Bab 13

6.3K 231 8
                                    

Kedengaran tangisan Nora, membuat ibunya risau sahaja. 

"Haihh..  kenapa lah anak ku sedih sangat ni.." Dia mengeluh.

"Nora mandi dulu ye bu" Nora memberitahu dengan penuh emosi.

"Okay sayang.." Ibunya menjawab sambil menukar mukasurat majalah Manjanya, tapi ia terhenti kerana ibunya baru perasan bahawa Nora sudah okey, "Yang tadi ku dengar betul ke suara Nora?". Naik bingung jadinya.

1 jam. Kini Nora mandi selama satu jam buat entah kali yang ke berapa, untuk menghilangkan kegilaannya itu.

.  . 

"Nora tunggu!"

Selepas Nora menerima mesej itu di notification boxnya, dia pun membukanya dan ternampak Syakir typing. 

"Sorry tak reply tadi.. Bapak I panggil jadi kena keluar tolong bapak sekejap."

'Nasib baik aku tak cakap apa-apa macam , "Awak marah kan sebab tu awak tak jawab", eee memalukan betul lah kau ni Nora' Bisiknya dalam hati.

Apabila Nora lagi dalam khayalannya, Syakir mesejnya. Sesudah dia keluar dari khayalannya lah dia perasan bahawa ada mesej darinya. Matanya kini membesar kerana terkejut.

"Nora.. I like you too"

Dup dap dup dap.

"Kita tak pernah bilang sebab awak tak kasi saya sukakan awak.. Awak tak benarkan saya sukakan awak  in a more than friends way.. Saya terima sebab kalau tidak saya tidak dapat jadi kawan awak.."

"Hahahaha. Kita yang cakap jangan tapi kita yang suka awak lebih dari kawan " Nora tertawa.

"Haha tapi saya pun suka awak lebih dari kawan. sama rata la kan ^^" 

Kemudian mereka dua tergelak bersama.  Tiba-tiba ada perkara yang terlintas di fikiran Nora.

"Wait so you.." Belum sempat Nora nak tanya Syakir sudah memberi jawapan yang dimahuinya.

'I liked you from the start." 

Pengakuan Syakir telah membuat Nora tersenyum sipu, malu dan membuat pipnya menukar menjadi kemerah-merahan.

"Tak tanya pun :P" Nora memberitahu Syakir.

"But it's in your mind right?" 

"Eeee geli lah awak ni.. belum apa-apa dah geli macam gini"

"Hahaha" Syakir typing" Nora, would you be my girlfriend?"

"Eh...apa je awak ni Syakir.. " Nora cuba untuk menukar subjek.

"Jangan nak tukar topik Nora.. jawab ye atau tidak"

'Tak ke.. terlalu awal..'  Nora menanya dirinya.

"Awak tahu kan saya dah tunggu dari awal lagi jadi its not too early.."

'Ish.. macam mana ni dia tahu apa aku fikir hish..'

"So answer me" 

"Yes" Nora menjawab, walaupun terasa malu.

.    .

Lalu Nora memakai pakaian sehariannya dan keluar dari tandas. Nora pun langsung ke bilik dan baring di katilnya.

Tiada guna mandi selama satu jam kali ini. Kegilaan Nora tidak pupus dari dirinya malah, mangkin menambah.

'Lagi dua hari dah bukak sekolah.. jadi.. lagi dua hari aku jumpa dia.. aaaa tak nak la jumpa dia!' Nora menjerit dalam hati. Aduuh terasa malu kerana sudah jadi couple. Tapi dalam diam aja. Tiada yang tahu tentang mereka sekarang sudah bersama.

Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now