➳ 11

589 122 111
                                    


" Korang panggil Mama Jung? Awhhh comel~ " tegur seseorang.

Nanti...

DOKYEOM?!

WEH BILA MASA DIA MASUKKKKK

Aku dah mula gugup, gagap dan apa-apa saja yang seangkatan dengannya.

" Haah! Kakak ni baik, papa kahwinlah dengan dia! " kata Yeonhye sambil menarik tangan Dokyeom.

Eh budak ni aku karate kang.

" Korang suka ke dengan kakak ni? " soal Dokyeom kepada pasangan kembar itu.

" SUKA!! " jawab mereka berdua dengan bersemangat.

Weh sumpah aku tak ada pakai guna-guna ke apa, macam mana bebudak ni boleh cepat sangat berkenan dengan aku hshshshs.

" Papa pun suka dia. "

4 patah perkataan yang disebut Dokyeom tadi itu mampu membuatkan aku hampir saja hendak jatuh pengsan.

Tapi buat malu je pengsan depan bakal suami. Jadi aku cuba untuk bersuara walaupun gagap.

" A-a-awak cakap apa tadi? " aku menyoalnya. Mana tahu aku salah dengar ke.

" Saya suka awak. " jawabnya sambil memegang tanganku.

YA TUHANNNNNN

Manakala Yeonhee dan Yeonhye pula sudah bersorak riang.

" YEY YEY KAHWIN!!!! " sorak mereka berdua.

" Sa-saya... " aku cuba untuk berkata tetapi Dokyeom dah letak jari telunjuknya di bibirku.

" Shhh, saya tahu. Awak dah lama sukakan saya. Saya je yang bengap, ambil masa nak perasan tentang ni. Yelah. Sebab selama ni saya fikir, saya kan duda. Siapa je nak? " kata Dokyeom.

WEH KAMU ITU DUDA HOTZ.

SIAPA JE TAKNAK WOI.

" Ta-tapi macam mana awak boleh perasan? " soalku sambil mengalihkan jarinya dari bibirku. Kang biar lama-lama, aku pegi gigit jari dia pulak.

" Hari-hari awak datang gerai saya. Saya tahu, ramai sukakan kuih saya. Tapi, cuma awak seorang je yang suka datang sini sampai 2-3 kali dalam satu hari. "

Betul juga. Aku je yang rajin datang gerai dia walaupun kuihnya dah lama habis dijual.

" Tapi betul ke awak suka saya? " soalku.

" Tak percaya ke? Nah bukti. " dia terus memelukku erat.

WEH WEH WEH DIA PELUK AKUUU

" Apa ni papa, Yeonhye nak peluk jugak! "

Selepas itu, Yeonhee dan Yeonhye turut memelukku.

Aku dah mula malu, jadi aku pun cuba mengalihkan topik.

" Gerai awak kat luar tu macam mana? Tak takut ke ada orang curi duit awak kat situ? " soalku. Yelah, gerai tu dia sorang je jaga. Kang duit kena curi pulak.

" Tak apa, saya dah suruh Chan jagakan gerai saya sekejap. Jangan risau, dia pandai buat kerja. " terangnya kepadaku.

Oh, Chan. Jiran sebelah rumah Dokyeom.

Patut pun kadang-kadang aku nampak dia yang jaga gerai tersebut.

" Jadi awak masuk ni sebab nak tengok mereka berdua? " soalku.

" Yep. Tak tahu pulak budak dua ketul ni dah bangun. Padahal semalam tidur lewat. "

" Alah, diaorang excited nak main patung barbie yang awak belikan lah tu~ " aku mula tenang dan sudah tidak tergagap seperti tadi.

" Dah agak. Kalau diaorang, saya belikan mainan. Tapi untuk awak, saya belikan cincin kahwin. On tak on? " soalnya sambil mengenyit mata.

" Pergi jumpa Joshua dulu. Eii mengada eh awak ni! " aku memukul bahunya perlahan.

