fourthy•°six

609 87 4
                                    

Tubuh gadis kecil yang sedang tidur membelakangi kami aku pandang.

Misoo tengah tidur.

Aku pandang pula doktor Minghao yang sedang membelek rekod pesakit di atas meja. Fail yang lebih tebal daripada fail yang doktor Minghao ada.

Aku berjalan ke arah tubuh Misoo berpaling untuk melihat wajahnya.

Berkerut dahiku melihat tubuhnya yang mempunyai kesan biru. Seperti kesan dipukul.

"U-uisanim" Panggil ku. "Wae?" doktor Minghao memandang ku. "Cuba tengok kesan lebam ni. Macam kena pukul" Kata ku. "Mwo?!" Segera doktor Minghao melihat tubuh Misoo.

Dari muka hingga ke tangan. Bibirnya juga turut terdapat kesan merah, darah beku.

Doktor Minghao berkerut memikirkan sesuatu.

"Doktor ni dah jadi kes dera!" Kata ku. "Saya tahu" Kata doktor Minghao. "Kita kena buat report pasal ni" Kata ku berura ura mahu keluar dari ward dan membuat panggilan.

Doktor Minghao menahan tangan ku. Dia kemudian menggeleng kepala.

"Kita tak tahu siapa yang buat dia macam ni. Awak tak boleh terburu buru nak buat laporan, awak tak ada hak memandangkan awak bukan penjaga pesakit" Tegas doktor Minghao berkata. Selepas itu dia melepaskan tanganku.

Aku mengeluh kecil.

"Arasseo"

Sayu aku melihat tubuh Misoo yang mempunyai kesan lebam itu. Dia kecik lagi, siapa yang sanggup pukul dia?

Doktor Minghao menepuk bahuku.

"Pergi ambil ubat, saya nak rawat kesan lebam dia. Takut melarat" Kata doktor Minghao. Aku mengangguk

"Nae"

.

.

.

Klek

Aku masuk ke dalam kereta.

"Lambatnya turun" Kata Sunwoo. "Em mian" Kata ku. "Kau okay tak ni?" Tanya Sunwoo. "Okay je. Dah jalan lah" Kata Sunwoo.

Gear kereta ditarik, perlahan lahan kereta ku meluncur keluar dari kawasan hospital.

"Kau fikir apa?" Tanya Sunwoo. Aku memandang wajah Sunwoo seketika. "Tak ada lah. Cuma aku terfikir pasal sorang patient ni" Kata ku.

"Wae?"

Aku mengeluh halus. "Entah lah, masa mula mula aku jumpa dia. Dia okay je walaupun dia tengah demam. Tapi tadi aku tengok dia dengan doktor Minghao, badan dia macam kena pukul dengan someone sebab ada kesan lebam" Ceritaku.

"Seriouslah?"

aku mengangguk.

"Aku kesian, budak tu kecik lagi kut" Kata ku. "Dah lah jangan fikir sangat. Tugas kau cuma merawat Yeori" Kata Sunwoo.

Aku mengangguk perlahan "ara" kataku.

"makan pizza jom? aku belanja" kata Sunwoo. aku yang dari tadi tiada mood, terus berubah ceria apabila Sunwoo kata nak belanja makan.

"alaa tapi aku nak mcd" kata ku. "ye lah. mengada" Kata Sunwoo. aku hanya tergelak.

"weh hujung minggu ni busy tak?"

aku menggeleng. "tak kut. asal?" soalku semula. "teman aku keluar jom" ajak Sunwoo. "ouh boleh je. kau nak pergi mana?" tanya ku.

"cari buku" jawab sunwoo.

my doctor • xmh ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon