F I V E

349 92 54
                                    

Youngae terbangun dari tidurnya apabila tiba tiba terasa dahaga. Dengan langkah malas, dia berjalan ke dapur untuk membasahkan tekaknya

Air di dalam sebuah jag dituang ke dalam gelas kaca sebelum diteguknya laju

"Youngae-yah.." panggil Yunjung Halmeoni

"Nae halmeoni..tak tidur lagi ke?"

"Halmeoni nak cakap sikit boleh?"

"Boleh.." Youngae membawa halmeoninya ke ruang tamu

"Halmeoni nak cakap apa?" soal Youngae dengan senyuman

"Budak tu.." Yunjung kelihatan sukar untuk meneruskan ayatnya

"Budak mana?"

"Soobin.." sambungnya membuatkan senyuman Youngae hilang

"Kenapa dengan dia?"

"Dia..budak yang Youngae maksudkan tu kan? Choi Soobin.."

Youngae terdiam sambil matanya cuba untuk dilarikan daripada bertentangan dengan mata halmeoninya

"Kamu yakin ke dengan tindakan kamu ni?" soal Yunjung dengan nada sedih

Youngae menggenggam penumbuknya erat seperti mempunyai satu tekad dalam hati

"Youngae dah tak boleh nak berpatah balik. I have to end this pain.." nekad Youngae

"Ingat Youngae..benda ni bukan main main tau." tegas Yunjung

"Youngae tau..Youngae pun dah lama fikir benda yang Youngae buat ni betul ke tak tapi..Youngae dah tak sanggup. Ni je jalan yang ada.."

Yunjung mengeluh perlahan sambil menarik tangan Youngae lalu memeluknya erat. Perasaan sayang seorang nenek terhadap cucunya tiada beza dengan perasaan sayang seorang ibu terhadap anaknya

'Mianhae halmeoni..'

'Mianhae Soobin-ah'

___________________________

Soobin memerhati persekitarannya yang gelap itu. Bagaikan dia sedang berada di sebuah padang pada waktu malam namun tidak ditemani cahaya bulan

'Aku kat mana ni?' bisik hatinya

"Ni semua salah aku.."

Suara itu bergema di seluruh kawasan sehinggakan Soobin terpaksa berpusing pusing untuk mencari arah datangnya suara itu

"Aku bersalah!"

"Sakit..aku sakit.."

Soobin menelan air liurnya menahan rasa takut yang bertandang di hati. Dia cuba sedaya upaya untuk mencari pemilik suara itu namun gagal. Dia hanya ditemani kegelapan yang cukup membuatkan keupayaannya untuk melihat terbatas

"Maafkan aku.."

Soobin terbangun dari tidurnya sambil tercungap cungap. Buat pertama kali, mimpinya begitu jelas seakan akan bukan satu mainan tidur

Soobin meraup wajahnya sebelum menapak keluar dari bilik lalu menuju ke dapur

Peti ais dibuka namun air yang dicarinya tiada di situ

"Soobin-ah..nak ke mana tu?" soal ommanya

"Soobin nak pergi beli air kat kedai depan sana. Omma ada nak pesan apa apa tak?"

"Takde pa pe..hati hati jalan tu." pesan ommanya

Soobin terus melangkah keluar dari rumah lalu berjalan kaki ke arah kedai yang mengambil 5 minit untuk sampai

Sebaik sahaja tiba di kedai itu, Soobin mencapai air yang diingini lalu meletakkannya di kaunter bayaran. Tiba tiba dia disapa oleh seseorang

"Eh..Yunjung halmeoni.." Soobin tersenyum melihat kehadiran wanita tua itu

"Rajinnya..awal pagi lagi dah pergi kedai." ramah Yunjung

"Haah..air saya kat rumah dah habis. Halmeoni datang sini nak beli ape?" soal soobin

"Nak beli makanan sikit sikit je."

"Oh..Youngae tak ikut sekali ke?"

"Tak..dia ada kat rumah." jawab Yunjung

"Oh okey lah kalau macam tu..saya balik dulu ye." pamit Soobin lalu terus keluar dari kedai itu

Mata Yunjung masih melekat pada figura Soobin yang semakin jauh

"Halmeoni!" panggil Youngae

"Eo Youngae-yah.."

"Halmeoni cakap ngan sape tadi?" soalnya sambil cuba mencari orang yang berbual dengan Yunjung tadi

"Takde sape sape..dah jomlah bayar." jawab Yunjung dengan satu pandangan misteri

TBC

⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Where stories live. Discover now