Lama mereka disitu, berborak bermacam topik, Erma yang tak lekang dengan cerita kisah perjalanan dia menjadi seorang guru, Khair kadang menambah dengan soalan sekadar merancakkan perbualan. Manakala Lily terkadang mengusik. Tak banyak cerita yang keluar dari mulut Lily buat Khair tertanya-tanya. Banyak yang dia ingin tahu dari gadis bernama Lily itu.

"Alamak dah lama kita berborak, saya dah kena balik sekolah." Ujar Erma sambil memandang jam dipergelangan tangan.

"Kita gerak sekarang Khair?" Erma pandang Khair. Lelaki itu sekadar mengangguk dengan segaris senyuman. Dia tidak terikat dengan jadual; jadi tak perlu fikirkan bila untuk dia pulang ke tempat kerja.

"Kami gerak dulu Lily." Erma hulur senyum penuh makna pada Lily dibalas dengan cebikan bibir.

Menggatal lah tu nanti dapat berdua dengan Khair.

"Jangan bawa kereta tu laju-laju. Pesan dekat ibu Lily juga." Sempat Khair meninggalkan pesan sambil meletak kunci kereta di hadapan Lily. Lily yang awalnya terpaku laju mengawal riak wajah sebaik Erma berpaling memandangnya.

"Ya, I tahu." Laju Lily mencapai kunci kereta lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Khair senyum tipis.

"Abang lagi suka kalau Lily bahasakan diri macam dulu. Bukan I You macam sekarang. Lily nampak manis kalau bahasakan diri macam dulu.."

"Betul tu Lily, Kau dah kenapa bahasakan diri I You dengan Khair? Khair dah anggap kau macam adik sendiri." Belum sempat Khair habiskan ayat Erma menyampuk buat Lily terkebil-kebil seraya menggaru keningnya yang tidak gatal. Apa panggilan pun nak dijadikan isu ke dua manusia ni?

"Normalah, kita dah besar kot. Lagipun aku bahasakan diri dengan kau pon. Aku kau. I just,, awkward."

"Tak apa, jangan paksa diri. Kita dah lama tak jumpa." Khair hulur senyum manis seraya berlalu meninggalkan Lily yang terkebil-kebil. Kenapa lelaki itu mesti soft spoken sangat?!! Tak pasal-pasal hatinya buat perangai!

"Fuh!" Lily sentuh dada dengan nafas terhela berat dari mulut.

"Lily tu memang tak banyak cerita kisah dia dekat orang lain ke?" Khair menyoal Erma disebelah sambil dia memandu meninggalkan perkarangan restoran keluarga lily.

"Salah! Lily tu sebenarnya banyak celoteh. Tapi itulah, dia cuma perlukan masa untuk biasakan diri dengan orang baru." Jawab Erma lancar. Khair perlahan-lahan mengangguk dengan senyuman tipis.

"Kalau awak nak tahu apa-apa pasal Lily. Awak tanya je saya. Saya membesar dengan dia dari dulu sampai sekarang. Kami kawan rapat." Tawar Erma, dia tahu Khair cuma peduli kepada Lily sebatas seorang abang yang ingin tahu perkembangan adiknya setelah lama terpisah.

"Tak apa, saya nak dengar dari mulut dia sendiri." Khair paling sekilas memandang Erma sebelum dia tersenyum. Erma teguk air liur. Ya Allah kenapa kacak sangat lelaki bernama Khair ini!!

•••
Siap memasukkan semua barang dapur ke dalam bonet kereta, Puan Anisah menghela nafas lega. Dia menutup bonet lantas bergerak menuju ke bahagian pemandu. Tempoh pasaraya ke rumahnya hanya memakan masa, 15 minit. Disebabkan keretanya rosak, dia terpaksa guna kereta kedua suaminya. Kereta jenama Honda. Kereta itu jarang diguna Encik Fajir.

Itupun kalau lelaki itu ada outstation. Selain mengusahakan kedai makan, suaminya ada juga projek business untuk reka pelan rumah. Disebabkan itu suaminya jarang ada dirumah, dan hanya kereta itu diguna jika lelaki itu terpaksa outstation.

Jujur untuk wanita berusia seperti dia, agak kekok untuk dia memandu kereta Honda itu. Tapi bagaimana mahu buat, dari anak dan suaminya pulang kelaparan di rumah terpaksalah dia gunakan kereta itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now