[Hyemin pov]
Aku kembali ke hospital setelah selesai mengambil beberapa helai baju jaemin di dorm disebabkan dia perlu ditahan di hospital selama beberapa hari.
Sejak jaemin masuk hospital,aku terpaksa berulang alik dari dorm ke SM ent dan akhirnya ke hospital semula kerana perlu menguruskan banyak benda. Disebabkan ramai staff diperlukan untuk concert nct dream esok jadi hanya beberapa sahaja staff yang tinggal di pejabat,dan antaranya aku.
Dia punya penat tu tak boleh bawak bincang.
Aku membuka perlahan pintu bilik. Jaemin masih terbaring di katil,mungkin tertidur agaknya selepas mengambil ubat.
"Jaemin-ah,bangun kejap.Aku ada bawak makanan ni,jom makan sikit,kau dari tadi tak makan kan" aku menolak lembut bahunya beberapa kali. Jaemin masih terdiam,tidak memberi sebarang reaksi.
"Jaemin?" Aku mengejutkannya lagi. Dahinya kelihatan berpeluh. Aku cuba menyentuh dahinya dengan telapak tangan.
"Weh panas ni.." aku mula cuak. Dia demam ke?!
"Hyemin.." tiba2 dia memanggil perlahan. Aku segera bangun untuk memanggil doktor yang bertugas.
Tiba2 tanganku dipegang erat menyebabkan langkahku terhenti.Aku memandangnya.
"Please..stay dengan aku.." walaupun suaranya perlahan tetapi aku masih dengar apa yang dikata.Mukanya berkerut menahan sakit dengan mata tertutup.
Aku terkejut dengan reaksinya.
"Jaemin,kau demam ni" aku semakin risau melihat keadaannya. Dahla aku sorang yang kena jaga dia.
Dia menggeleng perlahan. Genggamannya semakin erat memegang tanganku.
"Jangan tinggalkan aku.." suaranya kedengaran lemah. Aku sudah tiada pilihan melainkan duduk disitu bersama jaemin. Aku duduk semula di atas kerusi.
"Gwenchana,aku ada" tangannya digengam erat.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
[Jaemin Pov]
Mataku mula terbuka perlahan-lahan. Kepala yang terasa sakit tadi mula berkurang. Aku memandang sekeliling,jam sudahpun menunjukkan pukul 10 malam.
Aku menolah ke tepi katil,senyuman kecil mula terukir. Sekujur tubuh wanita di sebelahku sedang tertidur lena dengan beralaskan lengan di bahagian kiri katil.
Niat untuk mengejutkannya terbantut apabila melihat wajahnya yang nampak kepenatan.
"Kesian hyemin. Mesti dia penat sangat ni" aku hanya merenung wajahnya.
Sweater yang disangkut di tepi katil dicapai. Aku meletakkan sweater untuk menutupi badan hyemin secara perlahan supaya hyemin tidak terbangun.
Wajahnya ditatap lama. Mukanya nampak letih,mungkin kepenatan berulang-alik ke sana sini.
Aku cuba menyelak rambut yang menutupi wajahnya perlahan-lahan.Tiba2 jantungku berdebar. Wah2 rasa macam dalam drama pulak.
Kenapa tiba2 aku berdebar ni . Aku rasa yang sakit kat perut bukan kat jantung.
Haih Tenang jaemin,tenang.
Aku cuba menarik nafas beberapa kali.
"Hm?"Tiba2 hyemin terjaga dari tidurnya.
"Kau dah bangun? Kau ok tak?"Hyemin bangun dengan wajah mamai.
"Aku ok je.Pergilah balik dorm,tidur betul2. Aku ok jela sorang2 kat sini"
Hyemin menjeling. "Ok apanya.Kau tau tak kau pengsan tadi. Badan kau panas"
Aku terkejut. "Aku pengsan dari tadi?"
Lama betul.
