BAB 18

151 5 0
                                    

pagi yang indah , sinar mentari mula menghiasi langit biru.

tenang dan mendamaikan.

" bella ! "

dan ketenangan tadi diragut dengan suara lantang yang amat aku kenali.

sampaikan semua mata berkalih ke arah aku. mujur belum ada custumer kalau tak mana aku nak letak muka aku ni. malu tak payah cakap lah . ni pun dah cukup malu.

pagi pagi macam ni nak marah marah . kang tak jumpa jodoh baru tahu.

selama seminggu dia berada di cafe ni , asyik aku je dia nak marah. pekerja lain tak pulak ?

langkah kaki aku berjalan ke arahnya.

" masuk bilik saya sekarang " katanya seraya melangkah ke bilik kerjanya .

aku masih statik berdiri. ni mesti kerja nak kenakan aku ni .

Adam yang perasan gadis itu masih tak bergerak .

Dengan darah semakin menaik , dia mengudur semula ke belakang dan menarik kasar lengan gadis itu.

" apa ni , lepas lah ! " aku cuba mengawal suara aku supaya tidak menjerit kuat.

sakit tangan aku bukan main lagi akibat dicengkam kuat oleh bos tak guna aku ni.

" ikut aku atau aku lakukan benda di luar jangkaan kau nanti . dah alang alang orang dah tengok ni " Adam berbisik di telinga bella.

aku tiada pilihan lain , sebelum aku masuk ke dalam bilik kerjanya sempat aku memandang wajah sya yang terpinga pinga di hujung cafe itu.

masuk saja ke dalam bilik kerjanya , Adam segera menutup daun pintu dan tidak lupa juga menguncinya.

" encik nak apa ?" tanya aku straight to the point.

malas aku nak berlama dalam bilik ni , nanti apa pula perkerja lain kata.

" duduk temankan saya hari ni " Adam mula mengatur langkah ke arah kerusinya.

aku hampir saya nak kena heart attack . gila ke nak suruh aku hadap muka dia sepanjang hari ni.

malas nak melayan , laju saja tangan aku memulas tombol pintu dan sekelip mata aku merasa ada tangan mencengkam tanganku yang lagi memegang tombol pintu itu.

aku hampir terjerit namun dia sempat menekup mulutku.

dan sepucuk pistol dihalakan kepadaku.

" jerit atau aku tembak kau terus nanti " dia berbisik di telinga aku.

siapa dia ni ? pergi kerja pun nak bawa pistol.

kenapa la orang sekeliling aku semuanya berbahaya.

tangan aku terus menarik tangannya yang menutup mulutku.

bukan mulut okay dengan hidung aku sekali dia tutup , ni belum sempat dia tembak aku dah mati kekurangan oksigen.

serentak tubuhku ditarik menghadap wajahnya . ye aku tahu muka kau ala ala oppa tapi kau ingat aku kesah.

" dengar arahan aku kan senang !" Adam mula menengking.

geram betul dia dengan bella ni , tak pernah lagi dia berjumpa orang sedegil bella. baru kali ni.

laju dia mengheret gadis itu ke arah mejanya itu dan ditolak kasar tubuh itu ke arah kerusi beroda yang terdapat di depannya itu.

kedua tangannya di tekan ke belakang kerusi tadi dan wajah di dekatkan ke arah wajah gadis itu.

" nak aku main kasar huh !" Adam membuka butang atas baju kemejanya itu.

mata aku sudah terbeliak memandang kelakuannya.

Automatik tangan aku tolak dadanya yang sedikit terdedah itu.

kau ingat kau seksi ke buat macam tu ? huh hashtag menyampah.

" awak nak buat apa ? " tanya aku berani.

tangan aku masih melekap di dada bidangnya , sekarang aku rasa aku yang ambil kesempatan .

tangan runcing bella yang masih melekap di dadanya digengam , sengaja Adam berbuat begitu . mahu menguji tahap kesabaran gadis itu.

" tolong lah , saya sanggup buat apa saja asalkan awak tak buat apa apa pada saya.

First time aku merayu dekat bos tak guna ni.

" are you sure ? " Adam menjongket keningnya , terasa kemenangan berpihak dengannya.

aku mengangguk dengan laju.

" aku nak kau bersihkan bilik aku sekarang , aku tak nak ada satu habuk pun yang tertinggal. kalau tak aku akan kerja kan kau cukup cukup hari ni. faham ! " katanya berbaur ugutan.

aku secepat kilat bangun dari tempat duduk dan keluar untuk mencari segala keperluan untuk orang gaji tidak bertauliah macam aku ni untuk kemaskan bilik mangkuk hayun tu.

dia ketawa jahat dalam hati , puas hati sebab dapat kenakan gadis itu hari ini.

sebaik saja aku keluar dari bilik itu , suara makcik bawang mula kedengaran.

" apa entah dia buat lama lama dekat dalam dengan bos tu "

" nak goda bos la tu , tahu la bos tu package cukup. saja nak ambil kesempatan.

"tu namanya tak sedar diri , baru setahun jagung kerja dekat sini dah nak melebih , saja nak minta perhatian lebih dari bos"

telinga aku berdesing mendengar cemuhan dari pekerja lama disitu.

kalau ya pun nak mengumpat jangan la depan aku.

aku rasa macam nak resign je hari ni , tak apa tunggu aku fed up baru resign !

SWEETHEART MR MAFIAWhere stories live. Discover now