My missing puzzle

4.3K 230 32
                                    

"Mum, I'm off for a bit," beritahu Hafiz sambil melipat lengan bajunya.

"Where to?"

"Jumpa my fiancee. Where else?" jawabnya selamba dan menghenyak punggung di sisi si ibu.

Dato' Hani menggeleng kepala. "Tadi dekat office kan dah jumpa. Ni nak jumpa lagi?"

Hafiz tersengih. "Rindu..."

"Hish, mummy gelilah dengan love birds ni! Meremang bulu tengkuk!"

Hafiz ketawa kali ini. "Sekejap je. Dinner. Bincang hal kahwin sekali. Kat office tadi kerja. Mana boleh cakap pasal hal personal."

"Hmm, ya lah tu! Bukan main terkekek-kekek ketawa dua-dua orang entah apa yang kelakar mummy tengok! Suruh Sya setelkan cepat hal wali tu. Mummy nak nikahkan cepat. Ikutkan mummy, nak nikahkan dekat sini je. Tapi dah Sya request nak nikah di kampung dia, kita respect lah. Risau tahu tak tengok you dengan dia asyik berkepit je macam belangkas!"

Makin berdekah tawa si bujangnya itu. "Bab nak cepatkan nikah tu, I agree. Memang kena cepat!"

Laju sahaja tangan Dato' Hani mencubit lengan si anak.

"Auww.. What is that for, mum? I cakap benda betul kan? Nikah tak baik dilambat-lambatkan."

Dato' Hani tersengih. 

"I keluar dulu, ya?"

"Hafiz, remember, you dengan Sya belum sah. Jangan macam-macam. Jangan nak duduk dekat-dekat sangat. Nanti lain jadinya..."

"I know, mummy... InshaaAllah," balasnya sambil menghulur tangan kiri untuk bersalaman lantas terus melangkah ke pintu.

"Kirim salam, Sya."

Hafiz hanya mengangkat ibu jari.

Kesekian kalinya, Dato' Hani menggeleng kepala sambil melepaskan keluhan. 

Miang! Memang wajib kahwin dah anak aku ni!

****************

"Thank you!" ucap Syasya pada pelayan yang menghidangkan makanan yang dipesan mereka. Namun pantas sahaja tangannya mengangkat pinggan berisi ayam tandoori milik Hafiz itu ke hadapannya. Cekap tangan memotong ayam itu ke cebisan-cebisan kecil.

"Nah! I dah siap potong into slices. Senang you nak makan."

Hafiz senyum lebar. "Tak nak suapkan I sekali?"

Syasya berdecit. "Jangan mengada, Encik Bos! Makan sendiri. Nanti-nanti I suap," balas Syasya.

"Nanti tu bila?"

"Bila dah nikahlah!"

"Jom!"

Syasya kerut kening. "Jom ke mana?"

"Jom nikah!"

"Hish, you.... Main-mainlah!" rengek Syasya buat Hafiz ketawa lagi.

"Dah, makan! Bismillah.." 

Hafiz mengangkat sebelah tangan dan mula membaca doa makan, diaminkan oleh Syasya, lalu mereka menjamah makanan di restoran halal yang menghidangkan masakan India.  

"Sayang, I nak tanya."

Syasya tidak menjawab, namun hanya memandang Hafiz menunggu soalan.

"When and why do you fall for me?"

Syasya tersengih sehingga jelas kelihatan gigi yang sedang mengunyah. Cepat-cepat dia tutup mulutnya dengan tapak tangan.

Selesai menelan makanan di dalam mulut, baru dia bersuara, "Perlu tahu ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The untold stories...Where stories live. Discover now