Snippet from novel UTUSAN CINTA DIA

1.8K 115 4
                                    

Assalamualaikum,

Bersempena 10.10 ni, JemariGemok ada buat potongan harga. Untuk yang berminat, boleh lah hubungi JG atau dropshippers JG, k! Terhad untuk 20 buah sahaja. Siapa cepat, dia dapat..

So, petang ni kita belanja snippet secoet. Hehe.

💫 💫 💫 💫 💫 💫 💫

“Ada berapa?” tiba-tiba si dia bersuara dalam keadaan mata masih terpejam. 

Tersentak Teja dibuatnya. Terus dia berdiri menoleh membelakangkan lelaki itu. 

“Ada berapa tahi lalat saya yang awak dah nampak sepanjang membelek muka saya tadi?” 

Teja berdecit. Lantas dia mula melangkah. Niat di hati nak terus keluar bilik. 

“Eh, puan isteri nak pergi mana tu?” 

Teja tepuk dahi sambil berdecit. Aduh! Kantoi! “ Err ... Saya—saya nak pergi dapur. Breakfast !” 

Tariq sengih. Bangkit dari baringnya sambil mengusap wajahnya. “Tak ajak saya pun!” Sambil itu tangan Teja ditarik, agar tubuh Teja rapat semula ke katil.

“Saya prepare breakfast dululah. Nanti dah siap, baru saya panggil awak.” 

“Hmm... Tapi saya rasa macam nak breakfast dalam bilik la, sayang..” 

Teja terus jegilkan mata. “ Breakfast dalam bilik? Jangan mengada! Kepantangan Mak Biah bawa makanan dalam bilik. Nanti mak bising.” 

Tariq ketawa. “Makanan saya memang dah ada dalam bilik. Tak payah bawa pun...” 

Semakin berkerut dahi Teja. 

Makanan dah ada dalam bilik? Dia menoleh kiri dan kanan bilik bujang, yang kini sudah menjadi bilik kelamin mereka suami isteri itu. Masa bila dia seludup makanan masuk bilik? Bukan tidur ke tadi? 

“Mana?” 

Tariq memuncung bibir seperti menunjuk sesuatu. 

“Mana?” tanya Teja sekali lagi kerana tidak nampak langsung sebarang makanan. 

Tariq ketawa, lantas menarik sang isteri itu terus duduk di ribanya kali ini. “Awaklah makanan saya...” 

“Eh, awak! Tak mahulah...” Teja cuba menolak. Namun badannya dah pun dikepung dengan pelukan Tariq. Akhirnya dia berhenti meronta. Menunduk memandang lantai. Malu. Belum biasa dengan keadaan ini. Masih malu-malu kucing bak kata orang. 

“ Morning, my wife ..” 

Tanpa berjaya ditahan, senyum Teja terukir. Suka mendengar suara sang suami mengucapkan selamat pagi. 

“ Morning , Ami..” 

Tariq tegakkan badan. Memandang Teja. Kerut kening. 

“ Ami ? Apa tu?” 

Teja tekup separuh wajah. “Saya panggil awak Ami lah. Saya segan nak guna endearment lain. Hubby , sayang, baby semua tu. Saya panggil awak Ami, boleh?” 

“Kenapa Ami?” 

“ Short form for suami. Ami... a cuter way to call suami!”

The untold stories...Where stories live. Discover now