"Ye. Sampai aku nak panggil doktor pun tak boleh sebab kau.." hyemin terdiam seketika. Dia berdehem kecil.
"Aku? Aku apa?" Aku menyoal. Aku mula cuak bila dia buat muka macamtu, aku ada buat benda merepek ke?
"Em takde apa la. Eh kau tak makan lagi kan" hyemin terus bangun dan mengambil makanan dalam plastik. Dia mengendahkan sahaja soalan tersebut.
"Oi janganla tukar topik.aku ada buat apa2 ke tadi?" Aku bertanya berkali-kali. Perasaan cuak dan berdebar menjadi-jadi.
Hyemin hanya menggeleng dan tersenyum.
.
.
.
(Flashback)
"Jangan tinggalkan aku.." ujar jaemin lemah. Aku mula buntu sama ada nak panggil doktor atau hanya bersamanya.
Genggaman tanggannya semakin erat memegang tanganku. Aku tiada pilihan selain duduk bersama menjaganya.
Air mineral yang dibeli tadi dituang ke dalam mangkuk kecil. Aku memerah tuala kecil yang direndam dalam air dan meletakkan atas dahinya supaya suhu badan turun sedikit.
"Gwenchana,aku ada" aku mengusap kepalanya lembut. Jaemin mula bertenang sedikit dan senyap,mungkin tertidur.
"Haih jaemin,kenapa kau selalu buat aku risau je" aku menghela perlahan.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
[Middle school Yongsan-gu,2011]
"Weh hyemin,jaemin pengsan tadi masa main bola,kau pergila tengok dia" Park somin segera memberitahu hyemin yang sedang membaca komik di belakang kelas.
"Ha pengsan lagi? Haih"Hyemin terus meletakkan komiknya di atas meja. Dia mula bangun dengan malas dan berjalan keluar. Dia sudah biasa dengan perkara ni kerana dia tahu jaemin mempunyai antibodi yang lemah sejak kecil,sebabtu senang pengsan.
Sudah berapa kali dia pengsan kat sekolah,hyemin jugak yang kena jaga dia.
"Haih dia ni mesti demam lagi. Tula dah pesan jangan main hujan semalam taknak dengar" hyemin mula membebel sendirian dalam perjalanannya ke bilik sakit.
Pintu ditolak,hyemin masuk ke dalam bilik sakit mencari kelibat jaemin. Tiba2 matanya tertumpu pada katil kedua,langkahnya diatur.
"Haih na jaemin. Tula semalam aku dah pesan jangan main hujan,kan dah demam" hyemin memulakan bebelannya. Mahu sahaja dia berleter panjang tetapi melihat keadaan jaemin yang sedang tertidur dengan muka yang pucat,dia berhenti. Buang air liur je bebel kat dia,bukan nak dengar pun.
"Oh hyemin rupanya. Tadi saya dah bagi ubat suruh dia makan. Nanti bila dia dah bangun nanti suruh dia makan ye" Cikgu Song tiba2 muncul. Hyemin hanya mengangguk.
Dia menghela panjang. Hyemin bangun untuk pulang ke kelas semula. Tiba2 tangannya ditahan.
"Temanla aku kejap" ujar jaemin. Matanya mula dibuka perlahan,wajah kecilnya yang pucat itu memandang hyemin meraih simpati.
"Haih yela. Lepasni kau pengsan lagi aku taknak teman dah,maleh aku. Dah pesan banyak kali jangan main hujan kan" hyemin mencebik. Dia terpaksa mengalah dan duduk semula untuk meneman kawan baiknya itu.
Jaemin hanya tersenyum kecil. Dia berasa lebih selesa dan selamat bila hyemin berada di sisinya.
YOU ARE READING
FATE | Na Jaemin
Fanfiction"You can't do anything because we're fate to be together" . . "Gelang untuk cari jodoh?Pft merepek je"- Park Hyemin "Ada perempuan gila tiba2 dalam bilik aku"-Na Jaemin [COMPLETE]
