ME 1

28 3 0
                                        

“Woi”

   " Hah ? apa ? awak panggil saya ke ? " soal gadis itu dengan terpinga-pinga.

   " Eh, tak lah. Aku panggil jantan dekat belakang kau tu ," jawab rakannya selamba.

Gadis itu berpaling wajah ke belakang untuk melihat jejaka yang disebut oleh rakannya. Matanya dikecilkan sedikit. Apabila sudah mengecam wajah jejaka tersebut, gadis itu memalingkan wajahnya ke arah rakannya kembali.

   " Ohh. Kenapa ? Awak minat dia ke ? Nak saya tolong ejaskan ? " soal gadis itu dengan mengangkat kening sebelah kanannya.

   " Ehh, apa aku pulak. Tak kuasa lah aku ! Kalau kau nak tolong ejaskan Kim Samuel tu okay juga. Kalau mamat muka toya tu, baik kau jangan cari pasal. Silap-silap dia orang dah ada girlfriend  habis lah  kau yang jadi toya selepas ni ," katanya sambil mengutuk lelaki yang berada di meja belakang mereka.

   " Awak ni tak habis dengan Kim Samuel awak tu. Kalau nak dibandingkan Kim Samuel awak dengan lelaki tu, handsome lagi lelaki tu. Siap ada pakej badan tough lagi. Bukan macam Kim Samuel awak tu, dah lah kurus kering. Huh ! " kutuk gadis itu lalu menyedut jus epalnya. Matanya memerhati sekeliling lalu dikerling jam tangannya. Lagi 10 minit masa untuk masuk ke kelas berikutnya.

   " Amboi, sedap kau mengutuk Kim Samuel aku eh... ," baru sahaja jari rakannya ingin mencubit lengan gadis itu namun tangan gadis itu lebih cepat menangkap tangan rakannya.

   " Wehh wehh, member jantan tu nak datang tempat kita ke ? Arghh, malunya ! Dia orang dengar ke kita mengumpat dia orang ? " bisik rakannya. Gadis itu terus memusingkan kepalanya ke belakang. Matanya terkaku apabila mata biru laut lelaki itu bertentangan dengannya.

   " Hello, can i sit here ? " soal kawan lelaki tersebut. Gadis itu terus tersedar apabila rakannya menepuk tangannya perlahan. Dengan perlahan dia memusingkan kepalanya.

   " Hi, sure. Why not ? hihi , " kata rakannya dengan perangai malu malu kucingnya. Dasar bocah kamu.

Lelaki itu terus duduk di sebelah tempat duduk rakannya. Rakannya terkebil-kebil tidak percaya.

   " Apa nama kau orang ? Ambil course apa ? " soal lelaki itu. Datang secara tiba-tiba. Tanya soalan pun tiba-tiba.

   " Lah, boleh cakap melayu rupanya. So, by the way aku Qiera, course medicine. And nama orang depan aku ni pula Ayra, dia ambil course architecture. Nama kau ? " soal rakannya pula.

   " Oh, hehe. Boleh la sikit-sikit. Ermm, I'm Irfan Ryqarl. Jejaka handsome dekat meja belakang tu Edric Zander. Suka hati kau orang lah nak panggil apa sekalipun. And we're from architecture too ," jawab lelaki itu sambil matanya melirik kawannya di belakang. Ayra menggulingkan biji matanya saat Irfan mengatakan rakannya itu handsome. Jenis support member ke ? Masuk bakul angkat sendiri.

  " Oh, tapi...," belum sempat rakannya berbicara, gadis itu terus memotong.

  " Eh, ada lagi lima minit ni. Saya masuk kelas saya dulu ya. Nanti awak tunggu je saya dekat tempat biasa. Tapi, kalau saya lambat, awak boleh balik dulu , " kata gadis itu dan pergi dengan begitu sahaja seolah-olah tiada orang lain selain dia dan rakannya.

   " Kau orang berdua satu course kan ? Eh jap, I never seen you before this. So, both of you pelajar baru kan ? " soal rakannya lalu jejaka di sebelahnya memberi jawapan dengan anggukan.

   " Qarl, let's go ," kawan jejaka itu terus berjalan tanpa menghiraukan Zaqiera.

   " Qiera, I pergi dulu tau. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi ," lancang jejaka itu berkata. Tangan mereka melambai satu sama lain. Zaqiera tersengih bagaikan kera mendapat bunga.

   " Kau borak apa dengan dia orang ? " soal Edric.

   " Aku tanya nama dia orang. What's their course. You know what, one of them ada dalam course kita ", kata Irfan dengan perasaan terujanya.

   " Which one ? "

   " Yang pakai baju warna green tea ", jawab Irfan.

   " Ohh, so ? What poins do you want to tell me ? " soal Edric selamba.

   " Tadi kau yang beria tanya aku. Then, kau tanya aku pula apa poinnya ? Baik tak payah tanya. Buat sakit hati aku je. Huh, dasar kawan tak kenang budi. At least, support lah aku nak bercerita ni ", leternya apabila kawannya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja bertanyakan soalan kepadanya sebentar tadi.

Edric sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri apabila mendengar Irfan membebel. Kakinya terus mengorak langkah ingin meninggalkan rakannya. Telinganya disumbat Airpods.

Tiba di depan kuliah, profesor yang sudah berada di dalam kelas tersebut meminta mereka masuk ke dalam. Irfan mengulum senyuman tipis kepada pelajar-pelajar dan tidak lupa profesor mereka. Lain pula Edric, dari luar kuliah sehingga masuk ke dalam wajahnya hanya serius memanjang.

   " Hi boys and girls ! " ramah Irfan kepada pelajar-pelajar yang berada di dalam kuliah tersebut bersama ukiran senyuman di bibir.

   " So, as you all see, today our class gets new students. So, both of you can introduce yourself ", tutur profesor yang berada di antara si Irfan dan juga Edric.

   " Hi, just call me Edric ",

   " I'm Irfan Ryqarl and we are from australia ", sebahagian daripada pelajar perempuan bersorak manja apabila mat saleh celup masuk ke dalam kuliah mereka.

   " Baiklah, awak berdua boleh ambil tempat masing-masing ", kata pensyarah yang bernama Zaileen.

Edric dengan muka selamba dia berjalan ke arah meja yang berada di depan mereka. Duduk depan lah senang sikit nak masuk ilmu dalam otak. Ye tak ?

Tanpa sempat Edric mahu meletakkan punggungnya di atas kerusi, tangannya ditarik oleh Irfan. Dia memandang Irfan dengan riaksi yang membawa maksud ' kau nak apa bangang ! '

Sakit pula hatinya apabila Irfan menyuruhnya duduk di tempat paling atas. Dia memandang sekeliling. Matanya bertembung mata yang berwarna hazel yang sedikit kehijauan. Perempuan itu memandang mereka berdua. Matanya dikecilkan untuk melihat wajah dua jejaka yang berada di belakangnya.

   " Hi, Ayra ! ", tegur Irfan kepada perempuan itu. Edric segera mengalihkan matanya daripada bertembung. Telefon di tangan ditekan off.

Biasalah, waktu belajar dia belajar. Waktu main, dia main. Waktu borak, dia borak. Dan yang paling penting waktu makan, dia makan sampai kenyang. Tapi, badannya tetap maintain. Itu lah prinsip hidup seorang Edric Zander. Kalau dilihatnya oleh para mak mesti tergoda. Auchhh !

Dia melihat ke hadapan kembali apabila perempuan itu mula fokus akan sesi pembelajarannya.

Tiba-tiba sahaja dia terasa tangannya diketuk seseorang. Eh, memang dalam dunia ni semua sibuk kacau life orang ke ?

Dia melihat gerangan yang mengetuk tangannya. Kelihatan seorang perempuan mengenyitkan matanya ke arah Edric. Edric menjeling menyampah.

   " Hi, my name is Jasmeen. You can call me whatever you want. I don't care about it ", kata perempuan yang bernama Jasmeen sambil bermain-main dengan rambut ikalnya.

   " Hrmmm " itu sahaja yang terkeluar daripada bibir Edric. Matanya tetap fokus melihat pensyarahnya.

   " Itu je ? You tak nak introduce yourself ? " soal Jasmeen. Jarinya sengaja menyentuh tangan besar milik Edric.

Edric melarikan tangannya daripada disentuh perempuan itu. Edric menyentuh bahu Irfan lalu memberi arahan melalui matanya. Irfan mengangguk lalu bangun untuk menukar tempatnya dengan Edric.

Jasmeen mendengus kasar sambil mejanya diketuk kasar sehingga membuatkan pensyarahnya menjeling ke arahnya.

   " Jasmeen, do you have a problem ? " soal Puan Zaileen. Matanya dikecilkan. Semua mata memandang ke arah Jasmeen termasuk Ayra. Edric pula hanya membuat muka tiada perasaan.

   " No, madam. I have no problem ," katanya sambil memberi senyuman kecil kepada Puan Zaileen. Usai Puan Zaileen kembali fokus dalam pembelajarannya, Jasmeen menjeling menyampah.

Mrs. EdricWhere stories live. Discover now