Har ❤ Q - wanita korporat (3)

8K 588 224
                                    

Assalamualaikum,

Baru selesai kerja. Sempatlah ke sini jap. Part 3 and last part utk episod Wanita Korporat. Enjoy!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 bulan kemudian,

Q menguap lebar sambil menggosok mata. Dia baringkan kepala di atas meja. Jam dah menunjukkan pukul 1230 pagi. Dia menguap sekali lagi.

Bila nak siap assignment aku ni oi!!

Hampir beberapa tahun tak belajar, kini dia kembali menjadi pelajar. Mengambil jurusan Master of Business Administration. 

Salah satu inisiatif dia sendiri apabila mula menjinakkan diri dengan SYKH Holdings. Sesuatu yang dia rasakan perlu kerana dia tak tahu apa-apa tentang perniagaan, dan dia tak boleh harap Papa dan Zack ajar semuanya.

Maka, dengan izin Har, dia kembali menjadi pelajar. SYKH Holdings, MBA, keluarga dan rumah. Kesimpulannya hidup seorang Q sangat serabut.

Mujur juga ada Zack yang memang baik hati membantunya. Kadang-kadang, Zack sampai sanggup jadi pak supir menjemputnya di universiti selepas kelas jika ada mesyuarat penting di pejabat.

"Tak payah you drive. You relax je dekat sebelah, rehat sekejap sebelum masuk meeting pulak!"

Itulah kata Zack.

Dan sebenarnya, Q memang perlukan rehat itu. 

Letih. Tubuh, otak, emosi, semuanya terasa letih. Rasa terbeban dengan tanggungjawab yang pelbagai.

Bila tiba waktu dan ketika, dia mula sesali keputusan untuk berada dalam SYKH Holdings. 

Dia tak mampu... 

Dia tak daya...

Ini bukan dunianya...

**************************

Pintu bilik dikatup perlahan-lahan. Enggan mengganggu anak-anak yang dah lena. 

Malam ini, buat kesekian kalinya, Har yang menidurkan anak-anak. Kerana isterinya ada tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar esok. 

Dia mengurut leher yang terasa lenguh kerana tertidur dalam keadaan yang tak selesa tadi. Sambil itu kaki menapak nak ke dapur. Haus. Langkah terhenti melihat Q terlentok lena di atas meja. Har berdecit.

"Ya Allah, sampai tertidur dekat sini budak ni!" Katanya perlahan. 

Dia berjalan ke arah meja makan mereka itu. Menarik salah satu kerusi yang mengelilingi meja itu dan mengambil tempat. Melepas keluhan berat. Rambut Q yang mengurai menutup wajahnya itu diselitkan ke belakang telinga. 

Penat. Dia tahu isterinya itu penat.

Sekali lagi dia mengeluh. Mata dialihkan pula kepada skrin komputer Q yang masih menyala. Tugasan yang masih belum siap. Har tersengih. 

Baru satu setengah perenggan! Apa yang dia buat dari tadi?

Har tarik komputer riba itu supaya menghadapnya. 

Let see if I can be the elf of the cobbler!

Soalan dibaca teliti, memahamkan kehendak soalan. Sudah beberapa tahun bekerja dengan syarikat Daddy, dia dan An sudah mula mahir dengan selok-belok perniagaan. Strategi pengurusan, pemasaran dan sebagainya. Daddy paksa mereka berdua ambil tahu dan memahirkan diri.

Tangan mula menaip. Dia rasa dia tahu apa jawapan untuk soalan 'case study' dalam tugasan isterinya itu. Dalam masa 30 minit, sudah hampir 4 perenggan siap. Namun dia perlu mencari maklumat di internet. Maka dia buka tetingkap Google Chrome. Benda pertama yang terpampang ialah emel Q.

The untold stories...Where stories live. Discover now