T W E N T Y O N E

265 64 22
                                    

Soobin duduk semula di bangku tadi apabila merasa tidak ada kekuatan untuk berjalan. Kejadian tadi bagaikan meragut semangatnya untuk melangkah pergi dari kawasan funfair itu

Tiba tiba, dia terasa seperti ada seseorang duduk di sebelahnya

"Dia dah pergi?" soal Yunjung halmeoni dengan nada perlahan

Soobin menganggukkan kepalanya tanpa ada niat untuk menjawab

"Tak sangka ada lagi orang sebaik Youngae tu..ada peluang untuk putarkan balik masa dan bahagiakan diri sendiri tapi dia gunakan untuk bahagiakan diri orang lain." ujarnya dengan suara serak

"Memang takde cara ke untuk kitorang dua selamat?" soal Soobin dengan harapan

"Halmeoni harap ada tapi..kalau yang mati tetap mati..walaupun orang yang berlainan. Memang kejam tapi itulah takdir.."

Soobin meraup wajahnya kasar

"Sebab tu lah halmeoni nak halang dia teruskan plan dia..kalau halmeoni tahu dia cuba nak ganti nyawa dia dengan kamu, halmeoni takkan bagi dia jam tu."

Soobin memandang Yunjung dengan riak tidak faham

"Nah..ni diari kamu yang Youngae kutip masa kemalangan kamu tu."

Sebuah diari berwarna ungu dihulurkan pada Soobin sebelum wanita tua itu berjalan pergi meninggalkan kawasan itu

Dia membuka helaian pertama untuk memastikan itu benar benar diarinya dan dia mendapati tulisan di dalam persis tulisannya

Helaian demi helaian di selak sebelum terjumpa sekeping kertas putih terselit di tengah tengah muka surat

Kertas itu dibukanya lalu isi kandungan kertas itu dibacanya dalam hati

Yah Choi soobin! Ni Youngae hehe..
Kalau kau baca ni maksudnya aku dah takde tapi kau jangan risau..aku tak menyesal walau sedikit pun dengan keputusan aku. Kalau di bagi peluang kedua aku tetap akan selamatkan kau

Masa aku balik ke masa ni, aku ingat aku nak hilangkan rasa bersalah aku kat kau ngan eomma kau je..tapi bila dah kenal kau, aku tetiba rasa nak stay dengan kau sampai bila bila. Dan aku buat kesilapan besar..aku tak sepatutnya ada perasaan kat kau tapi..secara jujurnya aku dah mula tersuka kau..Kim Youngae pabo ㅋㅋㅋ

Aku takkan lupakan kau walaupun aku dah takde nanti..tapi kalau boleh, kau lupakan lah aku..oh ya! Kau jangan keluarkan air mata walau setitik pun eh!! Kalau kau menangis lepas ni, aku tak teragak agak nak datang balik untuk siku kau!! Hehe..

Annyeong, soobin-ah~

Soobin menundukkan wajahnya sebelum air matanya menitik jatuh ke atas kertas di tangannya itu

"Macam mana kau boleh suruh aku lupakan kau? Pabo.."

_______________________________

Soobin meneruskan hari harinya tanpa Youngae. Selepas kejadian itu, suasana kelasnya turut berubah di mana tiada lagi yang bising seperti dulu

"Soobin-ah..ada orang nak jumpa." kata Yunmi

Soobin berjalan keluar dari kelas sebelum bertemu dengan Heuning Kai

Heuning Kai mengajaknya untuk berbual di tepi tangga. Buat beberapa minit dia hanya diam sambil merenung lantai

"Kau nak cakap apa?" soal Soobin

"Youngae nuna..dah takde kan? Yang masa ni, ngan masa depan.."

"Macam mana kau tahu pasal tu?"

⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Where stories live. Discover now