Bab 5 - Motivasi

6 0 0
                                    

Sesi peperiksaan akhir sem 1 berakhir dengan jayanya. Ada pelajar yang berpuas hati dengan apa yang dijawab oleh mereka. Ada juga yang kecewa dengan jawapan mereka.

Mereka dah berusaha semampu mereka. Hanya takdir dan tawakal je yang mampu diterbitkan selepas segalanya hanya diserahkan kepadaNya. Hanya doa yang mengiringi kertas-kertas jawapan mereka.

Selepas final, mereka bercuti sem selama 2 minggu sebelum memulakan pembelajaran sem 2 pula. Apa lagi, berseronoklah mereka selama 2 minggu tu.

Hubungan Amzar dan Raisya juga semakin membaik. Mereka semakin mengenali satu sama lain. Pergaduhan kecil mereka mula mematangkan hubungan mereka.

*****************************************

Sekembalinya mereka sem 2 tu, mereka semakin rapat walaupun masih selesa menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk berbual dan berkenalan.

Pada minggu kedua, PRD mengadakan satu sesi motivasi melibatkan semua pelajar dari semua modul. Pelajar ini dikelaskan mengikut gred markah mereka semasa sem 1 haritu.

Bukan nak mendedahkan gred mereka, cuma nak membantu mereka menangani masalah pembelajaran mereka sekiranya ada. Ada juga sesi kaunseling bersama kaunselor kerana PRD ini adalah pembimbing rakan dinamik.

PRD ni memang merangkumi semua aspek akademik dan mental mereka. Sebagai ahli PRD,Raisya ditugaskan untuk mengelaskan semua pelajar mengikut pengelasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.

Even Raisya pon sebenarnya tak didedahkan dengan markah mereka. Dalam senarai tu cuma ada nombor matrik mereka je. Biar confidential dan mengelakkan berlakunya leak markah peperiksaan pelajar. Tak ke naya je nanti.

Sesi itu akan berlangsung pada hujung minggu ni. Senarai nama pelajar juga dah diserahkan kepada pensyarah yang akan bertugas nanti. Persiapan pon sedang dijalankan untuk memudahkan pelajar-pelajar itu nanti.

*****************************************

Semasa program itu dijalankan, Raisya ditugaskan untuk menjaga pelajar cemerlang iaitu yang grednya 3.80 sehingga 4.00. 'Haih sabar je aku kena jaga dorang pulak. Aku sendiri pon tak dapat 3.80 ni'bisik hati kecil Raisya.

Mereka yang hadir ke sesi itu pon ada pelbagai bangsa. Kebanyakkan mereka berketurunan Chinese lah. Ada juga Indian dan beberapa Sabahan or maybe Sarawakian.

Raisya terasa kerdil pula berada dalam kalangan mereka ini. Sedang dia leka menguruskan pendaftaran pelajar ke program itu, dia ternampak kelibat rakannya. Zara!! Wah mesti result dia baik ni. Tu yang ada kat sini.

Sebab, pihak pengurusan dah asingkan pelajar ini dan diletakkan di tempat yang agak jauh antara satu sama lain. Habislah runner ni nanti. Penat je berlari ni nanti. Hahahaha.

Dia tunggu sampailah turn Zara. "Uitt Zara" katanya ketika Zara leka menandatangani borang pendaftaran didepannya sekarang. Zara mendongak kerana terkejut. Dia tak sangka yang akan uruskan pendaftaran dia adalah sahabat baiknya sendiri.

"Kau buat apa wei kat sini? Owh haah lah kau kan ahli PRD. Patut pon kau kat sini" kata Zara, baru sedar akan kehadiran Raisya didepannya.

"Haah. Patutnya aku tak duduk sini pon wei. Aku bukan geng budak pandai ni" kata Raisya sambil ketawa. "Owh ni group budak pandai eh. Eleh kau, paling-paling bawah sikit je. Halamak. Kecoh je"kata Zara malas melayan.

Selepas menandatangani borang berkenaan, Zara pon bergerak pergi ke kerusi yang disediakan di dalam dewan tersebut. Raisya masih dengan ketawanya sebab Zara yang malas nak melayan dia.

Sesi ini akan bermula jam 9:00 pagi sepatutnya tapi biasalah, pelajar lelaki mana nak datang awal. Datang pon untung dah wei. Selalunya mereka lagi gemar memonteng je. Lagi-lagi program begini. Lagilah malas mereka nak sertai.

The Q : Amzar Qhalifحيث تعيش القصص. اكتشف الآن