07

32 1 0
                                    

"Targeting YG's Students?" Soal Jisoo yang terkejut itu.

Jennie menganggukkan kepalanya. Jisoo terdiam seketika lalu dia memandang ke arah Lisa yang terbaring di atas sofa dengan kain tuala menutupi matanya.

Selepas dia menjumpai Lisa yang tidak sedarkan diri di tandas kafe tadi, dia segera menghubungi Jennie dan mereka segera membawanya ke pejabat Judgment dan meletakkannya di sebuah bilik infirmary di situ. Tentu sahaja Jennie turut terkejut melihat keadaan Lisa itu.

"I see. Mungkin sebab dia pakai uniform YG." Gumam Jisoo.

"Lisa!"

Baru sahaja Jennie ingin bersuara, tiba-tiba sahaja Chaeyoung menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut.

"Shhh... We don't want to awake her yet." Ujar Jisoo dengan nada yang berbisik. Chaeyoung pula mengerutkan dahinya lalu dia menghampiri Lisa.

"Macam mana keadaan dia?" Soalnya dengan perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh Jisoo dan Jennie.

"Dia tiada sebarang kecederaan, so, she's fine. She just need to lie down for a bit." Kata Jisoo dan Chaeyoung menghela nafas lega.

"Korang dah tahu ke apa motif suspek?" Soal Jisoo lalu dia memandang ke arah Jennie yang masih lagi merenung Lisa itu.

"But, she has a troublesome power tho." Sambung Jennie lagi dan kali ni, dia memusingkan kepalanya ke arah Jisoo.

Jisoo kehairanan.

"Troublesome?"

"The culprit. She's invisible to the eyes." Sampuk Chaeyoung pula membuatkan Jisoo bertambah kehairanan.

"Huh?"

"Kejap." Ujar Jennie sebelum menghilangkan diri dan beberapa saat kemudian, dia kembali muncul bersama laptop ditangannya.

Lantas dia berjalan ke arah sebuah meja yang terletak di tepi tingkap bilik tersebut dan membuka laptop itu. Jisoo dan Chaeyoung pula menghampirinya.

Jennie memasang satu video lalu memberi ruang kepada Jisoo untuk menontonnya.

"I've told you so many times already! It's true! I didn't see anyone!" Marah Nayeon sambil menutup separuh wajahnya dengan kipas. Pegawai Antiskill yang bertugas untuk menyoal siasat Nayeon pula sediki terkejut.

"Umm.. Tapi.. Berdasarkan rakaman cctv yang ada dekat situ..." Dengan teragak-agaknya, pegawai Antiskill tersebut memusingkan laptopnya ke arah Nayeon untuk mempamerkan rakaman cctv yang menunjukkan Nayeon sedang berjalan dengan seorang pelajar perempuan.

"So, what?!" Nayeon menumbuk meja tersebut membuatkan pegawai Antiskill itu tersentak kerana terkejut.

"Saya dah cakap yang saya tak nampak..."

Belum sempat video tersebut tamat, Jennie terlebih dahulu memberhentikan video tersebut.

"So, her victim couldn't see her, huh?" Ujar Jisoo yang menopang dagunya pada meja itu.

"Yeah. Even muka dia pun tak nampak sangat sebab video ni dirakam dari jauh. Antiskill pun tak dapat detect muka dia macam mana. Pada mulanya, kitorang ingat yang dia guna kuasa optical manipulation." Kata Jennie sebelum disambung oleh Chaeyoung yang mula mengambil alih menggunakan laptop tersebut.

"Ada 47 orang yang boleh hilangkan diri mereka sepenuhnya dekat bandar ni, but all of them have an alibi." Terangnya lalu membuka setiap profile 47 orang tersebut.

"Tapi, cctv dapat rakam dia kan? Doesn't that mean it's not really an 'optical manipulation'?" Teka Jisoo dengan seriusnya.

Jennie mengeluh kecil sebelum bersuara.

A CERTAIN SCIENTIFIC RAILGUN [Blackpink Version]Where stories live. Discover now