Tapi walau apa pun, Nora gembira kerana sudah tidak perlu menyakiti dirinya sendiri. 

'Wait... Syakir suka dua perempuan? Aku... dan Aliya?'  Tiba-tiba terasa marah dan kecewa sama Syakir.

-

[Dua hari kemudian / Isnin]

"Bangun adik!" Ibu Nora mengejutkan Nora, "Hari ini kan sekolah.. pergi mandi cepat".

"Tak nak sekolah..." Nora tidak mahu jumpa Syakir.

"Jangan nak macam-macam sayang..." Belum sempat ibunya habiskan ayatnya, dia dah merengek.

"Tak nak pergi tak nak pergi tak nak pergiii" 

Ibunya mahu ketawa tapi dia menahan, "Tak nak sudah lah.. cikgu telefon mak tak nak tolong..". Ibunya tahu Nora akan pergi jikalau dia kata sebegitu.

Mangkin lah Nora merengek. Tapi dia tidak ada pilihan jadi dia pun bangun dan membersihkan diri.

Setibanya Nora ke sekolah, dia pun ke kelasnya. Pelik. Hari ini.. dia datang memang awal tapi takla awal mana. Jam menunjukkan ia sudah pukul 7.10. Selalunya lebih dari 10 pelajar dah sampai. Tapi pada hari itu, kelas kosong.

Tapi Nora pun tidak kesah dan duduk di tempatnya. Beberapa minit kemudian, ada pelajar yang masuk. Nora pun memeriksa siapakah dia.

Gulp..

'Alamak...dalam banyak-banyak orang kenapa dia yang datang dulu..' keluh Nora dalam hati.

Syakir pun act tidak nampak dan duduk di tempatnya yang jauh dari tempat Nora.

Krik... krik..

'Ish...peliknya... Awkward lah.. cepat lah.. Aini semua mana ni.' ngadu Nora dengan dirinya.

Lalu Nora pun melihat arah Syakir. Terasa mahu saja pergi ke tempatnya. Tiba-tiba banyak perkara yang terlintas di fikirannya.

Nora mahu menanya tentang siapa dia sebenarnya suka. Pada masa yang sama dia tidak mahu kerana takut kehilangan Syakir. Mahu saja dia ke tempatnya dan menyandarkan kepalanya di bahu Syakir.

'Ahah... Tulis surat ah apa lagi'  Nora pun mengeluarkan sehelai kertas dan mula menulis.

'Hai awak.. saya nak tanya sikit.. awak betul ke sukakan saya?'

Lalu kertas itu dilipat hingga menjadi kecil. Memandangkan semua masih belum sampai.. Nora pun ambil peluang ini untuk memberi surat itu kepada Syakir.

"kreeeet" Bunyi kerusi yang diseret ke lantai.

'Eh?'

Pantas Syakir menyembunyikan kertasnya di koceknya. Terasa lega kerana Nora belum sempat ternampak kertas tersebut. Nora mahu menyimpan kertasnya juga tapi malang, mata Syakir sudah memandang kertas itu yang ada di tangan kirinya.

Nora terasa malu dan tidak tahu harus buat apa. Tiba-tiba mata mereka bertemu. Bulu roma Nora ternaik.

"Ehem ehem" Cikgu Atiqah batuk, lalu masuk ke dalam kelas diikuti dengan pelajar-pelajar lain,"Drama melayu apa yang sedang dimainkan dalam kelas ini? Dah kamu berdua boleh duduk".

Dengan pantas mereka dua duduk kembali. Terasa malu kerana semua orang nampak apa yang berlaku.

'Macam mana boleh cikgu dan semua pelajar lain masuk ke dalam kelas pada masa yang sama?' Nora menanya cikgunya menggunakan matanya. 

Lalu Cikgu Atiqah melihat Aini. 

Nora pun memberi senyuman kepada cikgunya tapi dalam hatinya 'Siap kau nanti Aini...'

-

"Aini kau nak aku belikan kau air?" Nora menanya Aini di perjalanan ke kantin.

"Boleh jugak ah.. Green tea juga macam kau. Duit nanti aku bayar kat meja makan eh" Lalu dia pun lari bersama yang lain, berebut untuk beli makanan.

Nora pun membeli 3 Green tea untuk dirinya, Jannah dan Aini.  Apabila Nora sudah sampai di meja makan mereka, kesemua kawan karibnya sudah duduk di sana.

Nora dalam dian jalan ke belakang Aini lalu meletakkan dua tin air yang sejuk itu, di pipi Aini. Aini teriak seketika membuat Nora ketawa. Nora melepaskannya dari pipinya selepas 5 saat. Lalu ia diberi kepada Aini dan Jannah.

"Ish.. kenapa dengan kau ni.. sejuk tahu tak?" Aini marah.

"Tak.. ah... thanks la for telling. Aku tak tahu pun sebelum ni.. " Nora menyindir.

"Tipu seh... kalau kau tak tahu kenapa buat?" Aini masih marah.

"Dah tu kenapa tanya?" 

"Whoaa whoaa whoaa.. Tak habis habis ada drama. Korang dua ni kan, tak gaduh tak sah" Tegur Maisarah.

"Apa salah aku?" Aini tidak melayan kata-kata Maisarah.

"Tak tahu ke? Yang tadi pagi tu sapa yang plan?"  Nora menanya.

Kini muka Ainipun berubah. 

"Sorry aku tak ada niat nak join tapi dia paksa" Maisarah kata lalu Jannah angguk, tanda setuju.

"Heheh... ala.... sorry la " Aini kini merayu dengan nada manja.

"Eee meluat aku dengar suara kau"

Lalu mereka semua tertawa.


Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now