf atas kekecohan yang berlaku tadi. Jangan risau kami dah atasi dengan segera" Mr. Lee mula menenangkan nctzen di dalam dewan tersebut selepas apa yang berlaku tadi.
.
.
.
"Hyemin-sshi,awak ok?" Cik song,manager kedua dream bertanya kepadaku. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Takda apala sikit je ni" aku cuba tergelak kecil,padahal dalam hati rasa nak menangis dan sumpah seranah perempuan tu. Aku hanya mampu mengaduh dalam hati.
Nasib baikla ramai orang kalau tak aku dah karate dah perempuan tu .
Aku memandang cermin untuk melihat pipi. Peh merah bak ang dah macam pakai blusher,punyala kuat dia lempang. Aku mengaduh sakit.
Sabar hyemin,anggapla ni sebagai cabaran dan pengalaman baru untuk jadi manager.
Aku cuba memujuk diri sendiri.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
[Jaemin pov]
Aku bergegas ke belakang pentas setelah event selesai.Mataku melilau mencari hyemin.
Aku ternampak kelibat hyemin di hujung bilik persalinan.Tangannya sibuk mengemas botol air ke dalam kotak.
"Yah hyemin". Dia memusingkan badannya menghadapku.
Aku tersentak sedikit melihat sedikit kesan merah pada pipinya.
"Kau ok tak?" Aku bertanya dengan nada risau.
"Aku okla.Ala sikit je ni takde apa la" dia hanya tersenyum.
Aku cuba untuk memegang pipinya tetapi segera ditapis.
"Oi ramai orang ni. Jangan macam2" mukanya terkejut.
Aku hanya tergelak. "Lah aku nak tengok teruk ke tak bukannya aku nak buat apa pun"
Hyemin kelihatan segan. "Dahla aku nak kemas jap",Dia terus berlalu keluar. Aku hanya memandangnya pelik.
"Hyung" tiba2 chenle yang datang entah dari mana memanggilku.Dia menghulurkan air mineral.
"Kenapa? Oh dah nak gerak eh?"
"Belum lagi" .
Aku hanya mengangguk .
"Hyung"
"Hmm?"
"hyung sebenarnya suka kat hyemin eh?" Chenle tiba2 bertanya kepadaku.
Aku hampir tersedak mendegar pertanyaan chenle.Aish chenle ni soalan apa dia tanya ni.
"Kenapa tiba2 ni?" Aku berdehem seketika.
Chenle tergelak.
"Hm nampak sangatla. Sejak dari hari yang korang balik dari itaewon haritu. Awal2 dulu hyung benci dia sangat,sekarang care betul dengan hyemin" chenle mengusik sambil menaikkan keningnya.
"Mana ada" aku cuba menafikan.
Walaupun apa yang chenle cakap ada betulnya tapi ntahla. Aku suka hyemin? Tak mungkin.
Tapi entah kenapa sejak akhir2 ni aku asik risaukan pasal dia je.
"Lagipun kitorang kan kawan dari kecik so mestila hyung kena ambik berat pasal dia,kan?" aku cuba berdalih.
Atau itu hanya sekadar alasan?
"Yela tu. Hyung hati2. Jangan nampak sangat,kang kena kantoi dengan dispatch susah nanti" chenle sempat berpesan kepadaku sebelum pergi. Aku hanya menggeleng kepala.
Entah apala yang budak ni merepek. Aku suka hyemin? Hmm rasanya..Ya.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
YOU ARE READING
FATE | Na Jaemin
Fanfiction"You can't do anything because we're fate to be together" . . "Gelang untuk cari jodoh?Pft merepek je"- Park Hyemin "Ada perempuan gila tiba2 dalam bilik aku"-Na Jaemin [COMPLETE]
