"Lily?" Khair sedikit tersentak melihat Lily tercegat tak jauh darinya. Lily teguk air liur, seperti seorang yang terkial-kial tidak tahu bagaimana mahu beriak.

"Eh? Bos dah kenal Cik Lily?" Soal Azwa memandang Lily dan Khair silih berganti, mereka berdua sama-sama bertentang mata seperti terpaku melihat sesama sendiri.

"Oh jadi you lah bos baru kat bengkel ini. Kebetulan betul." Lily tergelak kecil cuba mengawal riak pegunnya. Khair sekadar mengangguk dengan senyuman tipis apabila Lily membahasakan diri Khair sebagai 'you' dan tidak memanggilnya Abang Khair sama seperti dahulu.

"Ini kereta Lily?" Soal Khair.

"Tak, ini kereta Ibu. Haritu brek kereta ni macam problem sikit. Biasalah kereta lama kan."

"Kami dah baiki kereta ni cuma brek kereta ni sepatutnya kena tukar sebab performance dia dah tak macam dulu. Tapi kami tak ada stok untuk brek kereta jenis ni. Jadi Lily boleh pilih nak hantar kereta ni kat bengkel lain atau tunggu stok sampai." Terang Khair.

"Jadi kereta ini tak boleh bawa lansung buat masa sekarang?" Soal Lily lagi.

"Boleh tapi jangan bawa terlalu laju. Tapi untuk Aunty Nisa, saya tak rasa Aunty Nisa bawa kereta macam pelumba haram. So selamat." Ayat Khair buat Lily menjenggil mata.

"Kalau macam tu I bawa balik dulu kereta ini untuk tanya ke bengkel lain. If tak ada juga, I akan update dekat workshop you." Sekali Khair tersenyum pahit, jelas lah Lily lebih selesa membahasakan diri sebagi I you denganya sedangkan semalam bersama Lutfi, Lily membahasakan nama dan memanggil Lutfi sebagai Abang. Kenapa dengan dia? Sedangkan dirinya yang paling rapat dengan wanita itu sejak dulu.

"Sure," Khair bangun lantas menepuk-nepuk punggungnya.

Azwa yang tercegat disitu masih terkebil-kebil dengan perbualan kekok antara dua insan itu. Khair yang memanggil Lily dengan nama dan Lily yang membahasakan dirinya I dan You. Kekok sekali. Ada apa dengan dua manusia ini?

"Oh, I ada bawa bungkusan makanan dari kedai. Makan lah." Lily melihat Khair mengemas barang-barang disekitar keretanya.

"Abang tak nak makanan yang dibungkus. Abang nak makan dekat Restoran Lily boleh?" Balasan spontas Khair yang sedang sibuk mengemas barang cukup buat Lily terkaku sambil meneguk air liurnya.

Azwa pula hampir jatuh rahang mendengar bahasa abang diguna Khair. Apa dua-dua ini ada hubungan rapat sebelum ini? Untungnya Cik Lily. Tapi Bos Khair pun untung dapat Cik Lily.
'Ah pusing' Bisik hati kecil Azwa.

"Bo..boleh,"

"Okay, tunggu kejap abang kemas barang. Lily tunggu dalam office abang pun boleh. Nanti abang nak tukar baju takut Lily lenguh berdiri kat sini." Lily ketap gigi. Maksudnya Khair minta mereka gerak sekali?

"Kita pergi sekali?" Soal Lily. Khair berpaling memandang Lily lantas tersenyum dengan anggukkan

"Abang tak tahu sangat jalan-jalan kat sini. Nanti sesat pula." Walau ia sekadar alasan, ia nekad untuk kembali rapat dengan gadis itu.

"O..okay.." Lily seperti dihasut tidak tahu bagaimana mahu beriak atau menolak.

"Azwa, bawa dia ke office saya." Azwa yang terkebil-kebil pantas mengangguk.

"Jom Cik Lily."

Lily sekadar menurut langkah Azwa. Jantungnya yang tadi berdetak seperti orang marathon kini berubah tenang. Waduhh.. Apa kau dah buat ni Lily!!!

"Err,, Cik Lily saya puji bos saya kacak tadi sebab saya terpegun tengok dia buat kali pertama. Cik Lily jangan salah faham ya." Lily pantas mengangkat wajah memandang Azwa yang serba salah di depannya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now