Ya...Yang Maha Mengasih

3.5K 245 16
                                    

Ya Allah YA...YANG Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga wak-wak semua dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya... Aamin...  😉😉😉

Kisah cinta sengal Jep & Tal dalam ebook "Aku Ada" hanya di e-sentral

*************************

"Auwww!!" Dia terjerit sedikit.

"Ya Allah, Yayang! Sakit tak?" Spontan Jep bersuara agak kuat dan bergegas merapati Tal. Tangan Tal ditarik nak melihat kawasan yang cedera.

Tal terkesima sejenak. Cepat-cepat menarik tangannya semula. "Oi Jep! Orang tengok lah!" Bisiknya.

Jep semacam baru tersedar terus berundur ke belakang sedikit. Garu kepala. "Ya Allah YA...YANG Maha Pengasih lagi YA...YANG Maha Pemurah!" Katanya agak kuat supaya dapat didengari.

Tal tertunduk.

Aduh, kantoi! Kantoi! Bongok ah dia ni! Pastu cover macam bangang pulak tu! Aduh!

Dia jeling kiri dan kanan. Melihat-lihat kalau kelakuan mereka menjadi perhatian. Nampak gaya macam semuanya tengah sibuk membawang topik hangat si Halim, anak Tok Siak masjid lama tu dah bertukar jadi Halimah. Maka, kemungkinan besar mereka tak perasan aksi romantik mereka berdua tadi kot!

"Err, aku balik dulu lah!" Katanya.

"Tal, jap!"

Tal berdecit. Apa lagi dia ni! Kang tersasul lagi.

Jep tunduk mengambil paha ayam bahagian yang dah siap bergoreng. Dia kopekkan sedikit membiarkan isi terdedah melepaskan haba panas, dan dia tiup sedikit. "Chicken thigh. Your favorite. Tapi, panas. Hati-hati." Katanya lembut sambil menghulur ayam di tangan.

Tal senyum. Dia sambut ayam tersebut. "Thank you!" Katanya.

"I love you!" Dibalas Jep dengan nada berbisik.

Tal ketawa.

Sengaja tau nak buat sweet dekat sini pulak dia ni! Selalunya sengal je!

"Ok lah! Balik dulu! Bye!"

Jep hanya mengangguk.

Dan Tal berlalu pergi sambil meratah ayam goreng.

Jep memerhati dan tersengih. Beberapa ketika kemudian dia menoleh, namun mata tertancap pada susuk yang berdiri di muka pintu memandangnya sambil menggulung tangan di dada. Wajah Jep berubah.

Alamak! Kak Yan! Dia nampak ke semua? Alamak!

Terus Jep duduk kembali menghadap kuali. Tak berani nak menoleh semula.

Ya Allah YA..YANG Maha Pengasih, mintak-mintak lah Kak Yan tak nampak..

The untold stories...Where stories live. Discover now