BAB 14

152 6 0
                                    

" Nanti lepas makan kamu tolong hantar Bella balik ya" kata umi kepada Raykal.

" kenapa Raykal? Adik kan bawa dia dekat sini jadi adik la hantar sendiri " bantah Raykal.

" Takpa lah makcik nanti saya call abang saya " tolak Bella.

" ha umi dah dengar kan dia nak call abang dia " kata Raykal.

" umi nak Raykal hantar jugak. nanti biar Raykal hantar kamu ye bella " ucap umi

Bella mengeluh lalu mengangguk.

" Fine! Raykal hantar " ucap Raykal sambil memandang tajam ke arah Bella yang tengah duduk di hadapannya. Bella hanya membuat muka tak tahu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

" Raykal? " kata Bella sambil menarik hujung baju Raykal itu.

" Apa? " tanya Raykal.

" Boleh tak nanti saya nak bawa kereta? " tanya Bella.

" Buat apa nak bawa kereta aku? Aku boleh bawa kan " ucap Raykal sambil memandang pelik ke arah Bella.

" Saya dah lama nak bawa kereta tapi tu lah saya sebenarnya tak ada kereta sebab mama saya marah. " ucap Bella.

" kau ada lesen tak ni? " tanya Raykal.

" Ada. Saya dah ambil 2 tahun lepas lagi " kata Bella.

" Kalau macam tu nah " kata Raykal sambil menghulurkan kunci keretanya itu.

" Be.. Betul ni? " tanya Bella terkejut.

" Yalah , ke kau tak nak?  tak nak tak apa " kata Raykal lalu tidak jadi menghulur.

" Nak lah! " kata Bella lalu mengambil kunci Dan menuju ke arah kereta Raykal itu.

Selepas dia dah pakai tali pinggang Bella menghidupkan kereta Raykal itu.

" Yeay finally boleh jugak bawa kereta" kata Bella teruja.

" macam budak budak " kata Raykal perlahan.

" Apa awak cakap tadi? Saya tak dengar lah " tanya Bella bila dia tak mendengar apa yang Raykal cakapkan.

" aku kata jom lah pergi. Dah lewat malam dah ni " tipu Raykal.

" ouh, okay let's go !" kata Bella lalu menekan minyak dengan kuat.

Kereta Raykal terus memecut laju.

" bella slow sikit, kau nak kita mati ke? " kata Raykal cemas.

" ma... macam mana awak? saya tak pandai ni " kata Bella cemas.

" tadi kau kata kau pandai bawa kereta kan siap kau kata ada lesen tadi " tanya Raykal.

" yela tapi dah dua tahun saya tak bawa kereta jadi saya tak ingat dah macam mana nak bawa "

" kau tekan break cepat. dah laju sangat ni " ucap Raykal risau.

" break kat mana? " bella tanya soalan bodoh.

Raykal menepuk dahinya.

" dekat bawah tu. Cepat lah tekan! "marah Raykal.

Bella terus menekan break itu dengan kuat dan menyebabkan dahi Raykal terhantuk dekat dashboard itu.  nasib baik tak ada kereta dekat belakang.

" aduh sakitnya dahi aku " kata Raykal sambil memegang dahinya itu.

" awak okay? " tanya Bella risau.

" semua ni disebabkan kau tahu tak!" marah Raykal.

" maaf saya tak sengaja" ujar bella ketakutan bila dimarah Raykal.

" kau turun sekarang ! biar aku yang bawa.kalau kau yang bawa boleh mati kita malam ni " kata Raykal lalu membuka pintu kereta itu lalu menuju ke arah pintu pemandu itu.

Bella hanya menurut lalu duduk di sebelah pemandu.

" tu la kau bella, nak sangat kan bawa kereta. kan dah cedera anak orang " kata bella perlahan sambil memandang tingkap.

SWEETHEART MR MAFIAWhere stories live. Discover now