Hari ini merupakan hari terakhir Hyemin,ahli nct dream dan staff2 mereka berada di Thailand setelah concert 'Dear Dream' selama 2 hari dijalankan disana.
"Congrats gais!" Aku dan staff2 lain menepuk tangan sambil mengucapkan tahniah kepada ahli nct dream setelah menamatkan concert mereka dengan baik di Thailand.
Nct dream sedang membuat 'concert tour' iaitu Dear Dream di negara2 terdekat seperti Thailand,Singapore,Malaysia,Jepun dan negara2 asia yang lain bagi mempromosikan lagu terbaru mereka.
Aku menghidupkan ipad di tangan untuk melihat jadual nct dream untuk hari seterusnya.
"Ok so disebabkan harini last concert tour,diorang boleh berehat lama sikit,ah finally semua dah selesai" aku menghela lega.
Preparation untuk concert tour adalah paling memenatkan kerana banyak benda kena buat bagi memastikan kelancaran concert tersebut.
"Good job semua! So lepas ni korang akan makan dinner dulu then rehat. Esok dan lusa korang boleh pergi pusing2 dekat Thailand ni puas2,hari jumaat baru kita bertolak balik ke Korea" aku memandang satu-persatu ahli dream di depanku.
Mereka hanya mengangguk dan bersiap-siap untuk menukar baju.
"Kau ada plan nak pergi mana2 ke esok?" Haechan tiba2 bertanya kepada Renjun yang sedang duduk disebelahnya.
"Entah. Tapi aku rasa macam nak shopping baju esok,teman aku jom" Renjun membalas.
"Ok nice,aku pun rasa nak beli kasut esok" Haechan mengangguk dan bangun untuk menukar baju.
Aku menolong staff2 lain mengemas barang dan peralatan sementara menunggu ahli dream bersiap untuk pulang ke hotel.
"Good job cik Song,akhirnya concert tour diorang dah selesai" aku menegur cik Song yang sedang membuang beberapa botol air di ruang rehat.
"Good job jugak untuk cik Hyemin. Terima kasih banyak tolong saya selama concert tour ni. Selamat berehat" dia membalas sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk dan keluar untuk menghantar ahli dream pulang ke hotel.
Aku berjalan untuk ke pintu keluar. Tiba2 gelang ditanganku tiba2 terputus. Batu gelang mula berterabur.
"Ahh kenapa boleh putus pulak ni" aku mengeluh. Satu2 nya gelang yang aku ada pulaktu putus. Mungkin sebab tersangkut dekat benda tajam kot. Aku segera mengutip batu gelang yang berterabur di lantai.
Aku rasa seperti tak sedap hati harini. Macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
"Hmm takda apa la ni. Mungkin aku penat sangat kot" aku cuba menenangkan diri.
"Hyemin-ah" tiba2 seseorang menjerit namaku. Aku menoleh.
Kelihatan Jaemin sedang berlari anak ke arahku dengan senyumannya.
"Esok teman aku jalan2 jom" Jaemin masih dengan senyumannya memandangku.
"Taknakla. Esok aku nak berehat je dekat hotel" aku menggeleng perlahan.
"Alo jomla. Lagipun kau kan manager ,kena la jaga aku. Kalau aku kena culik macamana?" Jaemin memujuk dengan menarik2 lengan bajuku dan membuat suara kecil. Mulutnya sengaja dimuncungkan. Aku memandang tajam.
Haih,sabar jela aku. Nak pukul tapi anak orang pulak.
"Haih yelah. Gelilah aku kau buat macamni,eii" aku berjalan keluar meninggalkannya. Jaemin bersorak gembira sambil tersenyum.
.
.
.
Aku berjalan keluar dari hotel untuk mengambil angin. Nasib baik hotel kami terletak hanya beberapa meter dari pantai.
Langkah diatur menuju ke persisiran pantai dan duduk sebentar di atas pasir untuk mengambil angin.
Angin dan bunyi ombak membuatkan aku tenang seketika. Lampu2 yang dipasang di sekitar membuatkan tempat tersebut nampak lebih indah.
Masih ada beberapa orang sedang berjalan dan beberapa pasangan bersiar di pesisiran pantai pada waktu ini.
"Oi buatpa tu" tiba2 seseorang menegur dari belakang. Aku tersentak.
"Ish kau suka terkejutkan aku je,cubalah buat bunyi apa2 biar aku perasan"aku mendecit.
