fourthy•°seven

689 93 17
                                    

aku berjalan mengekori doktor minghao dari belakang. Kami masuk ke dalam lift dan turun ke tingkat bawah, bahagian pesakit yang hanya datang untuk membuat pemeriksaan. kira macam klinik lah.

"saya rasa mana mana pesakit yang sakit dia biasa biasa je, awak boleh handle. saya buat pemerhatian" kata doktor minghao. aku mengangguk.

"boleh je doktor" kata ku.

doktor minghao terpaksa mengambil alih tugas doktor Yuna kerana dia tiba tiba ermegency leave atas urusan peribadi.

doktor minghao masuk ke dalam sebuah bilik yang tertera nama doktor yuna di hadapan pintu.

doktor minghao duduk di atas kerusi. aku mengambil tempat di hadapan doktor minghao dan meletakkan beberapa buah fail di atas meja.

Tok Tok Tok

"Masuk !"

Seorang nurse masuk ke dalam bilik. "Doktor, dah boleh panggil patient ke?" Tanya nurse tersebut. Doktor Minghao mengangguk. "Boleh" Jawabnya.

Nurse itu mengangguk lalu keluar daripada bilik ini.

Aku memandang doktor Minghao. "Saya nak duduk mana doktor?" Tanya ku. "Mana mana yang awak suka" Jawab doktor minghao

"Seriouslah doktor?"

doktor Minghao hanya membalas dengan anggukkan. Dia tak pandang aku langsung kerana fokus kepada skrin komputer. dasar

Tok tok tok

Aku bangun daripada tempat dudukku lalu berdiri.

Dua orang masuk ke dalam bilik ini, seorang perempuan yang agak berusia dan remaja lelaki. Seorang emak dan seorang anak lelaki.

"Annyeonghaseyo uisanim" sapa si emak. aku menunduk hormat. "Nae annyeonghaseyo" Balas ku dan doktor Minghao hampir serentak. Aku berjalan ke sebelah doktor Minghao dan berdiri di situ.

Terhinjut hinjut remaja lelaki itu mengambil tempat di atas kerusi di tepi meja doktor Minghao, kerusi yang disediakan untuk pesakit. Boleh dikatakan remaja itu duduk menghadap aku yang sedang berdiri dihadapannya.

Manakala si emak mengambil tempat berhadapan dengan doktor Minghao, tempat yang aku duduk tadi.

Aku melihat kesan calar di tangan dan kaki remaja itu. Darah masih ada di luka luka tersebut, belum dibersihkan lagi.

"Apa masalahnya ye puan?" Tanya doktor Minghao sambil itu dia memerhati skrin komputer. "Jatuh motor, biasalah budak nak membesar. Degil pula tu" Kata emaknya. "Omma!" remaja itu memandang emaknya.

Emaknya sekadar tergelak kecil.

Tidak dapat aku nafikan, budak lelaki ini mempunyai rupa paras yang kacak.

"Saya keluar dulu ye doktor, selesaikan lah apa yang patut" Kata emaknya. Doktor Minghao mengangguk.

"Baik puan" Katanya.

Ibunya mula menapak keluar daripada bilik ini.

"Awak boleh handle kan? benda kecil je ni" Kata doktor Minghao. Aku mengangguk.

Doktor Minghao bangun lalu duduk di kerusi di hadapan meja. Aku pula mengambil tempat di atas kerusi tersebut.

stetoskop aku cucuk ketelinga. kemudian aku menekap ke dadanya.

"tarik nafas" kata ku. dia hanya mengikut arahan. "Lepas" Kata ku.

Laju, denyutan jantungnya laju. Mungkin impak dia jatuh motor dan masih terkejut.

my doctor • xmh ✓Where stories live. Discover now