Bab 7

7.9K 257 3
                                    

"Aaaaaaaaaaaaaaa!" Nora menjerit, tapi tidak kuat mana.

"Eh kenapa ni anak ibu? Ngigau ke sayang?" Ibunya ke biliknya dengan pantas lalu menanya Nora.

"Tak ibu.. Adik tak belajar semalam bu" Nora menjawab lalu menerima satu pukulan dari ibunya.

"Itu pun harus jerit ke? Dah pergi mandi, nanti nak pergi sekolah kan?-" Belum habis ibunya cakap Nora dah menyampuk.

"Tak nak...."Nora menjawab dengan nada yang malas sekali.

"Jangan nak merepek. Sekarang dah pukul 4 pun. Dah pergi mandi." Ibunya memerintah.

"Masih awal lagi la ibu... baru jam 4." Nora mengomel.

"Tak ada.. dah, gerak sekarang." 

Ish.. Dia pun pergi ke tandas, jalan seperti zombie. Sesudah mandi sahaja, dia pun memakai baju sekolahnya dan menyarung tudung sekolahnya. Lalu dia pun pack beg sekolahnya dan ke ruang tamu untuk menggunakan handphone nya. 

"Eh..Pergi lah sarapan sana. Ibu dah sediakan roti dengan Nutella di meja dapur. Makan lah" Ibu Nora menyuruhnya makan.

"Ish.. baru jam 6 dah suruh sarapan" Nora berkata-kata di dalam hati.

"Iya lah.. Nora sarapan dulu ye ibu" Nora pun meletakkan handphone nya  di meja yang berada di hadapannya lalu dia ke dapur. Pada masa yang sama, abangnya pun ikut sarapan bersamanya. Kakaknya pula baru mahu menukar pakaian. 

Nora rasa bahawa pada hari ini, dia akan  sampai ke sekolah awal. Sekarang, sudah jam 6.15, giliran kakak dan ayahnya pula sarapan. Pelik, Nora tidak sangka dia sebenarnya boleh siap seawal gitu. Tapi mungkin hanya kerana dia terbangun sahaja. 

"Hwaaaa" Nora menguap sesudah dia duduk di dalam kelas. 

"Wah awal kau hari ini Nora" Aini mengusiknya.

"Salah ke?" Nora menanya.

"Tak cakap pun. Selalu jam 7.25 sampai sekolah, tapi hari ini, jam 7.10 dah sampai! Break the record man!" Aini bercakap dengan penuh semangat,membuat Nora ketawa.

Pada masa yang sama,Syakir pun masuk ke kelas. Kini, Aini memberinya muka yang selalu dia berikan jikalau Syakir timbul dari mana-mana.

"Ke... sebab kau nak jumpa dia awal-awal pagi ini" Aini membisik.

"Merepek lah! Apa cerita nak jumpa dia sey" Nora berkata dengan annoyed.

"You..miss him maybe?"  

Wah.. Nora tidak pernah dengar soalan sebodoh itu.

"FYI.. Hari ini I awal sebab i tebangun awal and my mum suruh I terus mandi. Tu lah sebab I sampai awal so take back your words kay.. Ish" Nora menerangkan kepada Aini.

"Chill lah.. Joking je.. Tapi kan.. kenapa boleh tebangun pulak? Sedangkan aku call handphone kau, kau selalu tidur mati" Aini menanya, hairan dengan kejadian tersebut.

"Mana ada.. aku selalu angkat pe" lalu Nora tersengih-sengih "aku pun actually tak tahu. Yang aku tahu is aku dapat mesej dari Syakir bila aku dah bangun".

"What??" Aini terpekik membuat semua pelajar lain menukar perhatian dan melihat ke arah mereka.

"Apa ni Aini terpekik-pekik, ini bukan zoo ye" Cikgu Atiqah mengejek sambil berjalan masuk ke kelas.

