♥️Special Chapter♥️

74 6 2
                                    

BOMI memandang Baekhyun yang baru sahaja pulang itu. Lalu jam di dinding , dia pandang.

"Baek , lambatnya balik."
"Banyak kerja dekat pejabat tadi. Saya naik atas dulu."
"Baek—"

Kata-kata Bomi terhenti. Selalunya , suaminya itu akan bertanya akan anak-anak mereka dahulu. Kemudian...akan bergelak ketawa dengan dirinya dahulu.

Perangai Baekhyun sudah berubah.

Dia melepaskan keluhan.
Apa yang berlaku sehingga Baekhyun berubah sampai begitu sekali ?

Dia duduk di sofa bersama wajah yang lelah. 2 , 3 hari ni , dia cepat sangat penat. Rasa nak marah je. Tapi nasib je dia mampu kawal lagi. Tidaklah Hyunmi dan Bohyun yang kena marahnya.

Baekhyun...
Dia memang sangat marah akan Baekhyun sekarang ini...
Balik lambat , jenguk anak isteri pun tiada. Tanya baik atau tidak , jauh lagi. Malah , anak-anak yang bertanya tentang Baekhyun pada dirinya.








BAEKHYUN memandang Bomi yang baru sahaja selesai menyiapkan sarapan.

"Mana Hyunmi dengan Bohyun ?"
"Dah pergi sekolah. Ada appa pun , macam tak ada."

SSAP !

Baekhyun berdehem. Setepek kau kena. Mulut Bomi pun boleh tahan savage nya.

"Duduklah. Awak nak makan berdiri ke ?"
Baekhyun melangkah perlahan kearah meja makan. Dia boleh rasakan angin monsun barat daya , barat laut semua akan datang menerjah.

Berdoalah supaya Byun Baekhyun tidak sakit jantung kerana Byun Bomi.

"Awak nak pergi mana ?"
Bomi merentap tangannya dari pegangan Baekhyun.

"Tak perlu tahu kotkan ? Bukannya awak kisah pasal saya pun. Anak pun , awak ada tanya pasal diorang ?"
Baekhyun memejam matanya. Menahan marah.

"Bomi , kalau awak ada rasa tak puas hati sekarang , boleh bagitau saya ?"
Dia bukanlah jenis yang mahu isterinya itu memendam semuanya. Apa salahnya kalau berkongsi masa—

"Jawapan ada dekat awak , Byun Baekhyun."

Lah.

Baekhyun mengejar langkah Bomi ke arah bilik mereka.

"Bomi , jangan macam ni boleh tak ?"
"Saya penatlah , Baekhyun ! Anak-anak awak asyik tanya awak pasal saya. Dah 2 bulan awak buat perangai macam ni ! Apa sebenarnya yang awak buat dekat luar ? Kalau nak kerja pun , beragaklah. Anak isteri kat rumah , ingat."

"Jadi , awak nak salahkan saya ? Awak isteri , memanglah awak kena buat semua ni ! Anak-anak memang tanggungjawab awak. Saya bekerja , Yoon Bomi !"
Bomi tersenyum sinis.

"Just mind your own , business , Byun Baekhyun !"

Tubuh Baekhyun ditolak lalu dia masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci.

"Bomi !"

Baekhyun meraup wajahnya kasar. Haishhh !

(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~(~ ̄³ ̄)~

"EOMMA , eomma nak bawak kami pergi mana ?"

Bomi diam , memandu keretanya.

"Eomma ?"
"Kalau Hyunmi dengan Bohyun sayang eomma , diam. Pakai seatbelt okay ?"

Hyunmi dan Bohyun berpandangan.
Berdesup kereta Bomi membelah jalan.

Baekhyun ?
Sudah keluar. Tah kemana lelaki itu pergi. Bukan nak pujuk , malah mementingkan hal diluar.

[C] That Bonding // BaekMiWhere stories live. Discover now