Jaemin duduk disebelah sambil tergelak kecil,menampakkan barisan giginya yng tersusun rapi.
"Kau buatpa sorang2 kat sini?" Jaemin bertanya.
"Saja. Aku tak boleh tidur" aku menjawab sambil kembali menutup mata.
"Sama" jaemin membalas ringkas.
Suasana sepi seketika,hanya kedengaran bunyi ombak.
"Jaemin-ah"aku memanggilnya.
"Hmm?"
"Aku nak ucap terima kasih untuk semua benda yang kau dah bagi kat aku,terima kasih layan aku dengan baik selama ni"
"Aku tak tau betapa bersyukurnya aku dapat jumpa kau,dalam situasi aku macamni.Siapa sangka setelah 8 tahun akhirnya kita jumpa balik" aku tersenyum.
"Kau ni dah kenapa tiba2?" Dia memandang pelik.
Aku hanya tergelak. "Saja"
" Jaemin-ah"Aku menghela panjang.
Setelah berfikir panjang,akhirnya aku bersedia untuk bagitahu semuanya.
"Aku rasa..aku dah dapat jawapan untuk soalan kau sebelum ni" aku terdiam lama sebelum menyambung.
Jaemin memandangku dengan wajah serius.
"Aku sebenarnya..suka kau jugak"
Jaemin nampak terkejut tetapi dia cuba mengawal ekspresi wajahnya.
"Tapi,aku rasa bukan sekarang. Bukan sekarang masa untuk semua ni. Kau tu idol,jaemin. Nama kau pun tengah naik sekarang ni,so aku rasa better kita just biarkan perasaan ni dan fokus apa yang ada depan mata " aku cuba mengawal nada suara.
Sedih memang sedih,tetapi aku cuba untuk buat keputusan terbaik untuk kami berdua.
Jaemin menghela seketika. Dia memusingkan badannya menghadapku.
"Kalau aku idol pon kenapa? Aku tak boleh bercinta ke? Hyemin,aku pun manusia jugak,kita ni manusia,aku pun ada perasaan"
"Memangla aku ada ramai fans yang selalu support aku,minat aku,tapi tu bukan penghalang untuk aku hidup macam orang lain. Ye aku sayang czennie tapi kau tau kan.. aku ada hak untuk suka sesiapa.." jaemin cuba menerangkan kepadaku.
"Aku tahu tu. Tapi,mesti tak semua fans kau support keputusan yang kau akan buat ni kan? Mesti lagi ramai yang akan attack kita. Aku takut benda ni boleh cemarkan nama kau"aku cuba meyakinkannya.
Aku menundukkan wajah, cuba menahan air mata dari jatuh.
Hatiku tiba2 sakit. Perasaan kecewa dan sedih mula bercampur.
"Hyemin-ah"
"Aku tak kisah apa yang berlaku. Asalkan kau sentiasa dengan aku,tak kisahla kalau ramai nak kecam pun,aku memang dah bersedia lama kalau benda ni berlaku. Aku akan sentiasa lindungi kau,kita hadap benda ni sama2,ok?" Jaemin memandang wajahku.
Matanya merenung penuh makna. Perlahan-lahan dia memegang tanganku.
Aku hanya diam. Perasaan risau mula hadir. Entahla aku masih tak yakin dengan semua ini.
"Aku..aku akan cuba" aku menjawab perlahan. Aku hanya menunduk.
"Jinjja?! Kau..jap kiranya kau terima aku la ni?" Jaemin menutup mulutnya terkejut.
Dia mula bangun dan melompat gembira. Senyumannya tidak dapat ditahan lagi.
"Gumawo hyemin" tiba2 dia memelukku. Aku hanya tersenyum malu.
"Yah,janganla. Kang tiba2 ada orang nampak kang" aku memandang sekeliling.
Jaemin hanya tersenyum gembira. Senyumannya membuatkan aku berdebar.
Tanpa disedari mereka, terdapat seseorang yang sedang memerhati dari jauh . Bunyi kamera menunjukkan gambar diambil berkali-kali. Bibirnya diketap.
"Sampai hati kau Na Jaemin..."
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
आप पढ़ रहे हैं
FATE | Na Jaemin
फैनफिक्शन"You can't do anything because we're fate to be together" . . "Gelang untuk cari jodoh?Pft merepek je"- Park Hyemin "Ada perempuan gila tiba2 dalam bilik aku"-Na Jaemin [COMPLETE]