Tanpa sedari, kelas pun dah bermula. Mentang-mentang pada hari itu tidak perlu assemble kerana hujan, tak ingat dunia kalau dah mula berbual. Lalu Aini pun ke tempat duduknya iaitu di row sebelahannya. Kini, kelas pun berjalan seperti biasa. 

'Aini ni.. memalukan lah. Terkejut pun jangan lah sampai macam tu sekali' Bisik Nora di dalam hati. Lalu dia pun terketawa sendiri kerana dia pasti pada masa itu Aini rasa lebih malu dari dirinya.

.  .

"Kriiing" Lonceng pun sudah berbunyi. Kini, semua pelajar berlari dari tempat mereka, keluar dari kelas untuk ke kantin. Nora pula selalu relax sahaja. Iya lah, kawannya yang belikannya makanan sudah pasti dia relax. Lalu Nora pun ikut sama turun ke kantin. 

Nora pun pergi ke arah vending machine mahu membeli air. Dia pun memasukkan coins dan memicit butang untuk air green tea. Lalu dia pun bongkok sedikit untuk mengambil air yang dia beli itu. Kemudian dia pun pusing, mahu pergi dari situ. Tak sangka sebenarnya belakangnya ada seseorang. Nora pun berjalan laju ke meja makan.

'Aduuh.. malunya!" Jerit Nora di dalam hati, "pasti tadi dia nampak aku bongkok buruk gila'

Dalam banyak-banyak orang, Syakir juga lah yang timbul di belakangnya. Apa tidak malu. Posisi Nora beri untuk mengambil air sahaja sudah memalukan. 

'Ah lupakan sahaja lah' Fikir Nora.

Tetapi selepas beberapa saat kemudian, dia pun terfikir lagi tentang perkara ini. Mukanya pun tukar menjadi merah-merahan. Lalu dia pun menyandarkan kepalanya di meja makan mahu menutup mukanya itu. 

"Woi.. tidur ke?" Syafiqah tanya.

Nora pun menaikkan mukanya lalu menyandarkan mukanya di tangannya itu.

"Fulermak! demam ke Nora? Kenapa merah sangat?" Syafiqah menanya dengan mukanya yang terkejut. 

Tapi dengan soalannya, Nora hanya boleh tunduk lagi dan menutup mukanya.

"Takkan nak bilang.. buat tambah malu je.." Bisik Nora pada dirinya.

"Eh bilang lah.. kenapa ni?"Syafiqah merayu. 

Pada masa yang sama, Jannah, Maisarah dan Aini pun sudah sampai.

"Whooa ada cerita ke ni? Jangan kasi kita tiga rasa left out boleh tak?" kata Aini.

"Ni lah.. Nora muka merah.. tak nak share kenapa pulak tu" Syafiqah mengadu.

"WHA-" Tak sempat Aini nak menjerit, Nora sudah menutup mulutnya.

Lalu Nora pun give up dan bilang mereka tentang perkara yang telah berlaku sebentar tadi. Mereka semua tersenyum dan terketawa mendengar ceritanya. Yang si Nora pula hanya lihat bawah sahaja sambil menceritakan.

"Tak apa lah.. dah berlaku pun. Bukan boleh buat apa-apa kan?" Maisarah cuba menyenangkan Nora, 'Dah dah.. pergi makan".

Lalu Nora pun cubit roti dan masukkan ke dalam mulutnya. 

"Tapi kau nak malu pun buat apa? Entah-entah nanti jadi suami kau ke" Aini mengejek.

Puuui. Terkeluar roti yang dimasukkan tadi. Lalu mereka semua ketawa dan mula mengejek secara berkumpulan.

"Apa kau merepek ni?" Nora kini meninggikan suaranya sedikit, "Nak joking pun ada tahap eh".

"Ye la sorry lah ye" Aini minta maaf.

'Syakir?suami aku? oh please no.' Bisik Nora.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now