"Hahaha saya nak amik gambar dengan awak boleh? Nak jadikan kenangan. Buat hilang rindu" pinta Amzar. Malu pulak nak minta bergambar. Apa pulak kata Raisya nanti kan.

"Hurm. Boleh je. Meh telefon awak. Saya nak check camera okay ke tak" kata Raisya. Dia pon malu sebenarnya. Tak sangka dengan Amzar boleh buat permintaan tu sebenarnya.

Amzar pantas menghulurkan telefon bimbit yang tadi di koceknya setelah lock screen dibukanya. Well ada password kan. Kenalah bukakkan kan? Raisya pantas mengambilnya telefon berjenama IPhone itu.

Dia membuka kamera dan mula melihat apa features yang ada. Dia mengangkat tangannya. Nak selfie dulu. Try error before amik gambar yang betul. Sempat pulak tu ajak Amzar berwefie.

Kemudian Raisya baru tersedar sesuatu. "Tapi kalau amik wefie je tak lawa lah. Kena suruh orang amikkan baru lawa sikit berdiri" kata Raisya tiba-tiba. Dia mula melihat sekeliling, nak mencari sape yang boleh amikkan gambar.

Amzar pon memandang sekeliling. Dia menggamit 2 orang budak lelaki yang lalu di seberang jalan menghadapnya tu. Dia pon meminta salah seorang dari mereka untuk mengambil gambar mereka berdua.

Bermacam pose yang dilakukan. Budak lelaki tu menekan je camera dan melayan gelagat pasangan tu. 'Macam - macam je lah dorang ni. Tapi dorang nampak sweet. Muka pon ada iras je ni. Jodoh kot'bisiknya dalam hati. 

Selepas beberapa minit, sesi mengambil gambar pon tamat. 2 orang budak lelaki tu meminta diri. Amzar pon mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka sebentat tadi. Raisya pantas mengambil telefon bimbit tersebut dan menilai gambar yang diambil. Dia sangat berpuas hati dengan gambar-gambar tu.

Cantik dan menampakkan keakraban mereka berdua. Dia pon memulangkan telefon tersebut kepada Amzar. Amzar mengambil telefon tersebut dan mula membelek gambar mereka tadi. Dia tersenyum. Dia juga berpuas hati dengan gambar itu.

"Hurm Am.." panggil Raisya. "Apa dia?" mata Amzar masih ralit memandang telefonnya. "Tengok lah saya. Saya nak cakap ni" marah Raisya bila Amzar tak memandangnya bila bercakap.

Amzar yang sedar silapnya pantas menyimpan telefonnya. Dia mula menumpukan perhatian kepada apa yang Raisya nak katakan. Matanya memandang wajah bersih Raisya.

"Kita sebenarnya apa erm erm nak jadi kawan je eh?" tanya Raisya inginkan kepastian. Dia tak nak dia salah faham sebenarnya. Dia malu selepas mengungkapkan soalan itu.

Amzar memandang ke tasik sambil berfikir apakah jawapan terbaik tuk diberikan kepada Raisya ketika itu. Dia mula menyusun ayatnya. Dia pastikan ayatnya padat dan tak menimbulkan salah faham pula nanti.

"Saya sebenarnya agak paranoid dengan istilah couple. Tak boleh ke kalau kita berkawan sampai kahwin? Lebih kepada kita berkenalan dan berkawan instead of bersweet-sweet orang couple. Boleh?" kata Amzar.

"Saya lebih selesa kita kawan dulu. Saya sebenarnya kalau boleh taknak couple, nak kawin terus je tapi kalau tak kenal pon susah jugak kan?" sambung Amzar. Raisya yang mendengar bicara Amzar mengangguk, bersetuju. Berpuas hati dengan kata - kata Amzar agaknya.

"Sebab saya sendiri taktau hala tujuan hubungan ni. Saya sendiri taktau sempat ke tak saya nak halalkan awak. Kita tak tau kan jodoh kita. Andai Allah kata jodoh bukan milik kita, kita kena redha je lah kan" kata Amzar.

"Kita sama - sama berusaha untuk halalkan hubungan ni. InsyaAllah suatu hari nanti, jodoh itu milik kita. Semoga Allah permudahkan jodoh kita" sambung Amzar lagi.

"Jujur niat tu ada cuma masa dan nilai diri saya belum meletakkan kepada situasi yang membolehkan saya menghalalkan awak. Awak faham maksud saya?" Amzar menyambung panjang lebar.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now