♥epilog♥

134 10 0
                                    

BOMI merenung bintang-bintang di langit itu. Cantik. Masa terlalu pantas sehingga dia masih tidak percaya yang dia sudah menjadi isteri kepada Baekhyun , crush yang membencinya dahulu. Teringat tentang hal itu , dia tersenyum kelat. Kalau bukan dendam Baekhyun , mereka pasti tidak akan bersama.

"Dah sampai mana ?"
Tangan Baekhyun mula melingkari pinggang Bomi. Tepi kepala Bomi dikucup perlahan.
"Hati awak."
"Wow ! Bomi semakin nakal !" Mereka tergelak bersama.
"Saya masih tidak percaya semua ni berlaku , Baekhyun."
Baekhyun mengerutkan dahinya.
"What do you mean ?"
"Kalau Nami masih ada , awak mesti akan bersama diakan ? Mesti awak akan ada anak dengan dia. Bahagia dengan dia." Baekhyun mengetap bibir.

"Bomi , ini takdir. Kalau Nami masih ada , awak mungkin takkan jadi milik saya. Mungkin juga , saya takkan berjumpa dengan awak. Awak nak tahu ? Sebab ikatan nilah , kita bersama."
Bomi memandang Baekhyun.
"Ikatan apa ?"
"Ikatan kebencian. Kalau saya tak benci awak , mesti saya takkan jumpa awak lagi. Kalau saya tak benci awak , mesti saya takkan menyesal. Kalau saya tak benci awak , mesti saya tak jatuh cinta pada awak dan kalau saya tak benci awak , mungkin saya takkan kahwin dengan awak."

Bomi memeluk pinggang Baekhyun.
"Thank you , Baekhyun."
"Saya yang patut berterima kasih pada awak. Awak terlalu sempurna untuk saya , Bomi."
Bomi menggeleng.
"Manusia semua tak sempurna , Baekhyun."
"Tapi , bagi saya , awak dah cukup sempurna. Bertambah bermakna.."
Tangannya melekap pada perut Bomi yang masih kempis itu.
"..dengan kehadiran aegi ni..."
Bomi tersenyum lebar. Tidak sangka. Sungguh dia tidak sangka dia akan sebahagia ini. Eomma sudah melayannya dengan baik , Baekhyun pula sudah menjadi suami dia dan tidak lama lagi , mereka akan menimang cahaya mata. Semua sudah menemui kebahagiaan masing-masing cuma rumah tangga Junmyeon dan Chorong seperti ada keretakan. Eunji dan Chanyeol ? Masih dalam proses mengenali hati masing-masing. Naeun dan Jong In tidak lama lagi akan mendapat anak kedua. Namjoo dan Kyungsoo ? Entah. Mereka pun tidak tahu apa masalah mereka berdua. Hayoung dan Sehun ? Mereka setengah jalan bila mendapat tahu Sehun curang di belakang. Mengamuk sakan Chorong bila mendapat tahu. Mahu tak mengamuk ? Dahlah Hayoung seorang diri di Korea. Sehun pula senang-senang sahaja menghancurkan hati Hayoung. Tapi , Bomi harap mereka menemui bahagia masing-masing. Itulah yang dia harapkan. Dia memandang Baekhyun.

"I love you , Yoon Bomi."
"I love you more , Byun Baekhyun."
Mereka mengeratkan pelukan itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja...

 Semoga semuanya baik-baik sahaja

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
[C] That Bonding // BaekMiKde žijí příběhy. Začni objevovat