Kid ❤ Cik Duck- Diari Hati Mr Sweet Talker (Wina's POV)

5.7K 409 57
                                    

Assalamualaikum!

Dulu ada orang request! Haha. Lama gila dah! Ni baru munculnya.

Anyway, harap terhibur!

****************

Aku melangkah naik ke anak tangga terakhir dan memandang ke kiri dan ke kanan.

Bilik yang mana satu ni?

Satu bilik yang pintunya ternganga luas itu dijenguk dari luar. Nampak cadar kuning keemasan terpasang cantik. Siap ada kelambu kecil di atas kepala.

Agak pasti itulah bilik kami, aku melangkah masuk.

Aku tergelak kecil. Seriuslah! Siap ada bilik pengantin.

Punggung aku labuhkan di birai katil. Memandang sekeliling. Mengeluh perlahan.

Kecil. Padat.

Memang jauh bezanya dengan bilik aku sendiri di rumah keluargaku di KL.

"B!"

Aku tersentak. Menoleh ke arah pintu. Si dia di muka pintu. Tersengih.

"Ok?"

Aku balas senyumannya sambil menarik tali beg tangan yang berselimpang di tubuh tadi keluar.

"Ok je."

Dia lantas masuk ke dalam. Pintu ditutup. Aku kerut kening.

"Dah kenapa nak tutup-tutup pintu pulak ni?" Tanyaku.

Yalah! Aku naik ke bilik hanya untuk menyimpan barang. Keluarga aku, masih ada di bawah. Kami baru sahaja tiba ke rumah mertua ku ini untuk majlis menyambut tetamu yang akan berlangsung esok.

"Kid rindu!" Katanya sambil mendekat.

"Eh, tak payah nak macam-macam eh, Encik Hakimi." Kataku terus berdiri.

"Beg saya mana? Saya nak salin tudung. Lepas tu nak turun bawah." Sambungku.

Dia duduk di atas katil sambil tersengih memandang.

"Saya tak bawak naik atas lagi." Jawabnya selamba sambil menarik tanganku duduk semula di atas katil bersamanya.

Aku berdecit. "Kenapa tak bawak? Saya nak salin tudung ni!" Kataku berdiri semula. Berdebar pula hati duduk dekat-dekat.

Dah kenapa? Padahal masa di KL, memang kami duduk sebilik pun. Banyak kali je mamat ni ambik kesempatan dan rapat-rapat. Konon nak capai telefon lah, konon nak ambik bendasing dekat rambut aku lah, konon nak ajar silat lah!

"Sebab B belum bayar hutang pada Kid." Jawabnya kembali menarik tanganku duduk.

Aku mendengus kali ini. Letih la bangun duduk macam ni! Macam kena ketuk ketampi pulak rasanya.

"Hutang apa pulak? Berapa? Meh ni nak bayar!" Kataku menarik beg tangan.

"Empat." Jawabnya sambil menaikkan empat jari tangan kanannya.

"Empat? Empat puluh? Empat ratus?" Tanyaku. Dompet dah dikeluarkan daripada beg.

"Empat je."

Aku kerut kening.

Serius lah! 4 hengget pun nak berkira mamat ni!

Aku mengeluh. Not merah bernilai sepuluh ringgit aku keluarkan.

"Nah! Keep the change." Kataku sambil menghulur not itu kepadanya.

Aku lihat dia gelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Bukan ini, sayang oi!"

"Then? Kata empat ringgit je!"

"Siapa yang kata empat ringgit? Saya kata, empat."

The untold stories...Where stories live. Discover now