E I G H T E E N

254 71 44
                                    

Youngae memanaskan badannya sebelum memulakan permainan pertama. Skrin yang mempamerkan satu permainan video lama di pandangnya penuh yakin

"Aku pro tau kalau bab game ni..kalau kalah jangan nangis." katanya

Soobin hanya diam di sebelah sambil memfokuskan pandangan pada skrin. Sebaik sahaja permainan bermula, jari Youngae dan Soobin laju menekan punat game

"Andweee!" Youngae menatap skrin dengan perasaan tidak percaya

"Kau confirm ke yang kau pro main game ni?" soal Soobin dengan nada menyindir

"Tu aku bagi chance je. Satu kali lagi..aku confirm kali ni aku menang."

Selepas beberapa minit bermain, Youngae menatap skrin dengan perasaan yang sama

"Hmm..aku taklah pro sangat cuma kau je yang tak pandai main." ejek Soobin seraya tertawa kecil

"Yelah yelah..kau lah menang hiks."

Soobin tersenyum sebelum menarik Youngae ke arah mesin permainan bola keranjang. Soobin memasukkan duit syiling untuk memulakan permainan

Youngae hanya diam memerhati Soobin bermain bola keranjang namun selepas beberapa saat dia mula mentertawakan Soobin

"Kau lempar bola ke bola lempar kau? Bwahahahahahha!" tawanya

"Kau ingat senang ke nak main bola keranjang?"

"Dah dah..meh aku tunjuk cara main boleh keranjang."

Soobin mengundurkan diri sambil memerhati gadis itu main. Sedikit sebanyak dia kagum dengan cara Youngae bermain

Tiba tiba, satu balingan Youngae tersasar ke dinding sebelum terlantun semula ke arahnya

Soobin yang menyedari tentang hal itu terus menarik Youngae ke arahnya

Youngae yang tidak sedar bahawa wajahnya hampir menjadi sasaran bola itu tersentak apabila dalam sekelip mata dia berada dalam dakapan Soobin

''Fuh..lain kali hati hati.." pesan Soobin

"A..arasseo.."

Youngae cuba untuk meleraikan dakapan Soobin tapi entah kenapa Soobin mengeratkan lagi pelukannya

"Yahh!! Aku takleh bernafas lah!! Kau nak..ohok ohok..bunuh aku ke!?"

Soobin hanya ketawa kecil sambil masih mendakap Youngae erat

"Yah Choi Soobin!!"

"Kau rasa tak degupan jantung aku?" soal Soobin

Youngae terdiam sebelum cuba untuk meneliti degupan jantung Soobin

'Laju..'-Minsoo

"Kenapa aku tiba tiba rasa macam ni kalau dengan kau?" soal Soobin lagi

Youngae hanya mendiamkan diri tanpa ada niat ingin membalas

"Kau rasa apa maksud dia?"

"Meolla..sebelum aku mati kat sini baik kau lepaskan aku." kata Youngae

Soobin terus melepaskan pelukannya untuk memberi ruang Youngae bernafas

"Huuuhhhhh!! I need oxygen!!"

"Dah jomlah.." tangan Youngae ditariknya keluar dari arked itu

_______________________

Youngae dan Soobin berhenti di trak makanan untuk mengisi perut mereka yang terasa kosong selepas penat bermain

"Kau nak ape?" Soal soobin

"Teokbokki.."

Soobin sibuk mengorder makanan yang mereka inginkan. Selepas selesai order, Soobin menoleh untuk menghulur makanan Youngae namun kelibat gadis itu tiba tiba sahaja hilang

"Youngae-yah.."

Matanya bergerak laju untuk mencari gadis itu namun langsung tidak kelihatan

"Kim Youngae!"

Makanan di letak di atas meja untuk memudahkan dirinya untuk mencari Youngae

"Ahjumma..saya letak makanan ni kat sini dulu eh."

Kakinya laju berjalan di sekitar kawasan itu. Tanpa dia sedari, Youngae memerhatinya dari jauh sambil bersembunyi

"Andwee Soobin-ah.."

Dari jauh, wajah cemas Soobin sedikit sebanyak meresahkan hatinya

"Macam mana kalau dia sesat lagi?" soal Soobin sendirian

"Soobin-ah.." panggil Youngae dengan riak wajah seakan akan tiada apa apa yang telah berlaku

"Yah Kim Youngae! Kau pergi mana tadi?!" soal Soobin dengan nada kuat

"Aku jumpa kedai kat sana tu..barang dia macam menarik so aku singgahlah kejap. Mian.."

"Haih kau ni..jangan buat aku risau boleh tak?"

Youngae hanya mengeluarkan tawa janggal

"Soobin-ah..aku nak kau janji sesuatu dengan aku boleh?"

"Janji apa?"

"Jangan cari aku macam tu.."

"Maksud kau?"

"Kalau satu hari nanti aku hilang tiba tiba, jangan cari aku langsung..kalau boleh kau buat je macam aku memang takde.."

Soobin terdiam sambil matanya merenung mata Youngae. Gadis itu mungkin tersenyum namun matanya dapat mengesan air mata yang tertahan di tubir mata gadis itu

"Janji?"

TBC

⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Onde histórias criam vida. Descubra agora