thirty•°two

698 99 25
                                    

Slurp!

Dengan tidak senonohnya, Wohyun menyedut air minuman yang baru dibelinya tadi.

"Kau ni jakun ke apa? Tak pernah minum air? Cuba beradab sikit perangai tu" Bebel ku. "Kau ni kerja nak bebel je. Kalau dengan aku semua salah. Cuba kalau doktor Minghao kau tu buat perangai. Kau lagi suka ada lah" Kata Wohyun.

Aku memandangnya datar.

"Dalam kes ni tak ada kaitan dengan doktor Minghao okay. Aku cuma tegur perangai kau. Kasi elok sikit depan orang. Huh" Kata ku.

"Ya lah ya lah" Kata Wohyun.

Drt Drt

Aku hanya melihat fon Wohyun yang berdering.

"Aku angkat call jap" Kata Wohyun. Aku hanya membalas dengan anggukan.

"Ye saem. Tak saya.."

Aku hanya memandang pemergian Wohyun. Biasalah dia kan pelajar target untuk exam besar nanti. Mestila ada cikgu call sebab dia tak datang hari ni. Kan?

Ngeh

"Eo, Yeori ssi?"

Aku mendongak memandang manusia tersebut.

Aku terkedu seketika tatkala wajah doktor Minghao menjadi tatapan mata.

"Nae uisanim"

"Buat apa dekat sini? Kenapa tak stay dalam ward?" Tanya doktor Minghao lalu mengambil tempat duduk Wohyun di hadapan ku.

"Bosan la doktor duduk dalam ward" Jawab ku. "Kaki tu memang tak reti duduk diam pun. Ada je dia nak pergi kan" Kata doktor Minghao. Aku hanya tersengih.

"Doktor tak ada patient ke? Ke sekarang waktu lunch?" Tanya ku. "waktu lunch" Jawab doktor Minghao. "Ouh" aku menganggukan kepalaku.

"Macam mana boleh kena tahan ward balik ni ha? Kurang minum air la tu" Kata doktor Minghao. "Saya 2 kali refill air dekat sekolah. Takkan tak cukup dok" Kata ku.

"Setakat refill air dekat sekolah. Dekat rumah tu, minum air ke tak?" Tanya doktor Minghao. "Minum la dok" Jawab ku.

Doktor Minghao tergelak kecil.

"Princess"

Aku memandang Wohyun.

"Eo? annyeonghaseyo uisanim" Wohyun menunduk hormat kepada doktor Minghao.

"Naee. Siapa ni?" Tanya doktor Minghao.

"Dia--"

"Yeori pernah cerita sebelum ni doktor yang rawat dia. Terima kasih doktor" sekali lagi Wohyun menunduk hormat kepada doktor Minghao.

Aku memandang Wohyun pelik. Dah kenapa mamat ni sorang.

"Ani. Tu kan tugas saya" Kata doktor Minghao. "Emm. Princess jom balik bilik. Omma on the way" Kata Wohyun. "Ha? Ouh okay" Kata ku.

"Doktor saya naik dulu tau. Bye" aku melambaikan tangan ku.

"Byee"

"Kau kenapa terima kasih bagai dekat doktor Minghao?" Tanya ku. "Saje" Jawabnya. "Pelik" Kata ku.

"Eh tapi tadi bukan cikgu kau ke call? Kenapa omma Lee pula tiba tiba cakap on the way?" Tanya ku. "Haah. Lepastu omma mesej" Jawab Wohyun.

"Ouh" aku menganggukan kepalaku.

"Doktor Minghao tak kenal aku ke?" Tanya Wohyun. "Pahal dia nak kenal kau pula?" Tanya ku.

"Ya lah. Dia kan follow ig aku hari tu. Tak kan tak kenal" Jawab Wohyun. Aku menepuk dahiku. Kesal mempunyai sepupu yang bijak tapi lembap.

my doctor • xmh ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora