fifthy•°six

790 110 69
                                    

Setelah selesai melawat pesakit bersama Eunhee dan Eric, aku menuju ke bilik rehat seorang diri.

Dari jauh aku nampak kelibat doktor Minghao, aku mengetap bibir seketika.

"Doktor" panggilku sebaik sahaja kami berselisihan. Tetapi dia hanya menghiraukan aku dan meneruskan perjalanannya.

Sekali lagi aku mengeluh.

Termasuk hari ini sudah hari ke empat kami tidak bertegur sapa. Aku tegur pun dia hiraukan aku. Waktu lunch memang dah tak nampak dia dekat cafeteria.

Haih.

.

.

.

Memandangkan malam ni malam minggu dan aku dilanda kebosanan, aku membuat keputusan untuk keluar dan bersiar siar.

Aku terpandang gelang pemberian doktor Minghao di atas meja, entah apa yang merasuk fikiranku gelang tersebut aku ambil lalu memakainya.

Aku keluar daripada bilikku, omma dengan appa dah tidur daripada pukul 8 tadi. Penat sangat kerja agaknya. Aigoo.

Setelah memanaskan enjin kereta, keretaku menyusur keluar daripada garaj lalu bergerak keluar daripada kawasan rumah.

Aku membuat keputusan untuk pergi ke sungai han. Entah lah mood nak berjalan tepi sungai.

Perjalanan dari rumahku hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Aku memakirkan keretaku lalu mematikan enjin.

Talifon serta purse aku simpan di dalam poket seluar lalu keluar daripada kereta.

Aku menghirup udara segar terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Mataku dari tadi memandang setiap pasangan kekasih yang berada di sini. Rata rata memang lebih ramai yang berpasangan berbanding yang solo seperti aku.

Setelah puas berjalan, aku membuat keputusan untuk duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ.

Jauh aku termenung, fikiranku kosong.

Sehingga tidak sedar ada seorang lelaki yang sudah mengambil tempat di sebelah ku.

"Sorang je?"

Mati lamunanku tatkala suaranya menerpa kornea telinga ku. Segera aku memandang gerangan tersebut.

"Doktor?" muka ku berkerut habis. pelik.

"Kenapa? tak suka saya ada dekat sini?" tanya doktor Minghao. "Tak, saya tak cakap pun macam tu" jawabku.

"Doktor buat apa dekat sini?" tanya ku. "Saje ambil angin" jawabnya. "Ouh" aku mengangguk pelan.

Entah lah, seminggu ni kitaorang tak bercakap langsung. Pelik pula bila dia yang tegur aku dulu.

"Awak ingat tak, dekat sini. Kita pernah jalan jalan dekat sini dulu" kata doktor Minghao. Aku mengetap bibir sambil mengangguk kepala.

Ye aku hampir terlupa.

"Masatu awak budak lagi, masih lagi pesakit saya" kata doktor Minghao. Aku hanya tersenyum kelat.

Betul, aku hanyalah seorang budak mentah pada tika itu.

"Takdir, kita berjumpa semula" sambung doktor Minghao.

Keadaan menjadi diam secara tiba tiba. Masing masing melayan perasaan sendiri.

Doktor Minghao memandangku kemudian pandangannya jatuh ke arah gelang ku.

Shit kenapa aku pakai gelang ni. urgh

my doctor • xmh ✓Where stories live. Discover now