COVID-19 Story #3

5.9K 528 96
                                    

Assalamualaikum & Hi,

Cerita COVID-19 Story The series ni berterabur timeline dia. Sebab kita tulis ikut sukahati kita je. memang tak ada plan cun-cun how the story goes. hahaha. maka, bertabahlah la membacanya tu eh. kejap sana, kejap sini...

*********************

16hb Mac, 10 pagi,
MELAKA

"WHAT?!!!"

Terlepas sudu yang dipegang di tangan.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam tu?"

Una melabuhkan punggung ke kerusi di dapurnya itu. Tangan ditekap di dada.

"Hab... habis Har macam mana, Daddy? Keadaan Har macam mana? Is he okay? Q and the kids macam mana?"

"Setakat ni Har kata okey. None of them showed any symptoms. Yet. Daddy dah arrange supaya petugas kesihatan datang rumah Har untuk buat test. So, they don't have to go out. Tapi diorang punya schedule pun agak pack juga. Katanya lepas Zuhur juga baru diorang boleh datang."

"Ya Allah... Macam mana ni Daddy. What do we do?"

DIa dengar ayahnya itu mengeluh. "Kita tenang dan berdoa ok? InshaaAllah, kita doakan Har dan Lisya anak beranak selamat."

Una gigit bibir. Dada berdebar tak boleh kata.

"Ok ya, Una? Daddy ada banyak lagi urusan kena buat. We'll talk later ok?"

"Hmm," ringkas sahaja jawapannya.

"Bye. Assalamualaikum."

Dan talian putus.

Una tekup mulut pula.

Ya Allah.... Har....

Dia tarik nafas dalam, kemudian nombor Har didail. Panggilannya tak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Tetap tak berjawab.

Una berdecit. Dia lantas bangun dari duduknya. Berjalan ke hulu dan ke hilir tak tentu arah. Dada terasa sesak. Kepala terasa serabut. Ada satu perasaan yang terkurung dalam diri, yang tak terluah.

Dia berdecit lagi.

Lalu dia kembali mengangkat telefon bimbit dan nombor itu didailnya.

Beberapa deringan, panggilannya berjawab.

"Hello, Ayang. What's up?"

Una sepi mendengar suara itu. Suara yang selalu menenangkan dia. Suara yang mampu mendamaikan hatinya bila dia sedang marah. Suara suaminya, Kamarul.

"Hubby...."

Marul diam sejenak mendengar suara Una itu.

"Yang? Kenapa ni? Are you okay? Anak-anak ok?" terus dia bertanya keadaan isteri dan anak-anaknya itu.

"Hubby, I need you..." Dan perasaan yang terperangkap tadi terus lepas. Dia menangis mengongoi.

"Yang..., kenapa ni? Bagitau By, Yang..."

Una terus-terusan menangis.

DIa dengar Marul berdecit. "Tunggu! Saya balik sekarang!"

Talian putus dan Una terus terduduk mencangkung di dapur rumahnya itu menangis.

Har....

***********************

Kuala Lumpur, SYKH Holdings Head Quarters,

PAM!!! Meja dihentak kuat.

"Who the hell is that guy?? Ada otak ke tak ada otak? Dia aware kan yang dia mungkin dah terjangkit? Siap ada simptom! Kenapa dia masuk office and chair the meeting!" Amuknya.

The untold stories...Where stories live. Discover now