01

91 7 0
                                    

Jisoo membuka penutup tin sebelum jus yang terkandung di dalamnnya diteguk perlahan. Sedang dia menikmati permandangan bandar itu, tiba-tiba sahaja beberapa orang lelaki mengerumuninya.

"Oppa. Oppa rasa yang dia akan okay ke?" Soal seorang pelajar perempuan yang memerhati situasi itu dari jauh.

"I don't know. Nak call Judgment ke?" Soal lelaki yang berdiri di sebelahnya.

Jisoo pula mengeluh berat sebelum dia bergumam sendirian.

"Seriously? Never a dull moment of this city, huh?"

***

"Jumlah populasi di bandar ni adalah seramai 2.3 juta orang dan 80% daripadanya ialah pelajar. Inilah Academy City." Terang pemandu pelancong wanita itu. Pelawat-pelawat luar yang teruja itu memandang suasana bandar itu disebalik tingkap bas.

"Dilengkapi dengan pelbagai alatan teknologi yang canggih, anda boleh mengatakan yang ianya merupakan satu eksperimen yang besar. Dikatakan terdapat 20 hingga 30 tahun jurang usia antara teknologi yang digunakan di Academy City dan di mana-mana sahaja." Terangnya lagi.

"So kids, apa yang orang belajar di bandar ni?" Soalnya dengan nada yang ceria dan serentak itulah kanak-kanak yang berada di atas bas tersebut menjawab soalannya dengan bersungguh-sungguh.

"Kuasa esper!"

Pemandu pelancong itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebelum bersuara lagi.

"Academy City mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya terhadap ketenteraman awam terutamanya semasa menjaga anak-anak anda. Jadi, para ibu bapa tidak perlu..."

Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja satu letupan kedengaran sebelum satu gegeran kuat dirasai membuatkan bas tersebut hilang kawalan membuatkan ia nyaris berlanggar dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan.

Suasana di dalam bas tersebut sedikit panik dengan kanak-kanak yang menangis ketakutan dan para ibu bapa yang cuba untuk menenangkan anak-anak mereka.

"Bertenang semua. Tak ada apa-apa yang berlaku." Ujar pemandu pelancong yang cuba untuk menenangkan keadaan tersebut. Kemudian, dia mengintai disebalik cermin hadapan bas tersebut untuk melihat apa yang berlaku sebelum matanya terbeliak luas.

"What's on earth is happening?" Gumamnya sambil memandang setiap lampu isyarat yang terpadam dan dia dapat melihat dengan jelas akan arus elektrik yang keluar daripada lampu isyarat tersebut.

"Elektrik?"

***

Di antara celah-celah bangunan itu, kelihatan seorang lelaki sedang berlari ketakutan. Perasaan takutnya membuatkan dia terlanggar sebuah tong sampah sebelum jatuh tersungkur. Tapi, dia segera bangun dan terus berlari lagi.

"Apa kena dengan hari aku hari ni? What the hell is she?" Gumamnya dengan larian yang masih lagi diteruskan.

Namun begitu, tiba-tiba sahaja seorang pelajar perempuan muncul di atasnya.

"Stop!" Jerit pelajar itu lalu dia mendarat di atas lelaki tersebut.

Lelaki tersebut pula cuba untuk bangun tetapi gagal apabila pelajar perempuan itu menekankan kepalanya pada permukaan jalan sebelum mengunci pergerakannya.

"So, kaulah samseng yang buat hal tu?" Soalnya sebelum mengeluarkan seutas gari dari poketnya.

"Ma-mana ada! Bu-bukan aku!" Nafi lelaki itu dengan tergagap-gagapnya. Pelajar perempuan itu tersenyum sinis.

Lantas dia menggari tangan lelaki itu pada sebatang paip besi yang berada berdekatan dengan mereka sebelum bersuara.

"Cakap tu dekat Antiskill yer?" ujarnya dan tanpa berlengah lagi, dia segera berlari dari situ.

A CERTAIN SCIENTIFIC RAILGUN [Blackpink Version]Where stories live. Discover now