Ini realitinya.

Perasaan hiba yang menghurung jiwa mereka. Perasaan menyesal. Perasaan marah dan juga sedih. Semuanya menjadi satu acuan. Perasaan yang berkecamuk.

Mereka sudah gagal untuk melindungi salah seorang daripada sahabat mereka.

Ya, gagal.


" Ray. "

Ray memandang ke arah si pemanggil. Rambutnya yang hitam, lurus dan bersinar itu tersisir kebelakang. Terus sahaja Ray tersenyum simpul apabila melihat Edmund berada dibelakangnya.

" Edmund! " Mata Ray terbuntang, tak sangka Edmund akan menegurnya.

Selama ini, dia seringkali mengusik Edmund untuk memperolehi perhatian daripada lelaki itu. Tetapi Edmund seperti menghindari dia.

" kenapa panggil aku..? " soal Ray, tersipu.

" Sejak semenjak ini, kau selalu ada di istana. Malah kehadiran kau pun Bonda dah biasa. " Edmund memulakan katanya. Ray hanya mendengarkan sahaja dengan senyuman.

" kau ada buat sesuatu ke? "

Senyuman Ray terus mati. Dia berbalas pandangan dengan Edmund. Edmund yang menyedari itu hanya mengekalkan riak wajahnya.

" maksuddd kau? ~ " sengihan gadis itu mekar lagi.

" kau tahu maksud aku apa. " balas Edmund lagi. Dia memeluk tubuhnya.

" Edmund, aku tak faham..? " Ray berkata lagi. Berpura-pura. Edmund menjadi bengang melihat reaksi Ray.

" Kau mempermainkan aku ke? Aku serius. " Jelas Edmund, berharap agar Ray menjadi lebih serius untuk menjawab soalannya.

Ray melepaskan keluhan panjang.

Wajahnya yang tadi kelihatan riang dengan senyuman yang tak lekang, terus menjadi kosong. Edmund dapat rasakan sisi gelap Ray mula muncul.

" kau tanya pasal perempuan tu ke? "

" ya , Ala— "

" aaaaAAAAAGH! " Ray mengusutkan kepalanya. Dia memukul-mukul kepalanya berulang kali. Sekali sekala, dia ketawa sinis.

Edmund hanya melihat. Sudah biasa dengan tingkah laku sebegini selama dia hidup dengan bondanya.

" kEnAPa SeMuA oRAnG aSYIk kEsAHkan TEntANg PeRemPUan tUUuu?! " pekikkan Ray bergema. Sekali lagi, gadis itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu bagaikan lunatik.

" Ray. " Edmund cuba menegah Ray daripada kegilaan dalam diri gadis itu. Tetapi Ray terus menerus berteriak.

" kAlAu KaU NaK tAhU, AkU dAh BuNuH dIaa heeeeEEhh " Ray berkata lagi diselangi dengan tawa.

Edmund terpaku di situ. Dia memandang Ray dengan pandangan yang begitu tajam. Wajahnya berubah. Ray terduduk sambil ketawa. Tangannya sekali lagi mengetuk kepalanya berulang kali.

" Kau.. buat apa.? "

" bUNUH! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh! " Ray sekali lagi ketawa.

Edmund tak tahu ingin berkata apa. Dia terdiam. Tangannya digenggam erat.

Dia terus memcengkam kolar Ray dan menghentak tubuh gadis itu pada dinding. " kau.. bunuh dia?! " tempik lelaki itu kasar. Ray sekali lagi ketawa.

Tapi Edmund pelik.

Kenapa ada air mata pada tubir mata Ray?

" aKu BUnuh dia.. Ed. " Suara Ray bagaikan berubah. Nafas Edmund tersingap.

" dia suruh aku.. dia paksa aku... " Ray menekup kedua telinganya. Tangisannya mula didengari semakin kuat.

Edmund mengetap bibir. Dia melepaskan kolar baju Ray dan gadis itu terduduk lemah di atas lantai.

" aku dah muak dengan semua ni. " Kata Edmund lantas berlalu pergi.

Ray perlahan-lahan menarik kedua kakinya kemudian memeluk tubuh. Tubuh dia bergementaran. Dia ketawa, ketawa dan ketawa. Pada masa yang sama, dia nangis juga. Air matanya mengalir deras. Hatinya sakit bagaikan dirobek.

Kenapa kau nangis? Kau dah buat yang terbaik!

Perempuan tu yang halangi apa yang kau nak buat untuk bonda dan Edmund, biar dia rasakan!

Kau tak layak hidup.

Kau berjaya! Kau patut diagungkan!

Bonda semestinya bangga dengan kau!

Kau pembunuh.

Kau adalah yang terbaik!

Bunuh sahaja orang yang halangi kau, mereka tak tahu apa-apa!

siapa sebenarnya kau ni?

BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!BUnUh BuNuH BuNUh! buNuHh!

" hentikan.. " Ray menekup telinganya. Tetapi suara itu menjadi lebih kuat dan kuat sehinggakan dia rasa sepertu gegendang telinganya ingin pecah.

Ray mencakar-cakar telinganya. Luka mula terbentuk pada kulitnya yang putih itu. Darah menitis-nitis akibat ketajaman kuku gadis itu terbenam pada kulitnya.

Ray menangis tak henti-henti.

Maafkan fy ye sebab terlupa lima hari tak update HAHAHAH fy leka dengan game

crystal.Where stories live. Discover now