#10 STUDY LAST MINIT

37 12 0
                                    

Dalam meniti arus kemodenan (ceh ayat 100% sastera konon) manusia2 yg bergelar murid mmg x asing lagi dgn study last minit ni. Tak payah nak tgk kawan2 kau, tgk cermin pun dh nmpk.

Yg level bocah ni baca buku sebelum tahu ada exam lagi. Yg level warrior lak baca buku bila dh tahu ada exam. Yg tinggi lagi, esok exam, mlm tu baru buku. Yg budak2 grandmaster ni lain sikit. Sebelum masuk dewan exam baru baca buku. Tapi x boleh kalahkan yg level god ni..exam nak start buat lek jer tak bca buku langsung. Acah2 diri tu kaya sgt dh dgn ilmu pengetahuan.

Tapi mesti korang prnh kan ada kawan yg special gifted sikit. Bila tanya study x, dia kata dia x study pun. Korang lak study hard menelaah buku 24/7. Habis semua cara korang guna. Rebus buku lepastu minum air dia. Tidur dgn buku kononnya supaya dpt mimpi baca buku tu. Mandi bunga bagai. Pap pap keluar result, dia punya wuishhh...straight A. Bukan A biasa2, A+ lak tu. Kau lak, adalah 2 3 A gitu. Itupun A - cukup2 mkn. Itu yang send status koyak kat wasap tu. Ataupun terus putus sahabat dgn org tu.

Korang tak boleh bandingkan diri dgn dak2 camni, diorang ni lain sikit. Rambut sama hitam, otak lain2. Ataupun diorang bukan dr planet ni. Mesti cemburu dgh budak2 camni kan. X study pun boleh skor exam. Tidur dlm kelas pun masih boleh jwb semua soalan. Korang lak, dtg sekolah hari2 siap dpt anugerah kehadiran penuh tapi mcm x bljr apa kat sek. Diorang tu lak, dtg time exam jer pun dpt jadi pelajar terbaik.

Di sini, aku nak beritahu yg jgnlah rendah2 kan sgt diri korang tu bila jumpa org mcm ni. Diorang gifted skrg mungkin sbb usaha diorang dulu. Berakit2 ke hulu, berenang ke tepian, bersusah dahulu, bersenang kemudian. Sbb tu skrg diorang nmpk mudah nak hadam semua benda. Yg korang lak, selalu tunda2. "Eh esoklah berubah, minggu depanlah, tahun depanlah". Sedar2 dh exam. Time tulah baru nak meratap kesedihan menangis tak berlagu air mata turun bak air terjun. Apa function buat azam tahun baru nak jadi rajin tapi baca buku pun time nak exam jer. Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mengisi diri dengan ilmu pengetahuan bukan waktu exam jer tapi sepanjang masa.( melebih lak aku ni).

So boleh ke amalkan study last minit ni. Jwpnnya tentulah tak............



Boleh jer sebenarnya tapi ada teknik2 dia. Ada sebahagian org yg suka under pressure dan ada yg x. Ada yg lebih mudah hafal benda tu bila baca sebelum exam berbanding seminggu sebelum exam. Maklumlah byk makan semut smpai lupa semua benda. Jadi, kenal diri masing2 terlebih dahulu. Cari cara yg sesuai dgn gaya belajar korang samada auditori, visual atau kinestetik. Dekat sekolah tentu ada buat kan bendalah ni kan ujian apa nama dia? Psikologi, psikoteri lantaklah mana dia.

Lagi satu pesanan, jgnlah berputus asa mudah sgt. Ni baru fail satus subjek terus kemurungan melampau. Tak keluar rumah, tak sembang dgn org. Ingatkan tgh kuarantin diri. Usaha tu penting utk capai kejayaan. Man jadda wa jadda( betul x aku eja), siapa yg berusaha akan nampak hasilnya cuma bezanya cepat atau lambat. Kesabaran tu penting dan terus tabah hadap cabaran yg mendatang.

Kepada rakan2 yg sedang menghadapi percubaan SPM bukan sahaja kat sek aku tapi kat sekolah para pembaca juga ( yakin sgt ada org baca). Batch 03 yang tersakiti, bertabahlah. Itu sahaja aku mampu ckp. SPM dr bulan disember jadi bulan mac. Lepastu bulan januari. Lepastu dgr cerita ambil result trial. Tgh trial, tak habis paper lagi nak pkp. So sejujurnya mmg tersakiti. Apa yang boleh kita lakukan sekrg ialah berdoa agar keadaan jadi seperti sediakala dan patuh akan segala arahan SOP yg ditetapkan.

Terima kasih kepada readers. Aku hargai sgt jasa korang sudi luang masa baca benda ni. Aku harap korang semua akan sentiasa support aku dan kwn2. Maaf sbb projek pernovelan tergendala sebentar bukan sahaja sbb sibuk, malah ketandusan idea. Insyaallah dlm masa terdekat, kami akan publish chapter baru, buku baru. Jadi, support dan vote korang amat diperlukan. Kami akan buat yg terbaik sebagai tanda menghargai jasa korang yg x prnh jemu support.

Lupa lak, aku ialah author baru dlm gp hypotenus teorem phytogoras ini. Nama aku fhaz_hq. Aku bukan adik atau abang kpd shaz_hq. Sebelum aku tamatkan bab ni, aku harap readers boleh comment topik apa yang patut diceritakan selepas ni. Insyaallah, kami akan cuba ulas topik tu dan jgn lupa vote chapter buku ni. Alang2 bacalah sekali buku lain yg kitorang publish dan vote biar kitorang ni lagi smgt nak publish chapter baharu dan tulis plot lebih gempak...kononnya.

Anyway, adios y gracias.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerna Ku Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now