PROLOG

10.7K 690 55
                                    

Froszrine di sini dengan cerita lamanya yang di-publish ulang 🥳

Roseanna pernah disiarkan di sini sebelum dijadikan ebook percuma. Dan sekarang, disiarkan kembali memandangkan ramai readers baru yang tak sempat redeem dulu

⚠️ Amaran ⚠️

Penulisan dalam cerita ini tidak berpandukan tatabahasa Melayu yang tepat.

ꕀ₊♪﹆˚ ♡ ⋆ ༘⋆

Tangan terhulur mencapai gelas berkaki tinggi yang dibawa oleh pelayan. Cocktail buah itu kemudian dibawa ke bibir dan disisip. Mata memerhati sekeliling jelas dengan pandangan tak boleh ditafsir.

Apa kau buat ni Anna? Mata ditahan dari terjuling ke atas. Kalau bukan sebab majlis anniversary ayahanda Herman dan bonda Zaidah, jangan harap dia sudi jejak kaki ke sini. Atmosfera sekeliling yang terasa menyesakkan, buat dada dia susah nak bernafas.

Aura 'fake' kuat sangat sampai dia jadi muak.

Walaupun cuma dihadiri oleh rakan terdekat yang seramai 150 orang, tapi dia yakin 80% manusia dalam ballroom tu datang sebab ada agenda tersendiri. Politik, bisnes, aset, cari pasangan, yadah... yadah.

Dan Roseanna yang tercampak sekali ke dalam majlis ni, terperangkap cuma sebab kenang budi, cuma sebab Helen tu kawan baik dia zaman belajar dulu merangkap adik angkat tersayang. Helen siap warning awal-awal kalau dia tak datang, putus saudara.

Mahu kena pancung oleh ayahanda dan bonda? Sepanjang umur dah menginjak angka 28 ni, mak ayah si Helen tu yang banyak berjasa bentuk dia jadi manusia. Tak kenang budi namanya tu kalau tak datang majlis malam ni.

Tapi kau datang sini pun, memang ada niat sendiri kan?

Senyuman nipis terukir sebaik teringat sesuatu. Matanya kembali memerhati sekeliling, cuba mencari wajah yang selama sebulan belakangan ni cuma dilihat melalui gambar.

"Hye, miss-"

Zap!

"Oh my gosh, sorry! Saya tak sengaja!" Anna kelam kabut mengelap kemeja putih berbalut sut Armani yang dah selamat bercorak dengan cocktail dia. Pusing laju sangat dah kenapa? Kan dah muncul bala!

"Nah, its okay."

Tangan Anna berhenti mengelap walaupun usaha dia tu sia-sia. Lap guna tangan macam mana nak kering pun!

Kepala didongak menatap pemilik sut yang menjadi mangsa cocktail tadi. Seketika dia terkedu apabila mata dengan iris coklat itu merenung dia dengan senyuman di bibir.

"I'm so sorry." Ayat itu diucap perlahan. Mata kembali merenung kemeja yang semakin comot. Seketika dia meringis. Buat hal betul la tengah majlis orang.

"My fault. Saya yang tegur sampai awak terkejut. I'm sorry." Lelaki itu tergelak kecil, ingatkan tadi nak tegur sebab perempuan depan dia ni gaya sesat tak jumpa jalan, alih-alih teguran terlebih mesra tu membawa padah.

"I'm Irfan."

"Roseanna." Anna mengukir sengih, wajah Irfan ditatap sebelum pandangan dilarikan. Terasa semacam dengan renungan lelaki itu.

"Fan, aunty cari kau tadi."

Tumpuan mereka beralih menatap sebuah susuk yang mendekat. Lelaki dengan sut hitam, sama seperti Irfan hanya sahaja gayanya lebih santai. Tanpa sedar, Anna menilik dalam hati.

"Okey," Irfan membalas pendek. Wajah Anna kemudian ditatap.

"See you again dekat mana-mana." Irfan sengih, jelas menampakkan lesung pipi di sebelah kiri.

Anna tak membalas, sekadar tersenyum menghantar Irfan yang semakin menjauh. Pandangannya kemudian singgah menatap lelaki yang masih statik berdiri tak jauh dari tempat dia dan Irfan tadi.

"Apa?" Anna menyoal dengan dahi berkerut. Tengok muka aku gaya nak bunuh orang tu dah kenapa?

"Tak ada trik lain ke nak buat? Tumpahkan minuman ke baju tu dah lapuk."

Excuse me?!

Telinga terasa berdesing.

"Sorry?" Anna tergelak sinis. Ingat aku tak ada kerja ke nak buat scene kotorkan baju orang?

"You siapa nak sound orang macam you nampak apa yang jadi?" Tenang dia menutur walaupun hati dah naik geram. Menyampah betul manusia spesies macam ni.

Lelaki itu tersenyum senget. Setapak dia melangkah mendekatkan jarak mereka.

"Behave yourself, lady..." Kepalanya dicondongkan sedikit, berbisik di telinga Anna sehingga gadis itu refleks, menjarakkan diri.

"...your innocent face can't hide you cunning eyes." Serentak itu, lelaki tadi terus menjarakkan kedudukan dan melangkah menjauh tanpa menoleh.

Speechless.

Anna rasa nak jatuh rahang. Debarannya semakin bertambah dua kali ganda berbanding ternampak wajah Irfan awal tadi.

RoseannaWhere stories live. Discover now