T E N

302 85 58
                                    

Soobin terbangun daripada tidur apabila terdengar bunyi pecah dari bilik eommanya. Dengan pantas dia turun dari katil menuju ke bilik sebelah

"Eomma?"

Kepalanya terjenggul di muka pintu untuk melihat Puan Choi. Matanya terbuntang apabila tubuh Puan Choi terlentang di atas lantai

"Soobin-ah..tolong eomma..sakit.." ujarnya dengan nada bergetar akibat menahan sakit

Soobin mendapatkan Puan Choi untuk melihat keadaannya. Dahi eommanya dibasahi peluh dan suhunya begitu tinggi

Dengan tangan bergetar, Soobin mencapai telefonnya lalu mendail nombor hospital

"An..annyeonghaseyo.."

________________________________

Youngae terbangun apabila terdengar bunyi siren dari arah luar rumah. Kakinya berjalan mendekati tingkap biliknya sebelum langsir diselak sedikit

Matanya tertancap pada figura Soobin yang berdiri di samping katil beroda dengan riak wajah risau

"Kenapa tu?" soalnya sendirian

Dia cuba untuk memfokuskan lagi pandangannya pada orang yang terbaring di atas katil beroda itu

"Huh? Puan Choi?"

Youngae mengambil kesempatan untuk mengingat nama hospital yang tertera pada ambulans tersebut

______________________________

"First time Soobin tak datang sekolah selama aku sekelas ngan dia." kata Yunmi sambil memandang tempat duduk kosong di sebelah Youngae

Youngae hanya mendiamkan diri sambil fikirannya melayang pada kejadian awal pagi tadi

"Kau rasa kenapa dia tak datang?"

"Err..entah..Yunmi-yah..kau tahu tak Hospital Gyeongdo ada kat mana?" soal Youngae ingin tahu

"Hospital Gyeongdo? Tak silap aku, tak jauh pun dari kawasan rumah kau tu. Jap aku sendkan maps.." Yunmi mengeluarkan phone nya lalu menghantar alamat hospital yang dimaksudkan

"Gomawo Yunmi-yah.."

Sebaik sahaja waktu persekolahan tamat, Youngae berjalan mengikuti peta pada telefon pintarnya menuju ke arah Hospital Gyeongdo

Kakinya berjalan selama 20 minit untuk tiba di destinasi yang dia ingini. Ketika dia tiba di hadapan hospital, jantungnya berdegup melebihi kadar degupan normal

Dia teragak agak untuk masuk ke dalam sehinggakan dia berdiri di situ selama 5 minit

Selepas menarik nafas sedalam dalamnya, dia menghembus lalu mula melangkah masuk ke dalam. Dia memerhati keadaan sekeliling dengan debaran yang masih belum hilang

Kaunter utama menjadi tempat persinggahannya

"Cogiyo.." Youngae memanggil jururawat yang bertugas

"Nae..ada apa apa saya boleh bantu?"

"Erm..ada tak pesakit baru datang tadi pagi?" soalnya

Dia tidak boleh bertanya secara terperinci memandangkan dia tidak tahu nama panjang Puan Choi

"Maaf..adik ni siapa?"

⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Onde histórias criam vida. Descubra agora