BAB 9

185 7 0
                                    

Setelah mereka sampai di rumah mewah dan besar itu. Anak buahnya memberhentikan kereta di garaj . Tengku Danish yang sedia maklum itu telah menunggu mereka dan Danish memberi isyarat agar anak buahnya pergi dari situ sebab dia yang akan handle gadisnya sendiri.

Danish membuka pintu kereta dan tersenyum melihat gadis yang selama ini dia cari.

Danish terus mengangkat tubuh kecil itu masuk ke dalam rumah mewahnya itu . Dia menekan butang lift dan menuju ke biliknya di tingkat dua. Rumah mewah dan moden lelaki itu di lengkapi dengan pelbagai alat kemudahan.

Sampai saja di bilik utama lelaki itu dia meletakkan Bella di atas katilnya dengan perlahan lalu dia terus keluar dari bilik itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡

Bella bangun pagi itu dengan keadaan kepalanya terasa pening . Dia baru tersedar nampak sangat ubat yang digunakan oleh lelaki itu sangat berkesan sampai berjam jam gadis itu pengsan.

" Aku dekat mana ni? Ni bilik siapa" kata Bella sambil memegang kepalanya yang masih terasa pening itu.

Tiba tiba pintu bilik terbuka , Bella terus mengundur apabila melihat Danish menghampiri dia.

" Awak kawan Abang Ryan kan? Kenapa awak culik saya ?!" kata Bella ingin menangis.

" Untuk pengetahuan kau, Ryan bukan lagi kawan aku tapi musuh aku " kata Danish sinis.

" Lepaskan saya awak, saya nak jumpa Abang Ryan"

" Jangan Harap aku lepaskan kau! And one more things jangan sesekali kau panggil Ryan tu dengan panggilan Abang. Aku tak suka! "

" Tapi dia tu Abang saya.. " Bella memberanikan bercakap dengan Danish.

" He not you brothers! Kau sedar sikit kau tu anak angkat je " marah Danish.

Bella hanya menunduk lalu menangis. Hina sangat ke kalau dia cuma anak angkat?

Danish mengeluh apabila dia dah terlebih cakap lalu dia mendekati Bella yang menunduk itu.

" Awak jangan dekat dengan saya! Saya nak Balik! Tolong la awak. Saya rindu mama dengan Papa " Rayu Bella.

" Aku takkan hantar kau balik dekat keluarga angkat kau. Kau akan tinggal dekat sini sebab kau milik aku Bella " ujar Danish.

" Tak! Saya milik Mama Papa, bukan awak! " jerit Bella.

Danish yang tidak peduli jeritan Bella terus keluar dari bilik itu.

Bella merapatkan lututnya lalu dia menangis sepuas puasnya. Dia rindu mama papa dan Abang Ryan.

♡♡♡♡♡♡♡
" Arghhhhh! " Jerit Ryan lantang di dalam bilik.

Puan Liyana bergegas pergi ke bilik anaknya itu. Dia terkejut melihat bilik anaknya itu bersepah dan cermin dekat rak itu pecah. Dia terus menghampiri anaknya yang menangis itu.

" Ma , Ryan rindu Bella " ujar Ryan lalu memeluk mamanya itu.

" Ye Mama tahu sayang , sekarang kita tunggu polis carikan Bella ya " ujar Mamanya lembut.

" semua salah Ryan, kalau Ryan tak tinggalkan dia. Mesti Bella tak kena culik " kata Ryan yang masih menangis itu.

" shhh dah dah, sekarang Ryan tidur ye sayang nanti mesti Bella akan balik " ujar Puan Liyana

" Yeke Ma Bella nak balik? " tanya Ryan.

" Ye, sekarang Ryan tidur dulu ya " ujar Puan Liyana

" Yeay Bella nak balik , tak sabar Abang nak sarung cincin dekat jari adik " kata Ryan lalu baring ingin tidur.

Puan Liyana sedih melihat anaknya menjadi macam ni, dah 3 minggu Bella hilang tanpa jejak . Tidak lama kemudian mamanya keluar dari biliknya itu.

" Kau tunggu Danish , kalau kau apa apakan Bella siap kau " ujar Ryan sinis. Lalu dia mendail nombor seseorang.

" Hello zack , aku nak kau dengan yang lain serang rumah tu sekarang. tapi ingat aku taknak Bella cedera walaupun sedikit pun faham! " ujar Ryan kepada anak buahnya.

" Baik boss" ujar Zack lalu Ryan mematikan panggilan tersebut.

" Kau dah silap orang Nish , aku dah warning awal awal kan tapi kau tetap jugak ambil milik aku. Kita tengok siapa yang akan menang " ujar Ryan sinis lalu mengengam penumbuknya.

SWEETHEART MR MAFIAWhere stories live. Discover now