06

25 1 0
                                    

"So, how's the size?" Soal Jisoo sebaik sahaja Lisa melangkah keluar dari kubikel bersama dengan uniform YG Middleschool.

Ketika itu mereka berada di dalam bilik mandi yang terletak di gym sekolah tersebut untuk Lisa membersihkan dirinya dan menukar pakaiannya yang basah.

"Errr.. okay. Saiz dia memang okay. Cuma..." Lisa memberhentikan kata-katanya lalu dia menarik-narik hujung skirt uniform yang dipakainya itu.

"Kain dia singkat sikit." Kata Lisa dengan janggalnya. Jisoo menjungkitkan keningnya.

Baru sahaja dia hendak bersuara, Jennie terlebih dahulu menyampuk.

"Well, it's short because it's mine. Kau bernasib baik sebab aku ada bawa uniform lebih tahu." Kata Jennie membuatkan Lisa hanya tersengih.

Kemudian, Chaeyoung dari tadi hanya mendiamkan diri itu bersuara.

"It's not fair that Lisa got the uniform." Katanya. Ketiga-tiga pelajar perempuan itu memandang ke arahnya yang sedang memuncungkan bibirnya itu.

"Huh?"

"Nothing." Balas Chaeyoung lalu dia tersenyum lebar membuatkan mereka bertiga saling berpandangan sebelum mengangkat bahu masing-masing.

"Okay! Kalau semua dah okay, jom gerak. Dah lewat ni." Kata Jisoo lalu dia bangun dan mula melangkah ke arah pintu.

Jennie, Chaeyoung dan Lisa pula hanya akur lalu mengekorinya dari belakang.

"Korang ada fikir nak makan dekat mana tak?" Soal Jennie apabila mereka berempat sudah hampir tiba di pintu pagar sekolah tersebut.

"Ah! Aku teringin sangat nak makan dekat Flower Café. Ramai cakap yang cheese cake dekat situ sedap gila." Kata Lisa dengan mata yang bersinar-sinar.

"Ermm.. Okay jugak tu. Kebetulan pulak unnie craving nak makan cheese cake sekarang ni. Korang berdua okay tak?"

"Okay jer."

"Hmm..."

Balas Jennie dan Chaeyoung serentak. Serentak itu mereka memandang ke arah Chaeyoung yang memandang Lisa dengan pandangan yang tidak puas hati itu.

"Kau dah kenapa, Chaeng?" soal Lisa pelik.

"Okay, I can't hold this anymore! Lisa! Jom tukar baju!" kata Chaeyoung lalu memegang kedua-dua lengan Lisa. Lisa terbeliak.

"W-What? Apa kena dengan kau ni?" Soalnya yang pelik itu.

"Mana aci kau dapat uniform YG. Aku nak pakai jugak. Bukalah! Aku nak pakai uniform YG jugak!" Desak Chaeyoung.

"Kau gila ke nak aku buka sekarang? Dekat tempat terbuka pulak tu. Aku ada common sense la!" Marah Lisa.

"Dah tu, kita pergi la tukar baju dekat tempat tadi." Balas Chaeyoung yang masih lagi tidak mahu mengalah itu.

"Mana boleh balik sekarang. Nanti lewat, café tu tutup. Tak ada cheese cake aku. Kalau memang sempat, aku dah pergi tukar baju dekat dorm tadi." Bantah Lisa lagi.

Chaeyoung pula mengembungkan pipinya lalu dia mula menggoncang kuat badan Lisa.

"Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!" Rengek Chaeyoung kuat.

"Yah! Park Chaeyoung! Let me go!" Arah Lisa yang sudah berasa pening itu.

"No!"

"LEPAS!!!!"

"NO!!!"

Jisoo dan Jennie yang dari tadi hanya menjadi pemerhati itu saling berpandangan lalu mereka cuba untuk memisahkan kedua-dua gadis tersebut.

A CERTAIN SCIENTIFIC RAILGUN [Blackpink Version]Where stories live. Discover now