Bab 24

3.4K 143 3
                                    


Jikalau muda-muda hendak bercinta, yang kita dapat hanyalah kekecewaan. Kegembiraan yang dapat dihadapi ketika bercinta hanyalah sementara. 

Aman sedikit hidup aku sejak kebelakangan ini, kata Nora sesudah bermain di internet melalui telefon bimbit. Tetapi kata-katanya telah menimbulkan sebuah notifikasi yang tidak lain daripada si penyebab hidupnya tidak aman.

"Nora hihi"

Aduh kalau aku boleh ikat jari dia supaya dia tidak mesej aku kan bagus, ngomel Nora pada dirinya.

"Ye ada apa Hazif?"

"Saja.. Nak borak.. Dah lama tak berborak kan? Tak rindu ke?"

Syiok sendiri pulak mamat ni.

"Okey lah. Kalau nak borak pun, nak borak tentang apa?"

"Macam mana hubungan you dengan boyfriend you tu?"

Nora terdiam buat sementara. Sudah masuk sebulan Nora sudah putus dengannya. Hati Nora terasa sakit apabila terkenang tentang perkara ini. Nora pun meluangkan masa dengan perkara lain.

"You.. Nak main bowling tak?"

Aik random betul mamat ni. Tapi.. bagus juga cadangan dia. Aku pun tak adalah terfikir pasal Sya.. Ah.. tak nak lah sebut nama dia lagi. 

"Hmm.. Boleh juga.  Bila?"


Apabila mereka sudah sampai di Superbowl, Nora terasa janggal. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan keluar bersama si mamat gila ini.

Di kaunter pula, Nora ingin mengeluarkan duitnya untuk membayar selama sejam. Tetapi Hazif sebok mahu membayarkan untuknya. Mahu step gentleman, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap Nora.

Nora memang tidak begitu bagus bab bermain boling. Tetapi practice makes perfect right? Maka Nora pun bermain walaupun setiap bola yang dilemparkan akan masuk ke dalam longkang . Hazif tidak percaya akan apa yang dilihat oleh dirinya. Dia hanya mampu ketawa terbahak-bahak kerana Nora kelihatan sungguh comel dalam penglihatannya. 

"You.. you betul tak tahu macam mana nak main?"

Nora terasa malu dengan kata-kata Hazif. 

"I  bukan tak pandai main okey.. I  cuma tak pandai nak aim je"

Jawapan Nora telah membuat Hazif tersenyum sendiri.

"You nak I ajar tak?

"I tahu lah yang you ni pandai nak aim. tak perlu show off ye", Nora memberi senyuman sinis kepadanya. 

"I serius ni.."

Nora mula rasa tidak selesa. Dia pun mengambil satu bola dan mahu melontarkannya ke lorong tersebut. Tiba-tiba dia dapat rasakan seperti ada seseorang yang berdekatan dengannya.  Dia pun pusing untuk melihat siapa di belakangnya dan tidak lain daripada Hazif berada di situ.

"Apa you buat kat sini. Sekarang giliran lah.."

"I  tahu.. I datang sini nak ajar you macam mana nak aim"

Hazif mula memegang tangan Nora dan merapatkan dirinya dengan Nora. Nora terdiam buat seketika. Bola yang di tangan Nora pun dilontarkan. 

"Senang kan?"

"Ermm.. boleh lah.."

Nora pun menungggu gilirannya. Apabila gilirannya telah tiba, dia pun cuba untuk mengikut seperti yang diajar. 

"Strike!" 

Nora mula terjerit-jerit sendiri dan tanpa dia sedari dia terpeluk Hazif. Hazif mengambil peluang untuk memeluknya dengan erat. Nora terasa janggal. Dengan pantas dia menolak Hazif dan istighfar.

"Sorry tapi I nak balik dulu so... You main sendiri lah. Thanks for the treat"

Suara Hazif jelas memanggil Nora. Tetapi dengan pantas Nora beredar, tidak percaya akan kelakuannya.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now