♥04♥

130 11 0
                                    

"CIK muda dah stabil tetapi kondisinya masih dalam pantauan doktor."
Bomi sempat dibawa ke hospital walaupun ketika itu keadaan gadis tersebut tersangat lemah. Baekhyun terduduk. Semua salahnya. Kalau dka siasat dahulu , pasti Bomi tidak akan menjadi mangsa. Kerana dia , Bomi terlantar di atas katil itu.
"Nak masuk tengok dia ? Pergilah..." Namjoo bersuara perlahan. Kot putih di tubuhnya dibetulkan sedikit.
"Dr. Kim , ada pembedahan yang perlu dilakukan sekarang."
Namjoo mengangguk.
"Saya akan kesana sekarang." Dia menunduk sedikit sebelum berlalu. Wajah Kyungsoo juga dia tidak pandang.
"Namjoo , dari semalam tak makan kan ?"

Namjoo berhenti dari berjalan.
"Namjoo makan lepas this surgery. Namjoo pergi dulu. Bye !" Dia mula berlari kearah bilik pembedahan. Chorong melepaskan keluhan. Baekhyun membuka pintu wad Bomi itu perlahan. Melihat Bomi yang dibantu dengan alat pernafasan itu membuatkan dia semakin dihurung rasa sebersalah. Tangan sejuk Bomi itu digenggam.

"Saya mintak maaf , Bomi. Salah saya. Saya mintak maaf sangat-sangat. Tolong... Tolong kuat untuk saya ? Untuk chingu-chingu kita ? Saya perlukan awak." Dia memandang air mata Bomi menitik jatuh. Perlahan , dia mengesat air mata itu.
"Baby don't cry. Jangan menangis sebab saya. Jangan bazirkan air mata awak sebab saya. Awak berharga , Bomi...."
Dia menurunkan kepalanya dan menyembamkan wajahnya ke katil itu. Arrgh , dia tidak mampu menahan perasaan ini. Semua salahnya !

"Bb...Baek...Baekhyun..." Baekhyun terkedu. Tangannya yang menggenggam tangan Bomi tadi makin erat bila Bomi turut membalas genggaman itu.
"Bomi ! Kejap. Saya panggil doktor..." Bomi menggeleng perlahan.
"Ke...kenapa saya dekat sini ? Apa jadi dekat saya ? Aw...awak bukan bencikan saya ?" Soalan itu membuatkan Baekhyun tersentak. Kepalanya seperti dihentak batu besar sahaja.
"Awak tak ingat ?" Bomi menggeleng. Betul , dia tak ingat ! Baekhyun terduduk kembali. Tak...tak mungkin...

•••••||•••••

"APA yang Joo boleh sahkan sekarang ni , Bbom unnie amnesia." Mereka semua terkedu. Manakala Baekhyun terduduk.
"Hentakan pada kepalanya terlalu kuat. Dia cuma ingat masa dia pergi Maldive dengan Eunji unnie je. And yeah , dia tak ingat langsung pasal semalam." Namjoo menutup laporan itu dan berikan pada nurse disebelahnya.
"Awak tolong siapkan barang rawatan. Dah tiba masa saya suntik Hyun Jae dengan antibiotik." Nurse itu mengangguk dan berlalu.
"Joo nak pergi wad sebelah. Apa-apa nanti panggil je Joo." Chorong mengangguk.
"Macam mana ni , unnie ?" Chorong mengurut pelipis.
"Kita biarkan dia dengan Baekhyun dulu."
Baekhyun mengerutkan dahinya.
"Kenapa Baekhyun ?"
"Siapa yang ada depan mata dia masa dia sedar tadi ?"
Baekhyun terdiam.
"Tapi , dia tak ingat. Dia ingat kitorang masih bermusuh."
Chorong menghulurkan sebuah kotak pada Baekhyun membuatkan lelaki terkedu.
"Cakap dengan dia , yang korang dah bercinta."
"Jagi."
"Unnie..."
"Noona..."

Chorong melepaskan keluhannya.
"Ini je cara yang ada. Lagipun , noona tahu Baek cintakan diakan ?"
"Baek tak layak."
"Jangan jadi bodoh , Byun Baekhyun. Ikut apa yang noona suruh ni." Chorong mengambil tangan Baekhyun dan meletakkan kotak itu di telapak tangan Baekhyun.
"Do it. Jangan menyesal di kemudian hari. Jom , Junmyeon." Junmyeon merelakan sahaja bila dirinya ditarik Chorong. Jong In menolong Naeun yang sudah sarat itu.
"Kami balik dulu , hyung. Naeunnie tak boleh lama sangat. Kaki dia nanti kejang."
"Kami pun , Baek oppa. Jom , oppa." Tangan Sehun , Hayoung tarik. Mereka berempat berlalu dari situ meninggalkan Baekhyun , Chanyeol , Kyungsoo dan Eunji.

