36

31.7K 2.3K 133
                                    


Mangkuk berisi Tom Yam siap dimasak diletak di atas meja. Telur dadar juga siap dia sediakan ala kadar cukup mengenyangkan dia, isteri dan anak dalam kandungan Lily sekarang.

Khair senyum memandang Lily sudah bermata teruja memandang makanan siap dihidang di atas meja. Sejak usia kandungan Lily menginjak ke 4 bulan, Lily tak lagi memasak kerana alahannya. Sudahnya Khair yang akan balik awal dari kerja setiap hari untuk memasak untuk isterinya. Walaupun bakat memasaknya tidak sehebat Lily. Lily tetap menghargai dengan memuji masakannya. Cukup buat dia merasa segala usaha yang dia letak untuk memasak masakan itu rasa berbaloi.

Tak sia-sia dia tengok video You Tube Che Nom setiap hari semata-mata cari resepi sesuai untuk isterinya dan baby.

"Wah nampak sedap." Bersinar mata Lily pandang wajah suaminya.

"Jom makan." Khair sengih seraya melabuhkan duduk dihadapan isterinya.

"Lepasni abang nak kena pergi bengkel kejap tengok budak-budak ni overtime." Ujar Khair sebaik dia usai mengaminkan doa makan.

"Abang ni tak baik, jangan lah suruh budak-budak tu kerja sampai malam. Kesian diorang."

"Bukan abang yang suruh diorang OT. Diorang yang minta sebab semua nak pergi bercuti 3 hari dekat pulau." Balas Khair tenang.

"Ni mesti kes jealous kita pergi bercuti minggu lepas?" Tebak Lily dengan tawa kecil.

Khair turut tersenyum seraya mengangguk kepalanya.

"Jadi abang cakap lah, kalau nak abang sponsor cuti diorang. Siapkan semua sisa kereta esok, customer boleh datang ambil je."

"Haih abang ni.. Banyak tak kereta tu?" Soal Lily lagi.

"Ada lah dalam 4 atau 5 buah. Tapi semua dah nak siap diorang buat petang tadi. Abang nak pergi tolong apa yang patut malam ni. Lily duduk rumah ya?"

"Lily nak ikut abang.." Suara Lily mengendur. Khair jarang tinggalkan dia seorang diri malam-malam.

"Lah, kalau Lily takut. Abang tinggal Lily rumah Ayah. Nanti siap kerja abang.."

"Tak nak! Lily nak ikut abang pergi bengkel."

"Tapi kat bengkel tu. Tak ada tempat sesuai untuk Lily duduk. Abang risau Lily tak selesa.."

"Abang.. Lily ni bukan sarat lagi pun."

"Please.. Lily nak ikut. Lily janji Lily tak kacau abang buat kerja!" Lily angkat lima jari buat Khair tergelak kecil lantas menggeleng kepalanya.

"Yelah-yelah. Tapi kalau Lily bosan atau penat bagitahu abang."

"Baik Bos!"

•••
"Eh Kak Lily!" Afif salah seorang pekerja Khair terlebih dahulu menyapa sebaik melihat Lily keluar dari perut kereta.

"Hai Afif, lama tak jumpa." Lily sengih menyapa. Sejak dia menjadi isteri Khair. Semua pekerja Khair dia kenal semuanya. Mana taknya, semuanya ramah dan rajin. Untung suaminya ada pekerja seperti mereka.

"Itulah! Kak Lily makin berseri sama dengan Bos Khair. Mentang-mentang dah nampak baby bump." Usik Afif buat Lily sentuh perutnya lantas melepaskan tawa kecil.

"Pergi cari bini, jangan sesuka hati puji bini orang." Kata-kata Khair buat Afif yang mengusik turut melepaskan tawa.

"Eh Kak Lily! Buat apa kat bengkel malam-malam ni kak? Tak elok untuk ibu mengandung." Abu seorang lagi pekerja Khair kelihatan sudah comot dengan kerjanya, datang menegur.

"Saja datang nak ikut Abang Khair korang. Tapi Akak janji tak kacau korang buat kerja!" Balas Lily sungguh-sungguh.

"Apa nya kacau! Kami okay je. Hairi! Kau pergi ambil sofa empuk kat bilik rehat. Letak alas terus! Letak kat depan tu tempat menunggu!" Abu memberi arahan kepada salah seorang pekerja Khair yang sedang memandang mereka dari jauh. Lelaki itu laju sahaja bergerak diikuti seorang lagi di belakang.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now