F O U R T E EN

247 71 31
                                    

Soobin mengeluh berat sambil menyilangkan tangan di dadanya

"Aku terangkan sekali lagi..ni last eh! Dengar betul betul!" pesan Soobin pada Youngae yang duduk berhadapan dengannya

"Okey boss!"

"Kalau soalan macam ni, kau ada dua kaedah nak selesaikan. Kaedah pertama ialah kaedah penghapusan dan kaedah kedua ialah kaedah penggantian. Guna mana mana pun boleh."

Soobin menulis sesuatu di atas kertas sambil diperhati oleh Youngae

"Ni kaedah penggantian..kau ganti ganti nombor je."

Soobin menulis sekali lagi di bahagian lain

"Ni pula kaedah penghapusan..kau hapuskan salah satu nombor yang sama sahaja. Kalau tak sama takleh hapuskan. Faham?"

"Faham faham!"

"Ha cubalah buat.."

"Hmm tapikan.."

"Kenapa? Ada benda yang kau tak faham lagi ke?" soal Soobin

"Kau tak rasa apa yang aku rasa?"

"Rasa apa?"

"Lapar.."

Soobin menepuk dahinya manakala Youngae terkekeh kekeh ketawa

"Belajar memang penting tapi makan lagi penting kau tau tak..no food, no life.."

"Ye ye je kau.."

"Jap ehh..aku nak cari keropok." Youngae berjalan ke arah dapur rumahnya

Memang dia yang bercadang untuk belajar bersama sama dengan Soobin tetapi bila difikirkan semula istilah belajar bersama sama itu tiada malah lebih kepada Soobin menjadi cikgu garangnya

Soobin memerhati seluruh sudut rumah itu yang hanya diisi dengan sedikit perabot dan perhiasan perhiasan kecil

Sedikit sebanyak Soobin merasakan rumah Youngae itu bagaikan rumah sementara. Tidak seperti rumah orang yang akan menetap lama

Matanya beralih pada satu bilik yang pintunya terkuak sedikit. Dia mencuri pandang ke arah Youngae yang masih berada di dapur

Otaknya menghantar isyarat untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu. Daripada hiasan bilik itu, dia dapat mengecam bahawa bilik itu merupakan bilik Youngae

Dia tidak bergerak jauh ke dalam malah hanya berdiri kaku di situ memerhati seluruh ruang yang kemas itu

Matanya tertancap pada sesuatu yang terletak di atas meja belajar milik Youngae. Kakinya bergerak mendekati barang itu tanpa sedar

Sebuah buku ungu yang persis rupa buku diarinya dicapai perlahan. Keningnya bertaut melihat buku itu

"Apa kau buat dalam ni?" soal Youngae di muka pintu

Soobin tersentak sehinggakan buku ungu itu terlepas dari genggamannya. Youngae berjalan laju mendapatkan buku tersebut

"Tu..buku siapa?"

"Aku punya.." balas Youngae singkat

"Oh..erm..sorry..aku masuk bilik kau tanpa kebenaran."

"Takpe takpe.." Youngae terus berjalan keluar bersama buku ungu dalam genggamannya

Mata Soobin tidak lari daripada memandang buku itu dan perasan ingin tahunya semakin membuak buak

Tanpa banyak soal dia mengikuti langkah Youngae yang sudahpun duduk di meja luar

"Boleh aku tanya something?" soal Soobin

"Tanya apa?"

"Kenapa rumah kau takde gambar? Gambar kau masa kecil ke..gambar halmeoni kau ke.."

"Oh..halmeoni memang tak nak letak gambar gambar kitorang. Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa tapi biarlah..aku tak kesah sangat pun."

Soobin menganggukkan sahaja walaupun dia masih kurang faham

"Dah jom sambung belajar.."

"Eh jap!! 5 minit 5 minit!!"

"Ah takde takde..jom belajar sekarang!"

"Alah.."

TBC

Uwaaaa lama tak hapdet
Ada ke yang masih tunggu ff ni kena update? Hiks

Hani kata Hani takleh update minggu ni sebab ada exam bio en?

Tapi exam Hani kena tunda minggu depan so minggu depan Hani hiatus satu minggu ehe

By the way Hani update dua chapter terus tau..

Jangan lupa vote dan comment banyak banyak ❤

Jangan lupa vote dan comment banyak banyak ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⊱✎⊰ Eternally ┆ Soobin   ུ⸙͎Where stories live. Discover now