Bab 6

349 13 0
                                    

Seperti yang dijanjikan , di rooftop pukul 3 mereka semua berkumpul lagi . Hanya di rooftop mereka bebas . Tak ada polis yang menyamar , tak ada pelajar lain ataupun kakitangan sekolah .

Kali ini Chong sampai dulu . Yang lain tiba 5 minit kemudian . Skizo membuka pintu rooftop dan berjalan alah alah swag .

"Whats up , Sir Chong ching tomato flied lice ! Hahaha ."

Chong menggelengkan kepala . Skizo kalau tak lain daripada yang lain , bukan Skizo namanya .

"Walaupun aku cina , aku tak ada pelat 'r' macam cina cina lain okay . Haa ni apahal lambat ? Kata pukul 3 . Malays and their promises ."

Semua duduk di atas kerusi yang telah lama tak digunakan . Mata Mamat membulat .

"Wah Chong , lu jangan start racist haa ..."

Komen Mamat membuatkan yang lain ketawa . Mereka tahu tu hanya gurauan kasar saja , tak ada maksud lain .

"Yang Tiara ni kenapa muka kau macam tu ?"

"Haa ? Macam apa ?!"

Johanis merenung Tiara . Memang muka dia agak 'kelam kabut' sikit harini . Tadi pun mereka dah perasan tapi semua sibuk fikir pasal kes yang tak selesai , langsung tak tertanya soalan yang Chong tanya tu .

"Kau sakit ke pe , siak ?"

"Mana ada lah . Aku tak boleh tidur je semalam . Kan polis jadi jaga kat rumah aku malam semalam ."

Habis asal minah ni risau sampai tak boleh tidur pulak ?!

Hati Skizo berkata - kata . Tapi malas dia nak tanya depan depan sebab semalam baru je dia bertekak dengan Tiara . Bagi Skizo , dia tak amazed pun kalau akhir sekali Tiara yang bunuh Ayla .

"Yang borak pasal muka Tia dah kenapa ? Chong ! Aku ada idea baru ni ..."

Perhatian dialihkan kepada Mamat . Masing - masing memasang telinga . Kali ni , Mamat yakin rancangannya akan berjaya buktikan siapa pembunuh .

"Woi , kau dah gila ke ?!"

"Mat , kau selangkah menjadi Skizo bro ."

"Sorry to say , tapi aku tak nak ."

Skizo , Johanis dan Tiara mula menarik diri . Chong masih belum berikan respond .

"Habis sampai bila korang taknak amik risiko ? Nak ke polis polis tu ikut kita sampai ke tua kalau kes ni tak selesai ?"

"Kau ni delusional lah , Mat . Satu hari polis tu semua mesti mengalah punyalah ."

"Tapi now bukan pasal polis polis tu lagi . Cuba fikir pasal Ayla , guys . Dia kan kawan baik kita ."

Johanis memandang Skizo . Dia seakan tahu apa yang Skizo nak cakap . Lagipun mereka memang dah kenal lebih lama berbanding yang lain . Sebaik saja Johanis memandang , Skizo pun mengeluarkan ayat yang buat Mamat terguris .

"Woah , gay boy yang benci dengan Ayla dulu sekarang beriya nak bela kematian Ayla siot !"

Semua mendiamkan diri . Mamat memandang ke lantai . Entah apa yang dia fikirkan .

"Mat . Aku on dengan plan kau ."

Ujar Chong . Mamat mengangkat mukanya sedikit .

"Thanks , Chong . Nanti aku bagitahu kau kat mana nak jumpa . Orang kat sini dah tak nak terima aku lagi dah ."
Mamat bangun dan meninggalkan rooftop . Skizo cuba memujuknya tapi dia tak hiraukan pun .

"Weh Mat !"

"Mat !!"

"Tu lah Zo . Mulut kau tu ..."

MisteriWhere stories live. Discover now