E P I L O G U E (Part Two)

305 69 19
                                    

1 tahun kemudian..

Youngae berjalan di atas jejantas menuju ke arah rumahnya sebaik sahaja tamat waktu persekolahan

"Psst..."

Youngae menoleh ke tepi sebelum terpandang seorang wanita tua yang sedang duduk di hadapan barang barang antik

"Nak beli barang antik tak?" soalnya

"Tak.."

Youngae ingin meneruskan langkahnya namun ditahan oleh wanita itu

"Ni..halmeoni bagi free jam antik ni.."

"Kenapa bagi saya?"

"Halmeoni memang dah lama nak buang jam ni. Ni bukan jam biasa tau..kamu boleh putar balik masa guna jam ni.."

"Merepek lah halmeoni ni.."

"Betul..kamu cuba dulu..kalau kamu dah balik ke masa yang kamu nak, jangan lupa cari halmeoni..nama halmeoni.."

Wanita itu tersenyum sebelum menyambung ayatnya

"Yunjung halmeoni.."

Youngae memandang jam antik di tangannya sebelum memutarkan jarum jam itu sehinggalah tarikh di jam tersebut kembali kepada setahun yang lalu

______________________________

Youngae membuka matanya dan mendapati dia berada di hadapan sebuah sekolah menengah. Dia memandang pakaian seragam yang tersarung di tubuhnya

"Dia..ada kat sini ke?" gumamnya sendirian

Kakinya melangkah perlahan lahan sehinggalah dia masuk ke dalam sekolah yang kelihatan asing di matanya itu

"Cogiyo..ada tak pelajar nama Soobin kat sini?" soalnya pada seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu di sebelahnya

"Meollayo.."

"Ah..kamsahabnida..sorry ganggu" balas Youngae hampa

Hampir setiap pelajar diajukan soalan yang sama darinya namun tiada satu pun yang kenal Soobin

Tiba tiba, telingannya menangkap bunyi alunan piano dari arah sebuah bilik muzik. Secara automatik, kakinya melangkah ke arah bilik itu untuk melihat gerangan yang bermain piano tersebut

Mulutnya mengukir sebuah senyuman setelah terjumpa orang yang dicarinya sedari tadi

"Jumpa pun.."

Kakinya melangkah setapak demi setapak ke arah lelaki yang sedang bermain piano itu. Setiap langkahnya diiringi dengan degupan jantung yang berdetak laju tanpa sebab

Bahu Soobin disentuh perlahan sehinggalah lelaki itu menoleh ke arahnya. Apabila Soobin berdiri, kepalanya turut terdongak akibat ketinggian luar biasa lelaki itu

Ketika Soobin mengalirkan air matanya secara tiba tiba, Youngae turut tidak dapat menahan rasa sebaknya. Di situ dia sudah nekad akan sesuatu di dalam hatinya

'Aku nak..selamatkan kau..'



TAMAT


⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Where stories live. Discover now