" Sekarang jugak saya nak jumpa dia. "

" Alah esok jelah. Sekarang ni mesti dia tengah melepak dengan Jeonghan. Maklumlah hari ni cuti. " aku sudah sedia maklum yang Jeonghan memang selalu melepak dengan abangku.

Membawang apa agaknya.

" Petang? " eh dia pulak yang tak menyempat ni kenapa?

" Petang ni saya ikut dia keluar. Nak beli barang dapur. Sebab tu saya kata esok je awak pergi jumpa dia~ "

" Oklah. Kalau macam tu, saya nak pergi ke gerai semula. Tengok-tengokkan anak kita tu baik-baik ya? HEHE. " dia pun berlalu pergi.

Anak kita.

ANAK KITA.

Aku memandang pasangan kembar itu.

" YEY MAMA JUNG!!! " mereka berdua memelukku lagi.

Kenapa aku rasa semua ni berlaku dengan terlalu pantas?

Hshshshshs.


++++++


" Kau tak boleh macam ni Shua, adik kau tu perempuan. Lambat-laun dia akan kahwin juga. Tak akanlah kau nak biar dia single seumur hidup? " Jeonghan mengusap perlahan belakang Joshua.

Tiba-tiba je kawan dia yang seorang ni emo.

" Aku bukannya nak biar dia single seumur hidup. Cuma hati ni berat sangat nak lepaskan dia. Walaupun perangainya mengalahkan setan, aku still sayang dia. Kau tak faham, Han. Tak faham. " kata Joshua dengan penuh emo.

" Shua, kalau dia kahwin dengan Dokyeom pun. Kenapa kau nak risau sangat? Rumah dia beza berapa blok dari sini. Dekat je. Hari-hari kau boleh lawat dia. " kata Jeonghan, cuba untuk menenangkan rakannya.

" SEBAB TU AKU KATA, KAU TAK FAHAM! " marah Joshua.

" Ya Tuhan, rileklah Shua. Aku risau betul kalau kau jadi emo macam ni. "

Joshua hanya diam.

" Weh Shua, kau nangis ke? " soal Jeonghan apabila melihat mata rakannya berair.

" Mana ada, mata aku masuk habuk je. " kata Joshua sambil menyeka air matanya.

" Kau tipu. "

" Aku tak tipu. "

" Kau tipu, Shua. Aku dah lama kawan dengan kau. Aku tahulah kau tengah menangis. Lagipun, kau tak ingat ke? Masa Yeojung masuk hospital sebab keracunan makanan dulu, kau menangis macam laki mati bini. " kata Jeonghan sambil mengusik rakannya.

" Yelah. Aku tipu. Aku memang menangis pun. Puas hati? " kata Joshua sambil menjeling Jeonghan dengan jelingan mautnya.

Jeonghan menarik rakannya yang seorang itu ke dalam pelukannya.

" Shua, kau tahu tak apa maksudnya? Maksudnya, tugas kau jaga dia dah selesai. Dia dah jumpa lelaki yang boleh jaga dia selamanya. Sekarang ni, kau dah bolehlah bahagiakan diri kau sendiri. "

" Taknak...aku nak jaga dia sampai bila-bila... " Joshua mula menangis sekali lagi.

" Janganlah menangis macam ni, kalau Yeojung tiba-tiba balik macam mana? Kau juga malu. Dah, dah. Taknak nangis-nangis. Tak gentle you know? " Jeonghan mengambil sehelai tisu dan mengelap air mata rakannya itu.

Joshua tersenyum.

" Han, kalaulah kau ni perempuan, dah lama aku kahwin dengan kau. " kata Joshua.

" Apa boleh buat, kita sama-sama lelaki. Kalau aku ni perempuan, aku pun sama. Nak kahwin dengan kau. "

Mereka berdua mula ketawa besar.




++++++

Harap fon korang tak bersemut.

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Where stories live. Discover now