Bab 25

3.8K 142 11
                                    

Nora melontarkan begnya ke lantai dan baring diatas katilnya. Kepalanya ditutup dengan bantal busuknya. Hatinya berdegup dengan rancak. Kenapa hati aku berdegup bergini? Aku dah gila kah? 


"Nora!" Hazif memanggilnya dari belakang.

 Nora tidak perlu memeriksa siapa yang memanggilnya. Dia sudah cukup kenal dengan suaranya. Maka dia pun mula berjalan dengan lebih pantas, mahu melarikan diri. Selepas Hazif ternampak gerak gerinya, dia pun mengejar Nora. Nora mendegar panggilannya semakin menghampirinya, dia pun mula berlari dengan lebih pantas. Selepas beberapa saat, dia pun pusing memandangnya.

"Ish awak nak apa ni." Nora sudah malas mahu berlari, walaupun sebenarnya dia sudah penat.

"Saja je tegur..tak boleh eh?"

"Haha.. Takkan tak tahu jawapannya kot?" Nora ketawa sendiri.

"Lawanya bila awak ketawa." puji Hazif.

Nora membersihkan tekaknya. Dia pun sambung perjalanannya ke rumahnya. Hazif mengejarnya lagi.

"Okey okey.. sorry.. Saya nak ajak awak makan boleh?"

"Sejak bila awak pandai nak 'saya' 'awak' ni?" Nora terasa curiga.

"Sejak sekarang.. hehe.. dah lah jom teman I eh.. saya."

Nora menahan senyumannya, mahu step cool. Dia pun teruskan perjalananya. Tiba-tiba dia terdengar dentuman. Rupa-rupanya Hazif sedang baring di lantai, tidak mahu bergerak jikalau Nora tidak makan dengannya. Nora pun tersenyumlalu dia setuju dengannya.

"Blanja?" Nora menanya.

Hazif tersenyum lebar dan mengangguk kepalanya. Mukanya seperti seorang budak yang baru sahaja menerima hadiah daripada ibu bapanya.

"Okey boleh.. asalkan awak teman saya."

Jawapan Hazif telah membuat  Nora tersenyum sendiri. Tetapi dia tidak mahu Hazif melihatnya tersenyum disebabkannya kerana dia tahu Hazif akan mula rasa dirinya hebat kerana gelagatnya dapat membuat seseorang tersenyum sendiri. Maka dia harus step cool.

"So u nak makan apa?" tanya Hazif.

"Aik.. dah guna 'i' 'u' dah?" sindir Nora.

"Tak biasa lagi lag.. Slowly lah eh.... awak." Hazif menekankan perkataan 'awak'.

Tiba saja di Nineteen-chef, mereka pun makanan yang tertulis di buku menu. Lalu Hazif ke kaunter untuk membayar sebelum kembali ke meja mereka.

Makanan yang dipesan, sudah pun dihantar ke meja mereka setelah menunggu selama 15 minit. Nora mula menjamu selera dan keadaan menjadi sepi. Hazif  teringin untuk berbual dengannya tetapi Nora pula fikir yang sebaliknya. Melihat Nora sedang makan dengan penuh selera telah membuat dirinya tersenyum lebar. Setelah beberapa saat, Nora henti memakan.

"Hazif.. Tadi awak yang complain yang awak lapar.. nak saya teman.. tapi awak belum makan sesuap pun" ngomel Nora.

"Hmm.. Entah kenapa dah terasa kenyang pula."

'..tengok muka u je i dah boleh kenyang.' Nora meneka apa ayat yang akan diguna oleh Hazif selepas itu.

"..tengok muka u je i dah boleh kenyang" sambungnya.

'Bingo.'

"U nak pergi mana lepas ini?" tanya Hazif.

"Balik lah.. nak pergi mana lagi?" Nora terasa bingit.

"Hmm.. nak main bowling tak?"

"Aik.. tak nak lah..random betul" 

"Tak adalah.. tiba-tiba teringat awak minggu lalu.. comel..besides.. practice makes perfect kan?"

'Ish dia ni.. aku dah lupakandah.. dia ingatkan aku pulak tentang apa dah terjadi.. malu lah aku'

Nora dapat merasakan kehangatan di dua belah pipinya.

"Pelukan awak kan..." tidak sempat Hazif menghabiskan ayatnya kerana Nora telah memotong kata-katanya.

"Stop it eh..itu semua accident " nadanya serius.

Expression di muka Hazif kini berubah, membuat Nora terasa bingung.

"Nora.." Hazif mula memanggilnya, nadanya serius. Kini hati Nora berdegup dengan rancak. Entah kenapa nadanya sungguh menyeramkan.

"yes?"

"I like you"

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now