Bab 20

5.1K 205 17
                                    

"Hai Nora :)" Hazif memesejnya.

"Hai.." Nora membalas mesej Hazif.

"Awak.. sibuk ke?"

"Tak ada lah.. kenapa eh?" .

"Emm saya ada sesuatu nak beritahu awak?" Hazif kelihatan tergesa-gesa.

"Ouh..Apa dia?" Nora menanya dengan kecurigaan yang terpancar di wajahnya.

"Nora... would you be my girlfriend?"Hazif meluahkan perasaannya kepada Nora membuat Nora terkedu seketika.

"Hazif.. saya baru sebelas tahun.. Awak biar betul nak saya jadi kekasih awak?"

Hazif adalah crush pertama Nora. Hazif melayaninya dengan baik sekali membuat semua hati wanita berbunga. Dengan kata-katanya, Nora hanya boleh tersenyum sipu.

"Jadi... sekarang kita dah jadi couple kan?" soalan Hazif telah membuat Nora terasa malu dan segan untuk menjawabnya. Tetapi dia tetap menjawab soalan Hazif itu.

"Yes."

"Love you Sayang.."Hazif sebut tiga perkataan yang membuat hati Nora berdegup dengan lebih rancak.

Nora mendengar kata-kata Hazif, setiap perintahnya dipatuhi. Nora tidak mahu mematahkan hati Hazif maka dia berbuat sedemikian. Tetapi dia tidak sedar bahawa dia itu telah dipermainkan. Hazif tidak bergitu serius dengan hubungan ini. Nora terlalu muda dan senang dipermainkan. Dia kerap percaya akan kata-kata orang tanpa kecurigaan.

Setelah tiga bulan telah berlalu semenjak mereka bersama, kini Hazif mula rasa bosan dan mahu putus dengannya.

"Hai Hazif! ^^" Nora memesej Hazif mahu ajak berborak bersama.

Lima belas minit telah berlalu, tiada mesej balas diterimanya. walhal, mesejnya telah dibaca Hazif.

"Hazif.. awak sibuk ke?" Nora mula memesej Hazif buat kali kedua.

"Diam lah"

Nora terkedu seketika.

"Aku dah cukup muak dengan perangai kau yang macam budak-budak ni.. muak tahu tak? muak!"

"Aku tak pernah sukakan kau pun.. Well.. Awal-awal je aku suka.. tapi kau annoying! Step baik sangat! "

"Lagipun kau sebelas tahun. Apa kau tahu? Wei..Aku 16 lah wei.. Takkan lah aku suka budak macam kau ni"

"So you know what? Goodbye."

Itulah kata-kata terakhir Hazif sebelum mereka berpisah. Nora tidak tahu apa dia harus kata pada masa itu. Dia hanya boleh membaca dan membaca setiap mesej diterimanya.

Hatinya tidak pernah rasa tertikam sebegitu sebelum ini. Tidak sangka rasanya sakit.. terlalu sakit hinggakan membuat Nora tidak terkata. Tangisan mula membina, hatinya terluka.

Kerana inilah, Nora berazam untuk tidak ada teman lelaki lagi dan fokus dalam pelajarannya. Hinggalah ke lima bulan yang lalu, apabila Syakir timbul dalam hidupnya. Kini, Nora dapat membuka ruang hatinya buat sekali lagi. Walaupun dia mahu ada kekasih sesudah selesai sekolah tetapi hatinya sudah terpikat dengan Syakir.

Teringat kisah lama ini, telah membuat Nora mengeluh. Teringat Hazif timbul di dalam hidupnya buat kali kedua telah membuat Nora mengeluh buat kali kedua.

Seumur hidupnya dia tidak pernah berdepan dengannya. Mereka sekadar beborak di Whatsapp sahaja. Hazif pernah ajaknya keluar bersama. Tetapi Nora menolak pelawanya kerana dia masih terlalu muda dan rasa segan.

Pertemuan mereka kali ini telah membuat Nora segan walaupun itu semua perkara lalu. Tidak pasti sebabnya tetapi Nora rasa pelik selepas bertentang mata dengan Hazif. Seperti ada yang tidak kena dengan dirinya.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now