"Kau tak nak balik ?"
Chanyeol menegur Eunji yang sedari diam.
"Aku tak nampak Doo Joon hyung hari ni. Mana dia ?" Eunji melepaskan keluhannya.
"Ahjumma kena serangan jantung."
"Hah ?!" Eunji mengangguk.
"Aku tengah fikir. Macam mana nak bagitau Bomi sekarang ni. Keadaan dia dahlah macam tu." Namjoo yang baru keluar dari wad itu menjadi perhatian mereka. Lagi-lagi Namjoo beriringan dengan seorang namja yang mereka tidak kenali.
"Jumpa lagi Joonie." Namjoo melambai pada lelaki itu.

"Siapa ?"
Namjoo memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket kot.
"Chingu. Kenapa ?"
"Pasal ahjumma Yoon." Namjoo mengangguk.
"Dia dekat floor 8 , bilik 705. Jangan bagitau Bbom unnie. Takut dia stress." Eunji mengangguk.
"Chan , kau hantar aku hari ni. Kereta aku dekat office korang." Chanyeol mengangguk laju. Bolehlah dia mengorat Eunji.
"Kami balik dulu , Baek , Soo." Baekhyun dan Kyungsoo mengangguk serentak. Hilang sahaja kelibat dua orang itu , Namjoo masuk ke dalam wad Bomi. Begitu juga Baekhyun dan Kyungsoo.

"Unnie..." Namjoo melorekkan senyuman manis membuatkan Kyungsoo terpaku.
"How are you feeling ?"
Bomi menutup bukunya lalu bersandar sambil matanya memandang Namjoo.
"Good. Bila unnie boleh keluar , Joo ?" Namjoo memegang tangan Bomi.
"Sampai unnie sihat."
"Oh ya. Mana Doo Joon oppa ? Unnie tak nampak pun." Namjoo hilang kata. Dia berdehem.

"Joo ada kerja nak buatlah unnie. Joo pergi dulu eh ?"
Bomi terpinga-pinga. Asal semua mengelak bila tanya pasal Doo Joon ?
"Hyung , aku pun nak keluar dulu. Semoga cepat sembuh , Bomi."
Bomi membalas senyuman Kyungsoo.

Dia memandang Baekhyun pula.
"Saya ada benda nak bagitau awak." Bomi terdiam. Manakala Baekhyun sudah mengesat peluh.
"Kenapa ? Awak masih nak balas dendam ?" Baekhyun terus memandang Bomi.
"Jangan merepek. Benda yang saya akan bagitau ni mungkin akan buat awak terkejut. Tapi tulah hakikatnya."
"Apa ?" Baekhyun mengeluarkan kotak cincin yang Chorong beri tadi.
"Apa tu ? Bom ? Awak nak bunuh saya ?"
Baekhyun tercengang. Sampai macam tu dia fikir ? Parah betul !

"Tak Yoon Bomi. Jangan fikir jauh sangat."
Bomi terdiam. Terpinga-pinga dia bila Baekhyun tiba-tiba memegang tangannya.
"Apa awak buat ni ?"
"Saya cintakan awak , Bomi.

Bomi terus menarik tangannya.
"Jangan nak mainkan perasaan saya , Baekhyun. Kalau ya pun awak nak balas dendam , banyak lagi cara awak boleh buat." Baekhyun mengeluh.
"Besar sangat ke salah saya sampai awak tak percayakan saya Bomi ?"
Bomi mendiamkan dirinya. Kotak cincin tadi Baekhyun simpan semula.
"Tak apalah , Bomi. Awak tak percayakan saya. Saya faham. Saya mintak maaf sebab selalu tuduh awak selama ni. Dendam dengan awak. Saya betul-betul mintak maaf. Saya pergi dulu." Belum sempat Bomi mahu menghalang , Baekhyun sudah berlalu. Kyungsoo masuk dengan terpinga-pinga.
"Kenapa Bbom ?" Kyungsoo mendekati Bomi.

"Dia cakap dia cintakan aku. Is it true ?"
Kyungsoo terdiam. Bahu Bomi dipegang.
"Dia dah banyak berubah. Dia menyesal , Bomi. Apa yang dah jadi sebelum ni dah banyak mengajar dia."
Bomi terdiam.
"Apa yang jadi , Kyung ?"
Kyungsoo terdiam. Dia terlepas cakap ke ni ?
"Tak apalah , Bomi. Kau tidur ya ? Kau kena banyak berehat."
Kyungsoo membantu Bomi baring.
"Selamat malam , Kyungsoo."
"Selamat malam , Bomi..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] That Bonding // BaekMiWhere stories live. Discover now