BAB 1

613 9 0
                                    

Bella tengah berjalan untuk ke bas stop. Langit yang tiba tiba cerah terus bertukar mendung menandakan hujan akan turun dengan lebat.

Dengan cepat cepat Bella berlari untuk sampai ke bas stop sebelum hujan turun.

Dengan malangnya hujan telah turun dengan lebat sebelum Bella sampai di bas stop.

Setiba di bas stop, habis basah lencun baju kerjanya akibat terkena hujan tadi.

" Haish habis basah baju, mujur fail tak kena " keluh Bella

Akibat dia terlalu awal sampai di bas stop , dia perlu tunggu 30 minit lagi baru bas akan sampai. Dan dalam Bella menunggu bas itu, Bella tertidur dekat bas stop itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡

Bella terjaga dari tidurnya dan dia terus melihat jam di tangannya.

" Alamak! Dah pukul 10 pagi!  Lamanya aku tidur tadi?! " kata Bella.

Dengan kelam kabut Bella terus berlari untuk pergi ke pejabatnya. Untuk pergi ke pejabatnya memakan masa 2 Jam untuk sampai

Dalam Bella tengah berlari di tepi jalan itu. Ada sebuah kereta memandu laju lalu kelopak air itu terkena Bella. Bella terkejut lalu menjerit.

"Aaaaarghh!  Kenapa hari ni nasib aku malang sangat hah! " tempik Bella tidak hiraukan orang orang memandangnya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

" Alamak!  terkena pulak dekat perempuan tadi. Ah biar lah. Baik aku pergi cepat ke pejabat. Nanti Papa marah aku pulak " Kata lelaki itu.

sesudah sampai di pejabat Papanya . Danish terus masuk ke dalam bilik papanya itu.

" Sampai bila kamu nak jadi macam ni Danish?" Sergah papanya.

" Apa maksud Papa? " tanya Danish.

" Danish tahu tak Danish satu satunya pewaris syarikat Papa nanti. Sampai bila Danish nak jadi macam ni? " keluh Papa Danish.

" Pa, Danish dah cakap. Danish tak berminat soal syarikat ni Danish minat melukis. Kenapa papa tak faham lagi? " jawap Danish.

" Tapi kamu satu satunya anak Papa, siapa lagi nak uruskan syarikat ni kalau bukan kamu! "

" Dah la pa, Danish keluar dulu " kata Danish lalu keluar dari bilik itu.

Setelah Danish keluar dari syarikat itu. Danish terus berjalan jalan sekitar syarikat papnya itu. Dia mahu menghirup udara sekejap sebelum pulang ke rumahnya.

" Kenapa papa selalu tak faham Danish " ujar Danish sambil menahan sebak.

Dalam masa langit mendung menandakan hujan akan turun.

" lebih baik aku balik sekarang sebelum hujan turun." Kata Danish lalu terus berlari menuju ke arah keretanya itu.

" Apasal la aku parking kereta jauh sangat tadi " kata Danish sambil mengeluh.

♡♡♡♡♡♡♡♡

[ BELLA POV]

" Fuhh penatnya " kata Bella sesudah sampai di pejabatnya.

Bella terus masuk ke dalam pejabatnya dan terus menuju ke mejanya.

Baru saja dia hendak duduk di kerusinya. Aliya datang lalu menegurnya.

" Bella, Boss panggil kau " kata Aliya.

" Haduhh habis aku kali ni " gumam Bella dalam hati.

" Baiklah. Terima kasih " Ucap Bella.

" Sama sama, tapi baik kau hati hati sebab sekarang ni mood boss tu tengah tak baik tu " ucap Aliya.

Bella mengangguk lalu pergi menuju ke arah pintu bilik bossnya. Dengan tangan terketar ketar Bella mengetuk pintu bilik itu.

" Masukk!! "

" Ada apa boss panggil saya? " ujar Bella berdebar.

" Ada apa kamu tanya!  Kenapa kamu datang lambat!! "jerkah bossnya.

Terlompat sekejap Bella dibuatnya.

" Maafkan saya boss , saya bangun awal tapi...."

Belum sempat Bella hendak bercakap bossnya memotong.

"YOU'RE FIRED!! "

" Tapi boss sa saya... "

" dah sekarang kamu keluar dan pergi kemaskan barang kamu sekarang! " arah bossnya.

" Baiklah boss " ujar Bella sambil menahan sebak.

Seusai selesai bella mengemas barangnya. Bella terus berjalan menuju kearah bas stop dengan longlai.

" Kat mana aku nak cari kerja ni " Kata Bella runsing dan dalam masa yang sama Danish pun berjalan di jalan sebelah.

" Nak hujan pulak baik aku melintas sekarang " Ucap Bella lalu melintas tanpa melihat sebuah kereta sedang menuju ke arahnya.

Danish yang sedang berjalan itu melihat Bella yang ingin melintas dan terus dia melihat ada sebuah kereta menuju ke arah perempuan itu.

" Cik! Awas kereta! "Jerit Danish lalu berlari menghampiri perempuan itu.

Bella yang mendengar ucapan itu terus menoleh ke arah kereta yang tengah menuju ke arahnya. Kakinya bagaikan di gam.

Danish yang sedang berlari itu ingin menolak perempuan itu ke tepi tapi tak sempat lalu kereta itu melanggar Danish dan Bella di situ.

Darah berlumuran di atas jalan raya. Danish terbaring kaku di situ lalu melihat perempuan tadi terbaring di sebelahnya.

" Aw awakk " ucap Danish tersekat sekat lalu memegang tangan perempuan itu. Kedengaran siren ambulans di telinga Danish lalu semuanya gelap.

SWEETHEART MR MAFIAWhere stories live. Discover now