N I N E

316 83 83
                                    

Youngae keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Sehelai baju hoodie berwarna biru dikenakan pada badan bersama seluar jeans hitam

Dia berjalan ke arah cermin bilik untuk mengusai rambutnya. Matanya beralih pada calendar yang terletak dia atas meja belajarnya

23 august 2020

"Tak lama lagi.." katanya sendirian

Youngae memandang pantulannya pada cermin dengan seribu satu rasa. Air liur yang dirasakan kesat ditelan dengan payah

"Ni pilihan kau..kau dah tekad nak buat so jangan lupa apa yang kau perlu buat kat sini." katanya sebagai satu peringatan buat diri sendiri

Selepas mengikat rambut, Youngae menapak ke luar bilik dan bertembung dengan halmeoninya

"Nak pergi mana tu?"

"Classmate Youngae ajak jalan sebab kelas kami antara kelas paling banyak dapat duit masa festival usahawan hari tu." jawabnya dengan perasaan teruja

"Erm..Soobin ikut tak?"

"Tak tau..wae?"

"Ni..halmeoni ada buatkan dia kuih. Nanti kamu bagi dia eh.."

"Wah kuih! Youngae nak rasa boleh?"

"Jangan! Ni Soobin punya. Kamu punya ada kat atas meja sana."

"Oh ye ke..nanti balik Youngae makan eh..annyeong halmeoni!" Youngae memasukkan bekas yang berisi kuih itu di dalam begnya lalu berjalan ke luar dari rumah

Senyuman Yunjung hilang sebaik sahaja kelibat cucunya hilang dari pandangan

_____________________________

Puan Choi membuka pintu rumah apabila kedengaran bunyi ketukan bertalu talu dari arah luar rumah

Wajah Youngae terpampang di ruang matanya sebaik sahaja membuka pintu

"Annyeonghaseyo..Saya Kim Youngae, tinggal kat depan tu je."

"Oh..kamu cucu halmeoni yang tinggal kat depan tu kan?" ramah Puan Choi

"Haah.."

"Kenapa datang sini?" soalnya

"Soobin ada? Dia sekelas ngan saya kat sekolah." balasnya

"Oh kawan Soobin ke ni? Soobin tak pernah ada kawan sebelum ni..risau ahjumma dibuatnya. Jap eh.."

Puan Choi memanggil anak lelakinya sebelum kedengaran bunyi tapak kaki dari tingkat atas

Muncul figura Soobin dengan t shirt putihnya bersama seluar hitam

"Ni ha..kawan kamu datang nak jumpa." ujar Puan Choi

Mata Soobin tertancap pada Youngae yang tersengih sengih di sebalik pintu. Mulutnya menutur perkataan 'annyeong' dalam diam

"Wae?" soal Soobin ringkas

"Kau tak nak ikut sekali ke?"

"Ikut pergi mana?"

"Kan diorang ajak kite jalan hari ni. Kau lupa ke?"

"Aku malas nak pergi.." balas Soobin

"Alah..jomlah..kawankan aku."

⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Where stories live. Discover now