twenty•°five

698 91 5
                                    

"Hey, buat apa sorang sorang dekat sini?" Seseorang menegurku lalu mengambil tempat di sebelah buaian aku.

Aku memandang gerangan tersebut.

"Eo Taeyong ssi. Kau buat apa dekat sini?" Tanya ku. "Amboi, kita tanya dia dulu dia tanya kita balik" Kata Taeyong. Aku hanya tersengih.

"Tak ada la. Saje ambil angin" Jawab ku. Taeyong hanya mengangguk. "Kau?" Tanya ku lagi.

"Aku ternampak kau keluar daripada 7E tadi. Saje ikut kau" Jawab Taeyong. Aku mengangguk perlahan. Tidak tahu mahu respon apa.

"Actually, Yeori ssi"

Aku memandangnya. "Aku nak minta maaf" Kata Taeyong. "Pasal apa?" Tanya ku hairan. "Haritu. Masa aku tampar kau. Aku tak tahu kenapa aku asyik rasa bersalah dengan kau. Rasa macam, kau still tak maafkan aku" Kata Taeyong.

Aku tergelak kecil.

"Move forward la Taeyong. Benda dah lepas. Aku pun dah maafkan kau" Kata ku. Taeyong hanya mengeluh kecil.

"Tengok perubahan kau sekarang, buat aku lega" Kata ku. "Dari segi?" Tanya Taeyong. "Dari segi perasaan kau pada aku. Aku tahu tak senang nak move on. Kau pula suka aku dari mula kita masuk sekolah. And aku harap, kau jaga la Hyemin betul betul" Kata ku.

Taeyong hanya mengangguk kecil.

"Aku dengan Hyemin tak ada apa apa special relay pun. Just kawan" Kata Taeyong.

"Sejak aku terserempak dengan Hyemin sekali masa kitaorang lawat kau. Sejak tu, Hyemin selalu tegur aku. Kena brainwash la juga dengan dia. Dia kata jangan terkejarkan sesuatu benda yang aku tak akan pernah dapat" Kata Taeyong.

Aku tekun mendengar.

"Mula mula aku tak boleh terima. Sebab aku memang nak kau dalam hidup aku. Tapi lama lama, apa yang Hyemin cakap tu betul. Kau umpama kaktus tajam yang tak akan pernah dapat aku sentuh buat selamanya. Sekali aku sentuh, tangan aku akan berdarah. Yang pasti itu adalah rasa sakit setiap kali aku cuba untuk kejar kau" Sambung Taeyong.

Aku menjadi sentak seketika.

"Tapi lama lama, aku mula tertarik dengan Hyemin. Dia ada aura dia yang tersendiri. Macam apa yang orang kata, setiap orang pasti ada aura yang tersendiri. Aku yang daripada mula tak banyak cakap, jadi makin banyak bercakap" Kata Taeyong.

"Majjayo" Kata ku. Taeyong hanya tersenyum.

"Tapi sayangnya. Ungkapan jom dating yang keluar dari mulut Hyemin hanyalah satu ungkapan yang membawa maksud teman dia keluar. Aku harap kitaorang akan officially dating" Kata Taeyong sayu.

"Aku doakan yang terbaik untuk korang. Hyemin bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta. Tapi percayalah, once dia jatuh cinta dia akan tetap sayang orang tu. Dan aku percaya, orang tu adalah kau" Kata ku.

"Yakin dengan diri sendiri. Beranikan diri kau. Confess dekat dia" Kata ku. "Tapi aku takut dia tak akan terima aku" Kata Taeyong.

"Jadikan cerita kau dengan aku adalah satu permulaan. Mungkin ia tak berjaya. Tapi yang kedua mungkin akan berjaya. Percaya dengan diri sendiri Lee Taeyong" Kata ku.

"Gumawo, Yeori ssi" Kata Taeyong. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Keadaan menjadi janggal seketika.

"Cantik gelang kau. Pandai sorok eh masa dekat sekolah" Kata Taeyong. Secara automatik aku memandang gelang pemberian doktor Minghao di tangan ku.

"Oh, hahaha aku pun tak perasan yang aku still pakai gelang ni" Kata ku jujur. "Siapa bagi? Someone special?" Tanya Taeyong.

"Not very special. Ni gelang tanda perpisahan" Kata ku. "Chinjja?" Tanya Taeyong. Aku mengangguk.

my doctor • xmh ✓Where stories live. Discover now