Bab 2

15K 414 31
                                    

"Kriing!!", kini lonceng pun telah berbunyi. Waktu rehat telah tiba. Walaupun hari ini adalah hari pertama, Nora tidak rasa begitu gairah.

"Woi, kau okey tak?", Aini menanya Nora apabila dia ternampak Nora termenung di meja makan mereka.

"Okey okey aku okey..", Nora menjawab selepas menghelakan nafas panjangnya.

Keempat-empat kawan karibnya, Aini, Jannah, Maisarah dan Syafiqa rasa bingung. Melihat Nora sebegitu, telah membuat mereka risau. Hari pertama sahaja, sudah moody. Aduh, apakah masalah Nora sebenarnya, fikir mereka.

Kini sekolah pun sudah tamat. Kesemua pelajar kini beratur di luar kelas masing-masing lalu mereka semua, bersama dengan guru mereka, akan baca doa sebelum pulang. Kini, senyuman mula terbina di wajahnya. Bencinya dia dengan sekolah. Malas belajar! Lalu dia pun pulang bersama kawan-kawannya menaiki MRT.

"Eh Nora.. Lelaki itu lihat kau eh?" Syah menanya sambil menunjuk ke arah sekumpulan lelaki di sebelah kanan mereka.

Nora pula hanya tersenyum kerana dia tidak tahu apa dia harus menjawab dari kata-katanya itu.

Kawan baik Syah pula, Fatin, rasa dia perempuan yang tercantik dan hanya dia sahaja yang cantik di dunia ini. Mendengar kata-kata Syah, Fatin terasa geram. Memandangkan dia sedang berdiri di sebelah Nora, mulalah dia untuk masuk campur.

"Eh, dia lihat aku okey.. Aku kat sebelah kau la eh so kau jangan nak perasan popular dengan lelaki eh, please"

Setelah mendengar kata-kata Fatin itu, senyumannya pun hilang dengan sekelip mata. Fatin ni tidak tahu ke yang Nora sungguh benci terhadap kaum lelaki? Ini pun gara gara masa lalunya itu. Bukan benci sebenarnya tetapi tidak suka dan takut dengan mereka. Jadi tiada masa mahu menggatal dan happy happy sebab lelaki melihat dirinya. Fatin itu kalau tak cemburu tak sah, ngomel Nora dalam hati.

"Yes I know they're not looking at me. Of course they were looking at you since you're so pretty" Nora berkata-kata tetapi di hatinya berkata yang sebalikknya.

"Glad you know that" Fatin menjawab.

Wah wah wah Fatin ni.. Astaghfirullah... Istighfar.. Tak guna pun bergaduh dengan insan seperti Fatin ni, bisik Nora dalam hati. Lalu Nora pun mengeluarkan earpiecenya dan mendengar lagu Koreanya itu. Apabila stres atau geram, Nora akan mendengar lagu Koreanya itu maka dia pun mendengar hingga dia sampai ke rumahnya.

"Ja a ba" kedengaran suara ibunya yang sedang mengajar anak muridnya Iqra' di rumah semasa Nora berhampiran pintu rumahnya yang terbuka luas itu. Ibunya mengajar murid-murid tidak kira usia untuk membaca Quran, Iqra' dan juga belajar tentang agama. Rumahnya sentiasa bising tetapi penuh barakah.

"Assalamualaikum", Nora beri salam sebelum memasuki rumahnya.

"Waalaikumsalam", ibunya dan anak muridnya menjawab.

Kadang kala Nora rasa seperti keluarga besar, ramai orang. Gembira pun ada. Tidak selesa pun ada. Kadang kala mahu belajar tetapi susah. Ada yang sedang berchatting ada yang buat hal sendiri. Naik pening Nora.

Sesudah sampai sahaja ke dalam bilik, Nora membuka tudungnya dan stokennya lalu melemparkan ke lantai dan menukar pakaiannya Lalu Nora pun mengambil tuala lalu ke tandas dan mandi.

"Nora!!!", Zinirah menjerit.

Aduh rasanya seperti jantung sudah tercampak dan pintu tandas sudah terpecah gitu. Kuatnya dia tu pekik, fikir Nora. Dia hampir tertelan ubat gigi yang telah dia gosokkan ke giginya itu.

Kalau terltelan boleh meninggal ni.. Nanti polis tanya apa penyebab kematian, penyebabnya adalah obat gigi. Polis fikir kita tak serius pula.., fikir Nora. Fikiran Nora memang kadangkala tidak masuk akal. Dia pun dengan pantas membersihkan diri dan memakai pakaian rumahnya lalu keluar dari tandas.

"Hish kakak!" I nearly died tau!", Nora berkata sambil membuat muka kasihannya itu. Lebih aja dramanya itu.

"Dah dah jangan over. Ni hah.. Kenape stoken kat katil? Busuk tahu tak! Kemas semua ni", pintah kakaknya.

Nora pun bergerak dan mula mengemas semua barangnya itu. Malas mahu marah jadi ikut sahajalah perintah.

Sesudah dia selesai sahaja, dia pun ke katilnya. Lalu dia pun keluarkan telefon bimbitnya itu dan mula menyambung ceritanya yang ditulis di Wattpad itu. Ceritanya tidak lah sepopular cerita lain tetapi dia menghiraukannya kerana dia menulis sebagai hobi sahaja.

Tiba-tiba Nora menerima notification. Nora memang ada account Ask.fm tetapi jarah digunanya.. Lalu Nora pun buka noti itu dan membaca soalan yang ditanyakan oleh anonymous di Ask.fm itu. "Eh Syakir nak jadi kawan kau"

""Eh Syakir mana ni? Syakir classmate aku ke?', dia menanyakan kepada dirinya.

Lalu Nora pun menjawab "Jangan main prank. Aku tak suka"

Selepas Nora menekan butang send, dia pun sambung menulis ceritanya itu. Beberapa saat kemudian, soalan yang baru ditanyakan.

"Aku serius dia nak kawan dengan kau"

"Please stop eh. Before aku pergi tanya dia korang stop eh"

"Tanya ah.. Lagi bagus pun kalau kau tanya"

Dup dap dup. Tiba-tiba hatinya mula berdebar dengan rancak. Kenapa dia takut mahu message Syakir. Nombor ada. Memang ada nombor semua lelaki cuma tidak pernah pun message.

Mahu tanya ataupun tidak?

Lalu Nora mencari nama Syakir di contactnya di app bernama Whatsapp dan menekan butang namanya lalu menanya, "Syakir awak mahu jadi kawan saya kah?"

Syakir mula Online selepas beberapa saat. Nora berharap dia menjawab 'tidak'. Dia tidak mahu Syakir memjawab bahawa ia adalah benar. Lalu dia mengengam handphonenya dan berdoa. Tiba-tiba handphonenya bergegar. Tanda jawapan telah tiba.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now