Bab 2

440 13 0
                                    

"Johanis Peter ."

"Saya ?"

"Inspektor Mazlan nak bercakap dengan kamu ."

Johanis dengan tenang bangun dan berjalan ke arah pegawai polis tadi . Dia mengekorinya ke bilik PIBG yang dijadikan sebagai bilik soal siasat buat sementara waktu . Daripada wajahnya , Inspektor Mazlan nampak macam seorang yang tegas . Misainya kemas , dan matanya ajak tajam apabila dia menenung orang .

"Silakan duduk . Johanis Peter ?"

Johanis duduk dan mengangguk .

"Saya kacukan German ."

Dia menjelaskan kenapa namanya 'Johanis Peter' . Inspektor Mazlan memerhatikan gaya Johanis duduk . Dia mahu lihat sama ada Johanis nervous ataupun tidak . Selalunya yang nervous tu , ada kena mengena dengan kes .

"Jadi kamu kawan rapat Nur Ayla binti Kadir ?"

Johanis mengangguk .

"Boleh beritahu saya dengan teliti macam mana rapat hubungan kamu dengan dia ?"

"Saya dengan Ayla kawan sejak Form 1 . Kitorang memang selalu bersama . Selain waktu sekolah , waktu balik pun kitorang lepak kadang - kadang ."

"Saya dengar kamu satu kumpulan dengan dia dalam satu project baru baru ni ?"

Johanis mengangguk lagi .

"Saya dengan 3 lagi pelajar sekumpulan dengan dia untuk project Bio ."

"Bila kali terakhir kamu nampak atau bersama dengan mangsa ?"

Mangsa ? Ayla mati kena bunuh ke ?

Bisik hati kecil Johanis .

"Se .. semalam . Kitorang dekat lab working on our project ."

Inspektor Mazlan menenung Johanis . Dia kemudiannya mengangkat keningnya .

"Jadi kamu yang terakhir sekali bersama dengan mangsa . Ini meletakkan kamu sebagai suspek dalam kes ni ."

"Tapi saya tak bersendirian dengan Ayla . Mamat , Tiara dengan Ski ... dengan Arif pun ada sama ."

Walaupun Inspektor Mazlan masih ragu - ragu dengan Johanis , tetapi dia bercadang untuk memberinya peluang .

"Baiklah . Panggil mereka ke sini . Saya akan tengok sama ada apa yang kamu cakap ni betul ."

Johanis meninggalkan bilik PIBG dan kembali ke kelas . Dia memaklumkan kepada yang lain . Ketiga - tiga mereka beratur di depan bilik PIBG . Mamat yang pertama masuk .

"Ahmad Luqman bin Ahmad Tarmizi . Sedap nama ."

"Te ... terima kasih .. Inspektor ..."

Mamat agak gugup . Itu menimbulkan tanda tanya kepada Inspektor Mazlan .

"Kamu pun satu kumpulan dengan mangsa ?"

Mamat mengangguk saja . Dia memang tengah gelabah .

"Bila kali terakhir kamu dengan mangsa ?"

"Semalam , Inspektor . Saya ... maksud saya , kami semua ... tengah cuba siapkan project dekat lab ."

"Apa maksud kamu , kami ? Siapa kami tu ?"

"Tiara , saya , Ayla , Johanis dan Skizo ."

"Skizo ?"

"Arif . Arif Rahim ."

Menarik . Nickname Skizo . Must be something .

Desus Inspektor Mazlan di dalam hati .

"Go on ."

MisteriWhere stories live. Discover now